Selalunya, istilah bangga diri merujuk kepada sesuatu yang negatif. Konotasinya juga tidak menyenangkan sesetengah pihak.
Bangga diri dikelaskan juga dengan istilah lain seperti ujub, riak, takbur, bongkak, sombong dan lain-lain istilah lain yang dikira sesuai. Rujuk kamus.
Juga, bangga diri yang negatif juga termasuk dalam sifat mazmumah, dan merupakan suatu penyakit yang memerlukan rawatan hati yang berterusan.
Namun, hari ini aku mengumumkan betapa berbangganya aku, malah kagum dengan diri sendiri, dengan sebenar-benar kekaguman, bahawa...
AKU BUKAN PEROKOK!
Selama ini kita didoktrinkan dengan betapa coolnya hisap rokok, betapa setiap sedutan membawa ilham, betapa kejantanan lelaki adalah pada rokok.
Sekarang, hari ini, apa kata kita mula kempen, setelah kempen demi kempen gomen membawa kegagalan...
BERBANGGALAH, KITA BUKAN PEROKOK!
Labels
- badminton olimpik 2012 (1)
- bebel (59)
- berentila merokok (4)
- berpesan-pesan lah sesama kita oi (15)
- bersawang (2)
- bertunang (1)
- boikot produk yahudi laknatullah (2)
- boring (1)
- budayakan membaca (1)
- budayakan membaca. komik (1)
- busker (1)
- cerita hujung minggu (2)
- Dah jadi abah (2)
- doakan palestine (2)
- dr zakir naik (1)
- dulu-dulu (1)
- emo sikit gua hari ni (20)
- filem (3)
- fynn jamal (1)
- gangnam lah sangat (1)
- gelaran (2)
- gila ni ada macam-macam gila (6)
- gitar (2)
- Hari buruh (1)
- Hudud dan Qisas (1)
- ilmu dan petua (3)
- integriti (1)
- kebebasan (1)
- kecikguan (8)
- Kembali menaip (2)
- kesihatan (12)
- kita dan masyarakat (14)
- kl sentral (1)
- komik (2)
- kreator (1)
- KSKK (1)
- lagu GST (1)
- layar lagu (2)
- lipas (1)
- listenx1000 (1)
- martial art (21)
- maulid nabi (1)
- merdeka 55 (1)
- mew (1)
- minat (20)
- muzik (13)
- nak jadi abah dah (1)
- nukilan rasa (37)
- orang tua contoh (3)
- outdoor (1)
- pengajaran (2)
- pengemis (1)
- Perpaduan (1)
- peterpan noah (1)
- raya oi raya (2)
- review buku (4)
- rukun negara (1)
- sepagi menyepi (1)
- solo gitar best (1)
- tahun baru 1434H (1)
- takziah (1)
- tulisan jawi (1)
- tulisan pertama 2013 (1)
- vape bingai (1)
Saturday, December 24, 2011
Tuesday, December 20, 2011
MANGGA PUNYA HAL
Aku ke kedai buku tadi. Nak fotostat pelan dalaman sekolah, untuk taklimat pengurusan inventori sekolah esok. Kena siap segalanya awal. Mudah.
Dalam pada menunggu siap pelan tu difotostat, aku hinggap di ruang majalah. Ada macam-macam majalah. Dari yang mendidik, hingga ke lagha. Jadi aku pun mulalah membelek majalah-majalah yang ada. Dari yang mendidik, hinggalah yang lagha, sementara menunggu siap. Hinggalah aku membelek majalah paling lagha dalam banyak-banyak yang lagha....
Saja je belek pun, bukan apa. Tengok cover kemain lagi warna-warni kan (ceh).. Tiba-tiba, sekonyong-konyong aku ditegur oleh suara halus.
"Eh, chegu! Lama tak jumpa! Salam, salam." kata sorang murid aku, kebetulan temankan ayah dia nak fotostat IC. Musim-musim orang nak isi borang RM500 kan.
Aku apa lagi, gelabah letak majalah lagha tu ke rak pameran. Jatuh. Nak tak nak, tunduk gak kutip.
"Chegu, kakak saya pun suka baca majalah ni gak. Tapi seksi-seksi artis dalam tu kan? Takut saya tengok" naif sorang kanak-kanak. Bapaknya sengih-sengih dah masa aku hulur salam.
Aku? Terkulat-kulat, senyum tak bape senyum. Cis! Rasa cam apa entah.
Moral: Orang nampak ke, tak nampak ke, jangan usik majalah lucah! Walaupun dapat approval dari kementerian macam MANGGA! Memalukan....
KITA YANG TERLUPA
Sebelum berbunyi serius, layan gelak dulu...
Dalam minggu ni, kecoh perihal turun bendera, perihal mahasiswa menuntut kebebasan dari AUKU, dan macam-macam hal. Perihal perkahwinan pelajar melayu gay tu, memang buat kita mengucap panjang jugak. Cukup.
Kita terlupa. Susah untuk kita tidak bias dalam satu-satu hal. Susah juga kita untuk sama-sama sependapat, serasa dan sekepala dalam banyak hal. Hal bola sepak pun boleh buat gaduh. Bab muzik pun macam-macam cerita. Kalau singgah ke dunia seni beladiri, pun itu-itu juga. Cerita siapa lagi asli, siapa lagi gah, kuncian mana yang tak terlucutkan, dan buah pukulan mana lagi kuat.. Tak sunyi dari mencanang gagah. Bab politik, lagi lah. Mual.
Siapa terlupa? Kita lah. Kita yang terlupa. Tuduh orang lain lupa. Wal hal, kita sendiri lupa. Lupa suluh diri depan cermin. Sibuk cari jerawat di muka orang. Lupa kurap di pipi sendiri.
Dalam rumah, kita bangga langsir kita menawan. Cantik. Warna menarik. Tak salah, sekali-sekala. Buka jendela. Intai-intai rumah jiran juga. Pun cantik juga langsir-langsir mereka. Ropol-ropol, bunga-bunga. Datang dekat, ziarah, kenal-kenal. Tanya mana kain dibeli, siapa yang jahitkan, berapa bajetnya? Kan untung. Buang bangga diri, dapat kenalan dari hal langsir hiasan.
Entah. Zaman apa ini? Kita yang terlupa....
Dalam minggu ni, kecoh perihal turun bendera, perihal mahasiswa menuntut kebebasan dari AUKU, dan macam-macam hal. Perihal perkahwinan pelajar melayu gay tu, memang buat kita mengucap panjang jugak. Cukup.
Kita terlupa. Susah untuk kita tidak bias dalam satu-satu hal. Susah juga kita untuk sama-sama sependapat, serasa dan sekepala dalam banyak hal. Hal bola sepak pun boleh buat gaduh. Bab muzik pun macam-macam cerita. Kalau singgah ke dunia seni beladiri, pun itu-itu juga. Cerita siapa lagi asli, siapa lagi gah, kuncian mana yang tak terlucutkan, dan buah pukulan mana lagi kuat.. Tak sunyi dari mencanang gagah. Bab politik, lagi lah. Mual.
Siapa terlupa? Kita lah. Kita yang terlupa. Tuduh orang lain lupa. Wal hal, kita sendiri lupa. Lupa suluh diri depan cermin. Sibuk cari jerawat di muka orang. Lupa kurap di pipi sendiri.
Dalam rumah, kita bangga langsir kita menawan. Cantik. Warna menarik. Tak salah, sekali-sekala. Buka jendela. Intai-intai rumah jiran juga. Pun cantik juga langsir-langsir mereka. Ropol-ropol, bunga-bunga. Datang dekat, ziarah, kenal-kenal. Tanya mana kain dibeli, siapa yang jahitkan, berapa bajetnya? Kan untung. Buang bangga diri, dapat kenalan dari hal langsir hiasan.
Entah. Zaman apa ini? Kita yang terlupa....
Sunday, December 18, 2011
LUDAH? PANGLIMA?
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eA5K8WDTWQc
Nak tengok jugak, handal mana ilmu 'panglima' ni sampai mudah-mudah nak meludah. meludah mahasiswa? Peh. Bukan calang-calang manusia nak dibuat musuh ni. Mahasiswa kot.
Benda dah terlepas ke internet ni, alamat berzamanla tanggung muka. Jadi bahan ketawa. serius, ini kelakar. Dan melihatkan gaya bercakap pun, tahu ilmu tara mana.
Panglima? Panglima cakapnya bersahaja. Penyampaiannya bermakna. Datangnya menunduk, berisi bak padi.
Ini... Panglima apa gini, 'tuih-tuih' sesuka hati. Layak dapat "pang" lima kali, iye.
Nak tengok jugak, handal mana ilmu 'panglima' ni sampai mudah-mudah nak meludah. meludah mahasiswa? Peh. Bukan calang-calang manusia nak dibuat musuh ni. Mahasiswa kot.
Benda dah terlepas ke internet ni, alamat berzamanla tanggung muka. Jadi bahan ketawa. serius, ini kelakar. Dan melihatkan gaya bercakap pun, tahu ilmu tara mana.
Panglima? Panglima cakapnya bersahaja. Penyampaiannya bermakna. Datangnya menunduk, berisi bak padi.
Ini... Panglima apa gini, 'tuih-tuih' sesuka hati. Layak dapat "pang" lima kali, iye.
Saturday, December 17, 2011
ROCK? BATU?
Waktu dah pandai pakai tie, dah pandai pakai kasut kilat-kilat, dah reti gosok seluar slack sampai tajam bucu, tiba-tiba adik aku yang baru lepas SPM,
"Along, nak rambut panjang cam Along dulu boleh tak? Orang dah belajar main gitar sekarang. Nak jadi rock cam Along."
Time ni naluri kecikguan aku rasa cam down je, lantas keluar statement selamat,
" Tak payah rambut panjang, selekeh-selekeh pun boleh je jadi rock. Rock ni bukan kat luaran, yang penting jiwa kita, dan kita tau apa kita buat." Bunyi cam ilmiah sikit.
Bos kat rumah tiba-tiba menambah,
"Haaa. Elokla. Rock tu batu. Senang, jadi 'batu' awal-awal. Tinggal nak pahat je jadi nesan."
Peh. Adik aku boleh pulak hilang time ni. Aku la terkulat-kulat. Memang bos tak boleh tengok anasir rock tu melekat kat dinding rumah dia. Ada je nak dipakunya.
Ye abah. Meh la, tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus kat fesbuk ni....
DIAM
Diam....
Kadang-kadang jeritnya membingitkan jiwa..
Walau tanpa nada...
Diam...
Kadang-kadang menjadi tanda...
Setuju dalam terpaksa...
Diam...
Kadang-kadang lebih baik...
Dari sibuk berperang kata...
Diam...
..................................
Friday, December 16, 2011
OLEY!! MENJAWAB TENTANG HUDUD
Minggu ni, aku rasa rakyat marhein usai menonton sebuah filem pendek bertajuk "Oley!!" yang menjawab dengan mudah berkenaan isu hudud, yang sebelumnya teruk dihentam oleh kaki-kaki sembang di kedai kopi.
Penilaian aku mudah. Islam itu mudah. Perkara yang mudah untuk difahami. Tapi ada juak yang terpaksa melapisnya dengan perkara-perkara yang menyusahkan akal, dan adakah bersembang di kedai kopi dengan kawan-kawan yang majmuk semangat satu Malaysianya, menghentam kewajaran perlaksanaan hukum Tuhan hanya kerana itu dukungan parti lawannya, menyelesaikan masalah?
Oley!! - Suatu visual bijak menghurai kekusutan. Pendek, tidak pun sinis, dan tidak pula menjengkelkan. Hudud, itu dari Tuhan.
Wednesday, December 7, 2011
PELARI MARATHON UMUR 100 TAHUN? MEMANG SUPERB...
Ini uncle, wa kasi salute spring satu kali!! Baca sini
Uncle di atas (tok wan, onyang, atau apa-apa yang selayaknya, tapi aku nak panggil bradeh!) di atas berjaya menamatkan larian marathon sejauh 41.9 km dalam usia beliau sekarang 100 tahun.
Panjang umur satu hal, well, rezeki Allah bagi. Tapi berjaya mengekalkan kesihatan di tahap ini, satu hal lagi. Dan ye, kesihatan tu juga rezeki. Apa makna kaya bisnes MLM juta-juta, tapi tak sihat, hati pun selalu sakit. Ye dak?
Uncle ni meletakkan kejayaannya kepada amalan tidak merokok (aku ada), tidak minum arak (ada jugak, berjaya 2 hal), berfikiran positif (ni kadang-kadang goyang gak ni. Faktor yang perlu perhatian serius) dan makan kari halia (Huh? Ini... Perlu kajiaan terperinci lagi bertulis. Sorang tolong wat jurnal bab ni, nak baca plis).
Mmmmmmm... Ni yang semangat nak start balik wat fitness. Lama cuti ni, badan jadi lemau.
Saturday, December 3, 2011
HABIS JUGAK...TAPI...
Tamat juga persidangan persatuan bulan sabit merah jambu. Makanya pulanglah makcik-pakcik ke rumah dengan azam yang baru, semangat yang baru, 'darah' yang baru, dan lagu yang baru...
Jadi, mulai esok, apa yang bakal baru untuk kita? Makin intelekkah? Makin majukah?
Yang sibuk disidangkan, hal selamat tak selamat kaum kita, hal jangan buat pilihan yang 'salah'. Hal 'ketuanan' yang tak sudah-sudah. Menyampah.
Anak-anak, begitu juga. Entahkan terbela. Juak-juak sibuk bersidang, yang menadah tangan minta sedekah makin berkandang-kandang. Juak-juak sibuk berbincang, yang fakir makin berladang-ladang.
Belum campur orang yang tak nak berfikir. Makin ramai yang layak makan penendang.
Teringat waktu krisis ekonomi. Sibuk dicanang, Ubah Gaya Hidup.
Kotak dipangkah juga tingkap meninjau gaya hidup masa depan. Pilihan. Tak salah cuba-cuba pangkah tingkap lain. Kalau tahi juga, akan datang pangkah yang lain.
Wednesday, November 30, 2011
Allahyarham Pak Atan Air Batu (Gayang Lima) dan Dr. Hj. Hashim (Lian Padukan).
Tarikh 30 November 2011, bersamaan 5 Muharam 1433, dunia persilatan sekali lagi kehilangan 'permata' yang menyinar. Lagenda Buah Pukul Mersing aliran Gayang Lima, Abdul Rahman Majid atau lebih dikenali sebagai Mahaguru Pak Atan Air Batu kembali pulang ke rahmatullah...
Kehilangan kepada dunia silat amnya, dan keluarga aliran buah pukul khasnya. Al-Fatihah..
Jadi, bagi kita yang muda ni. Selagi sempat, jengahlah guru-guru yang terdekat, yang masih ada di sekitar kita. Tak kiralah guru agama, guru silat, guru fizik sekalipun. Kutip ilmu mereka, dan manfaatkan. InsyaAllah, ilmu yang bermanfaat mendatangkan fidyah buat guru-guru kita di alam sana. Kita, turut sama merasa tempias berkatnya.
Tuesday, November 29, 2011
PERHIMPUNAN WARNA PINK
Baru sampai kampung kat Bagan Serai, Perak meredah perjalanan berenti-jalan-berenti dari Pasir Gudang, Johor. Puas berehat seharian kat rumah, nak la layan berita kat tv3. Rumah aku takde astro, sebab ada adik yang sekolah rendah lagi. Gila kartun. Kalau ada astro, alamat langsung tak jengah buku, kartun je manjang.
Ini jam, tiba-tiba aku rasa macam patut sangat kalau ada channel berbayar ni. Sebab kita akan hadapi minggu kena paksa tengok orang-orang pakai baju pink wat perhimpunan mega tahunan. Siap dengan nyanyian, 5-6 lagu.
Tak tau nak terhibur ke tak. Nasib baik tak makan waktu siaran Edisi Khas. Kalau tak, memang makan carut la.
Emo sekejap. Letih tak hilang lagi kot.
Thursday, November 24, 2011
MUZIK - BAHASA PENYATUAN
Sibuk sangat kita dengan hal nak 'bersatu' ni. Dari politik, hingga konfrontasi Malaysia - Indonesia, hinggalah hal-hal yang lebih international sifatnya. Walhal, kita selalu pandang mudah pada 'bahasa' penyatuan yang boleh diaplikasi. Contoh mudah, bab makan. Kita tak pernah kisah mencuba makanan bangsa lain, malah memuji-muji keenakkan masakan tersebut. Tak pernah pula kedengaran juak-juak menjerit dodol tak boleh dimakan oleh bangsa lain atas dasar 'ketuanan dodol'. Pelik bunyinya, kalau berlaku.
Dari hal itu, suatu lagi entiti yang dikenalpasti boleh menjadi bahasa penyatuan ialah muzik. Ya, muzik. Rangkuman getaran gelombang yang menggegar gegendang telinga dan akhirnya diterima otak sebagai muzik, kesimpulan bagi gabungan bunyi-bunyian yang mewujdkan melodi.
Muzik. Suatu hal yang indah bernama anugerah. Suatu hal yang tak perlu dikasta-kastakan. Jazz untuk elitis, punk untuk rebelis dan nasyid untuk agamawan. Sahaja. Perlukah begitu?
Kita mendefinisikan muzik mengikut aliran fahaman bawaan pengamal muzik itu. Mungkin, sesetengah orang selesa begitu. Mungkin, bukan semua penerimaannya begitu. Mungkin ada yang masih ingat, nostalgia memegang gitar belajar lagu-lagu ACAB yang pekat 'Skinhead for life'nya (dahulu, dulu-dulu) untuk melatih asas progression chord, oi kah mereka? Mendengar Cromok yang haram sepatah apa pun tak faham kalau tak merujuk ke lirik, semata-mata mengagumi seni solonya. Metalkah mereka? Dan, salahkah jika bukan?
Pokoknya, penerimaan. Dengar sahaja lagu-lagu Indonesia pantas dimainkan di corong-corong radio saban hari. Jatuh hukum tidak patriotikkah d.j yang memainkan lagu, sedangkan lagu yang dimainkan - contoh - Dadali, Di Saat Aku Mencintaimu sangat mengesankan dengan situasi yang dialami sesetengah pendengar. Ya, kita harus akui yang musisi Indonesia sangat pandai mencipta lagu yang walaupun asas kordnya mudah, tapi berkesan. Kena pula dengan liriknya. Dan, salahkah?
Salahkah metalhead 'humming' lagu Najwa Latif - Cinta Mukabuku dan sekali-sekala menggoyang kaki melayan irama 'catchy' Lelaki Seperti Aku nyanyian Alif Satar?
"Memang, tak ada lelaki, sehensem aku, tapi yang lebih hitam, banyak. Yeaaaahhh!!!" Jerit seorang kawan. Lain langsung bunyi liriknya. Tapi, apedehal. Pokoknya, lagu itu diterima umum.
Teringat pada 2009 dahulu, sewaktu menghadiri sebuah seminar pelancongan anjuran Selangor Tourism, atau Majlis Tindakan Pelancongan Selangor, antara dua, aku lupa. Turut disambu waktu itu, Hari Pelancongan Sedunia dengan tema ''Celebrating Diversity". Yup, kepelbagaian seharusnya diraikan. Dalam hal muzik juga sepatutnya begitu.
Monday, November 21, 2011
TAHNIAH HARIMAU MUDA!
Sekali lagi, menonton perlawanan antara Malaysia - Indonesia di kedai mamak, selaku 'stadium rasmi' rakyat marhein. Kecoh, tegang, kucar-kacir, maki-hamun, semua ikut tumpang memeriahkan majlis. Tak terkecuali aku. Hehe..
Apa pun, tahniah kepada skuad bola sepak negara. Menang emas bola sepak ibarat menang Sukan SEA seluruhnya. Siap dapat jolokan 'ibu segala emas' lagi. Harapnya, janganlah kita gah di rantau ASEAN aje. Moh tingkatkan lagi mutu permainan. Jangan risau, penyokong tetap tegar di belakang. Kalau menang, kami senang hati. Kalau kalah, kami maki. Ala, maki-maki sayang. Sabor la ye.. Apa-apa hal, jangan kerek-kerek aaa dah menang. Bila lagi mau menapak ke World Cup? Aku dah suku abad dah ni...
Indonesia? Hmmmm.. Pemain-pemainnya menunjukkan sportmanship yang baik bagi aku. Adatlah nak tertungging bila kalah, kan. Nama pun frust menonggeng. Cuma apa entah dengan penyokong Indonesia ni. Habis semua venue dia nak buat samseng. Mentang-mentang tuan rumah, boleh suka-suka ke tak nak respek orang lain? Aku bajet Indonesia akan menanggung malu besar lepas Sukan SEA ni. Kita tunggu nanti.
Sukan - ada kala menyatukan. Ada kala mendatangkan perseteruan.
Sunday, November 20, 2011
INDONESIA SEBENARNYA YANG MEMBUNUH SILAT
Memang memalukan. Macam ni main level international? Adoih. Indonesia, Indonesia. Ini ke negara pendukung seni silat? Asalnya seni silat? Sportmanship takde langsung.
Walau apa pun alasannya, apa sahaja yang memungkinkan kemenangannya, aksi run-hide-bite ini memang bangsat!
Friday, November 18, 2011
APA PERLUNYA HOBI?
Hobi itu sebenarnya keperluan untuk seseorang membiaskan diri daripada tugasan rutin yang kadang-kala meletihkan. Juga untuk mengenali sisi diri dari sudut pandang yang lain.
Ada yang berkayuh, berjogging, camping, main dam haji, baca buku, mengaji, mengkaji, kumpul emas banyak-banyak, main gitar tak tentu hala, upgrade kereta bagai nak gila dan macam-macam hal. Pendek kata, hobi itu minat. Dari minat itu boleh jadi mencerminkan pesona seseorang. Bayangkan seorang jaguh Tomoi yang keras dalam ring dan handal dengan sikuan dan lututan (lututan?) sebagai senjata, hobinya menganyam labuci dan menghias rumah. Pejadah sweet bunyinya, bukan? Dan seorang doktor gigi, hobinya memasak (penangan Master Chef).
Aku setuju kalau hobi dijadikan suatu medan escapism dari rutin harian yang berat. Otak kadang-kadang mahu diringankan dari beban tugas. Aku? Aku memilih bermain gitar, joging, berbasikal, bersilat, membaca, dan ada lagi rasanya, sebagai hobi. Tiada yang spesifik. Selagi kena dengan minat aku, itulah dia.
Terfikir juga aku. Ada juga kemungkinan seseorang bermasalah mental, stress dengan beban tugas, adalah disebabkan ketiadaan hobi atau minat. Jadi, tiada tempat untuk disalurkan penat.
Hobi join MLM? Itu pelik. Errrr... minat masing-masing kan. Ape de hal...
SUKAN - KORPORAT DAN SEMANGAT RAKYAT
Tadi berita ada keluar tentang kemenangan Malaysia vs Indonesia dalam acara bola sepak sempena Sukan SEA yang sedang berlangsung sekarang di Jakarta. Well, aku juga menonton perlawanan itu semalam di 'stadium rakyat' - kedai mamak.
Apa yang menarik perhatian aku dengan berita Buletin Utama tadi ialah, potongan berita tentang "Perdana Menteri sempat menonton perlawanan bola sepak". Tertayang di layar TV, wajah PM kita yang ceria di samping orang rumah beliau dan rakan-rakan konglomerat menonton perlawanan tersebut. Sungguh, sangat plastik reaksi mereka.
Berbeza dengan sambutan penonton perlawanan dari kalangan rakyat marhein. Lebih jujur ekspresi mereka. Jeritan, sorakan, makian dan hamunan silih berganti.
Jujurnya, apa-apa sukan sekalipun, bila di tangan warga orpotunis yang menunggu untung, jiwanya hilang. Sukan itu riadah rakyat. Tapi, entah apa yang membejat peningkatan mutu sukan kita. Mujur, 1 Murid 1 Sukan bolehlah dijadikan katalis untuk menyemarakkan tunas sukan negara. Tapi, ada tapinya. Cikgu-cikgu yang paham.....
Sukan itu riadah jasmani. Menakutkan, Malaysia tertinggi tahap obesiti dan diabetis di Asia Tenggara, dan Asia mungkin. Tak mustahil, dunia, sebab kita serba mahu bersorak 'Malaysia Boleh' dalam semua hal. Jangan 'Melayu Boleh' dah la... Lain jadinya...
Majulah sukan untuk negara. Rakyatkan sukan untuk jadikan rakyat bersukan.
Wednesday, November 9, 2011
PENGALAMAN MENGADAP BAKAL PAK MENTUA
Raya Haji sudah, aku sudahkan masa cuti raya aku dengan berbas dari Pasir Gudang ke Alor Setar, menumpang kawan hingga ke Kuala Perlis dan berferi ke Pulau Lagenda - mana lagi kalau bukan Langkawi. Haah, langkawi yang kita boleh tengok burung helang besar kat tepi jeti tu. Mana ada tempat lain lagi dah.
Ini semata-mata memenuhi jemputan (bakal) mak mentua aku dan adik-adik 'kawan' aku nih. Sikit punya seram sejuk dari awal minggu lepas. Aku tak lah risaukan sangat nak mengadap 'mak' dan adik-adik. Tapi yang paling mengerikan ialah, mengadap merafak pada (bakal) ayah mentua aku ni.
Sedikit sebanyak dari cerita-cerita pra-pertemuan yang dikumpulkan, mendatangkan 'nervous' yang bukan kepalang. "Ayah garang tau.", "Ayah tak suka kalau ceq kawan ngan laki nih" dan "Ayah kadang-kadang dia gelak, tapi belum tentu dia suka" sikit sebanyak mewarnakan muka aku kepada warna 'pucat'.
Alhamdulillah, sebaik menjejak kaki ke Langkawi, aku disambut elok oleh keluarga 'kawan' aku. Mak memang sangat talkative, tak larat aku nak layan gelak. Adik-adik pun bukan main lagi buas, bergurau macam bertomoi je lagaknya. Hidup serba sederhana di kampung. Aku, sebagai orang dagang, tolongla jugak buat sikit-sikit kerja rumah. Buat ampai baju, potong kayu api, tolong potong bawang cili, tolong itu ini. Family ni baru pindah rumah baru. Jadi memang banyak yang nak kena tolong gak la.
Well, ayah-ayah memang gini agaknya bila dia tau yang datang tu nak mengendeng anak dia. Memang serius. Kena pandai bukak topik sikit-sikit, baru ada point nak sembang. Dalam hati, jenuh aku baca apa-apa surah dan doa yang diharap bolehla lembut hati orang tua ni. InsyaAllah..
Aku cuma harapkan yang terbaik. Aku pun dah cuba yang terbaik, iaitu dengan jadi diri aku sendiri, tanpa berwayang-wayang warak depan bakal family aku. Tapi memang serius. Ngadap bakal pak mentua lebih memecah adrenalin dari masuk ring nak bergasak. Lebih ngeri dari duk sebelah penguji JPJ masa test lesen.
Aku doakan yang terbaik untuk aku dan 'kawan' aku tu. Moga ada feedback positif dari ayah dia... Amin...
Saturday, October 29, 2011
SEKADAR TERFIKIR......
Banyak orang mendakwa bahawa orang Islam hanya akan dihormati jika ekonominya kukuh
Saya tidak bersetuju.
Apa gunanya ekonomi kukuh jika menjadi perasuah, penipu dan pengkhianat?
Apa yang paling penting ialah akhlak yang baik.
Sehingga matlamat utama diutuskan Nabi Muhammad S.A.W ialah...
Menyempurnakan akhlak yang baik.
Ayat di atas dipetik dari ucapan seorang guru yang terkemuka di tanah air kita. Bait-bait ayat diucap membuatkan aku terfikir juga. Di saat ramai rakan-rakan duk pulun berhabis untuk jual-beli emas, join MLM dan MLMS (MLM Syariah??.haih...) dan macam-macam lagi bentuk perniagaan dengan harapan untuk 'mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam'....
Apa yang kita dah habiskan, dah susahpayahkan untuk mengembalikan 'kegemilangan akhlak terpuji umat Islam'? Dengan klip 3gp? Dengan KL Gangster? Dengan Hantu Mak Limah Balik Rumah? Dengan Vokal...Bukan Sekadar Rupa?
Sekadar terfikir... Jangan ambik pot,ok?
Tuesday, October 25, 2011
BUKAN SELALU....
Gambar soalan darjah 2 - Complete the circuits
Bukan selalu. Kadang-kadang. Jarang-jarang.
Bukan selalu. Ingat-ingat lupa. Bila ingat baru nak terpa.
Bukan selalu. Cuma leka. Alpa
Bukan selalu. Tengok kiri kanan. Tengok atas bawah.
Bukan selalu. Merasa naik ke puncak. Menjunam jatuh, terdongak-dongak.
Selalunya, kita dapat. Tapi nak lebat.
Selalunya, kita sempat. Tapi tak beringat.
Selalunya, kita kuat. Tapi tak hebat.
Selalukan yang bukan selalu.
Ingatkan yang selalu lupa.
Bangkitkan yang selalu tidur.
Pekak tak semesti bisu, bisu tak semesti pekak.
Cuma lembab bertindak, teragak-agak.
Kena gempak, baru nak gerak.
Monday, October 24, 2011
MUAY THAI - SEBAB APA HEBAT?
Buakaw Por. Pramuk - bintang menyinar dunia muay thai
Muay Thai - atau Tomoi dalam sebutan lidah Melayu - adalah stand-up fighting method yang sangat digeruni. Pengamal Muay Thai yang handal lagi berpengalaman biasanya mempunyai kemahiran senjata lapan (2 penumbuk, 2 siku, 2 lutut dan 2 kaki) yang sangat hidup dan baik.
Libasan kaki yang sempurna, sikuan tajam yang merbahaya, serangan lutut yang keras dan tumbukan bertalu-talu, siapa mampu menafikan kehebatan seni ini? Aku tak reti nak sebut istilah-istilah serangan dalam Muay Thai ni. Yang aku selalu dengar 'chok, chok' je, dari mulut pengulas perlawanan. Dulu masa masih berkhidmat di Langkawi dan Sungai Petani, aku selalu gak pi tengok pertandingan Tomoi kat sana.
Bagi 'outsider' macam kita ni, Muay Thai ni adalah sejenis seni mempertahankan diri dan sukan yang sangat merbahaya. Full contact tanpa kisah apa-apa, aku ingat kalau kena libas ngan Buakaw sekali kat keting, wajib pengsan on the spot. Tapi bagi orang yang tak pernah ikut latihan intensif Muay Thai la. Sebenarnya, seni Muay Thai ni adalah suatu seni yang sangat indah dan, ye lah, berseni. Lenggok permainannya kalau diperhati betul, bukan setakat perlanggaran keras dua orang lelaki six pack yang gagah-gagah, tapi permainan akal yang penuh helah dalam menguji dan mengkaji kelemahan lawan. Hard drill yang dilalui pun berperingkat-peringkat, menyediakan peninju Muay Thai ni dari segi fizikal dan mental untuk bertarung menghiburkan penonton.
Sebab apa Muay Thai hebat - bagi pandangan aku? Sebab, abih semua martial art kat dunia deem yang depa boleh tumbangkan Muay Thai. Mana-mana silat, kalau yang mengajarnya arrogant, akan cakap Muay Thai takde apa. Kita punya silat lagi handal. Kes Muay Thai ni sama macam Tae Kwan Do. Asyik kena bahan ngan pengamal silat yang ego. Muay Thai dan Taekwando, di Malaysia ni, dah jadi penanda aras betapa hebatnya suatu seni beladiri tu - kebanyakannya dari aliran silat. Tapi aku tak pernah jumpa lagi, setakat ni la dari berkenal-kenal ngan pengamal senibeladiri Muay Thai dan Taekwando, depa ni sembang yang depa boleh 'fight-all-the-other-martial-artist-and-put-them-to-rubbish'. Bagi mereka, latihan yang berterusan dan masuk pertandingan yang competitive tu perlu untuk menjadi seorang insan yang bermotivasi dan berakhlak tinggi, daripada duk canang cerita kehebatan sendiri.
Bunyi macam mengejek silat kan? Tak. Bukan semua. Ni bukan salah aliran, tapi silap guru yang bagi pelajaran. Ada kedapatan guru-guru silat yang taksub dan takjub akan aliran yang dianuti, hingga sanggup mengenepikan kehebatan aliran lain. Walhal, senibeladiri tu kan untuk membeladiri, mengikut acuan budaya pendiri.
Muay Thai memang terbukti hebat. Kita pun ada peninju Muay Thai yang boleh dibanggakan ke peringkat antarabangsa. Contoh, Eddie Selindang Kuning (pernah menewaskan Zidov Akuma, peserta The Contender Asia) dan Faisal Siku Emas (wakil Malaysia dalam rancangan Muay Thai Challenger) dan ramai lagi.
Terbukalah menerima ilmu lain. Yang digunakan, tangan-kaki-akal juga....
Sunday, October 23, 2011
SILAT - WARGA EMAS DAH BUKTIKAN
Hebak mung ni,hebak! Aku rasa ramai yang dah baca berita ni. Seorang tua di Jertih berjaya menumpaskan perompak - berparang - dengan bekalan pengalaman silatnya.
Ini bukan persembahan yang dah dikareografikan. Ini bukan jurus atau buah hafalan. Ini real-life punya situasi. Bayangkan seorang perompak yang terdesak, yang ada senjata di tangannya, kalau disergah bila melakukan jenayahnya, takkan teragak-agak melibas merata. Juga bayangkan, tuan rumah yang langsung tak muda mana, bila haknya diceroboh, keselamatannya dilanggar dan nyawanya dan isteri diancam, tak teragak-agak mempertaruhkan nyawanya bergelut dengan penjenayah. Ini hidup mati punya lawan, bukan cerita gempak abang long nak berebut kawasan!
Salam salut untuk Tok Ghani. Bila dah baca berita ni, aku terus tertanya-tanya. Apa makan Tok Ghani ni? Apa permainan Tok Ghani menuntut ni, umur sekian macam pun ampuh lagi?
"Walaupun uzur, saya tetap bersemangat untuk melawan lelaki itu dengan menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat pada zaman remaja untuk melawannya." Petikan kata-kata Tok Ghani.
Di waktu uzur, yela, orang tua, beliau tetap bersemangat melawan perompak tu. Mesti ada petua di situ. Menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat. Aku tak tau apa jadi kat perompak tu, kalau Tok Ghani muda remaja lagi. Silat dah sebati, sebab latihan yang rapi.
Belajar silat ni bukan nak hebat, nak kuat, nak diingat. Tapi nak berkat, nak rahmat, nak selamat. InsyaAllah....
KEMANUSIAAN - MASIH ADA, PERCAYALAH...
Agak tacing jugak la melihat scene di atas. Aku pun tak ingat mana aku cilok gambar ni. Lantakla..
Yakin lagi pasti, kemanusiaan masih ada dalam pada kita. Cumanya, kita perlu terus mencari. Di mana, dan di mana...
Mahu menggali ceritera-ceritera tentang perikemanusiaan? Petik sahaja. Setiap agama dan bangsa punya kisah tersendiri, dalam mendidik generasi-generasi terkemudian. Semua orang mahu warisnya jadi baik-baik, kalaupun bukan yang terbaik. Metodnya, cerita, gambar, dan lain-lain. Perbanyakkan kisah-kisah kemanusiaan yang mendidik manusia. Bukan kisah rempit agung, bukan kisah samseng bikinan Malaysia, juga bukan kisah terbitan murahan 3gp yang bermodalkan ah-ah-ah entah hape-hape. Apatah lagi kisah-kisah hantu yang memualkan.
Anjing - kalaupun ia najis - tetap makhluk yang juga menumpang bernafas di bumi Tuhan. Anjing - kalaupun najis - ia ujian untuk kita membuktikan kemanusiaan. Anjing - kalaupun ia najis - ia punca pelacur masuk pintu sorga atas rahmat penyayangnya Ar-Rahman.
Kemanusiaan masih ada. Percayalah. Ada dalam diri kita, selagi namanya manusia....
GUITAR HEAVEN
Poster GUITAR HEAVEN ni adik aku belikan dari UK. Adik aku sekarang masih melanjutkan pelajaran di University of Surrey dalam fizik, tak silap aku la. Adik sikit punya pandai. Abang dia ni, hmmmmm..
Pokoknya, adik aku tau minat aku yang satu ni - muzik. Jadi masa dia balik bercuti sekali dulu tu, dia hadiahkan aku poster ni sebagai pembakar semangat buat aku untuk terus ber'gongreng' dan pembakar hati-bagi-panas kat orang tua aku yang tensen tengok keletah anak sulung depa ni. Tak sakit tengkuk ke,depa tanya masa curi tengok aku headbanging dalam bilik sorang-sorang tengah layan Cromok. Nostalgia rambut nyaris kena potong masa tidur oleh adik bongsu aku, dengan upah RM2.00 dari abah aku yang tertekan tengok aku balik kampung tak seperti yang diharapkan. Dia membayangkan aku balik beraya dengan imej smart lagak pekerja berkolar, tapi aku balik kampung dengan rambut panjang bert'shirt Metallica (mana entah baju ni sekarang), jeans lusuh dan backpack yang tak berbasuh (kerja outdoor maa. Lagi lusuh haversack yang dipakai, lagi banyak experience ko dalam lapangan outdoor. Konon).
Berbalik pada poster tadi. Sebenarnya aku baru lepas menonton 'The 25th Anniversary Rock n Roll Hall of Fame Concert 2009'. Banyak artis legend dalam konsert ni, cuma yang jadi fokus aku adalah Metallica, Jeff Beck, U2 dan Tom Morello. Lupa, ada juga B.B King. Peh...
Jadi, lepas abih khatam video ni, aku usha balik poster yang adik aku hadiahkan ni. Ada lapan gitar yang mewakili lapan orang gitaris yang merubah landskap permainan gitar sedunia dan muzik rock itu sendiri. Angus Young, Slash, Tom Morello, Jimmy Page, Jimi Hendrix, Keith Richard, Eddie Van Helen, dan Kirk Hammett.
Secara peribadi, aku bersetuju dengan poster ni. Pengaruh setiap gitaris dengan zaman, attitude, skill, genre dan sound masing-masing. Ramai lagi gitaris handalan di dunia, dan Malaysia juga tak kurang hebatnya. Sekarang pun aku sedang ditemani secawan kopi dan lagu 'Shred It Back' dendangan legenda buatan Malaysia, Karl Cromok.
Aku? Ada poster je, pun dah kira besar tuah dah....
Saturday, October 22, 2011
GADDAFI - DIA LEBIH DAHULU KE SANA..
Walau apa pun kekejaman dan kejahatan yang dilakukan oleh sesiapa pun di kala hayatnya...
Janganlah diaibkan jasadnya...
Janganlah dibusukkan namanya...
Siapa kita yang hidup, mahu menghakimi yang mati?
Kematian itu persinggahan ke alam yang lebih 'nyata', lebih 'realiti'...
Biarlah hanya Pemilik yang menentukan untung nasibnya dan kita di 'sana' nanti...
Al-Fatihah untuk Allahyarham Gaddafi..
Thursday, October 20, 2011
FIKRAH ILMUAN - KENAPA DINAFIKAN?
Prof Dr. Aziz Bari - ikon terkini dunia ilmu tanah air
Menghirup kopi di ketika membaca ilmuan disekat daripada bebas melontarkan fikrah, adalah sesuatu yang tidak lagi lazat. Menghirup kopi di saat demokrasi dalam dunia ilmu dikebirikan, tidak lagi memberahikan. Menghirup kopi di kala kebebasan ilmuan menyuraikan kesulitan masyarakat digari - dem - tidak lagi mengasyikkan.
Pada suatu ketika, politik memang tersangat memualkan. Politik itu jasad asalnya tidaklah memualkan, namun perihal perangai sekor-sekor pemain politik itu sendiri, yang kadang-kala tahap pemikiran selayak murid KSSR tahun 1, di bawah paras Band 1, sendiri yang membuatkan pentas politik itu boleh mengundang muntah yang bukan sedikit. Titik tentang politik.
Tapi, apabila ilmuan tidak lagi boleh melontarkan pendapat dan rasa, itu suatu masalah. Masalah buat rakyat dan seisinya. Kita fasih bahawa ilmuan yang sebenar-benar ilmuan apabila berkata-kata adalah dalam rangkuman bidang ilmu yang difasihinya. Kita faham apabila ilmuan menerbitkan pendapat dan buah fikrah adalah dalam lingkungan bidang ilmu yang sangat difahaminya. Tapi apabila ahli politik yang bekecerdasan murid tahun 1 yang belum pun sempurna LINUSnya cuba memenjara kebebasan ilmuan menyuarakan fikrah mereka - itu tidak lagi dapat diterima norma manusia.
Maka, ilmuan sepatutnya diraikan. Sebagaimana Islam meraikan golongan berilmu. Sebagaimana Al-Quran meninggikan darjat golongan ilmuan. Sebagaimana Rasulullah mengataskan golongan berilmu. Memang akan ada 'setuju-tidak setuju' dalam sesuatu perbincangan. Kan itu proses? Proses mencari keaslian, keutuhan dan kebenaran. Jika segala pendapat atau cadangan dikeluarkan hanya untuk 'diangguk-angguk' tanpa gelengan, proses apakah yang terwujud, dan apakah yang akan tercerna?
Menghirup kopi apabila hak ilmuan menyampaikan ilmu ditelanjangkan - ah - tidak lagi mendatangkan 'stim'...
Sunday, October 16, 2011
ZEE AVI & OLIVIA ONG - LAGULAGU YANG SUPER SWEET DAN LAYAN
Ini Zee Avi, yang gambarnya aku rembat dari Google Image
Ini halwa telinga aku yang terkini. Macam agak ketinggalan aku ni rasanya. Maklumat lanjut, sila 'googling' saja.
Kadang-kadang, dengar lagu-lagu keras dan solo menggila pun, buat muak jugak. Kepelbagaian dalam muzik pun seharusnya diraikan, kan? Jadi, untuk lagu-lagu yang agak lullaby dan easy listening, aku pilih Zee Avi dan Olivia Ong. Kenapa bukan Yuna, or Anna Raffali? Sebab, dah aku suka yang ni. Dorang pun aku layankan dengar gak. Dan ada lagi band-band or penyanyi yang best didengar dalam scene sekarang.
Cuma aku suka composition dalam lagu-lagu 2 orang ni. Groove, senang dilayan dan nyanyian yang jelas butir sebutannya. Kurang-kurang, boleh tambah vocab kan? Aku pun bukanlah pandai sangat bahasa omputih.
Untuk Zee Avi yang hit ngan lagu 'Kantoi' tu, aku suka lagu Bitter Heart, Well Window, Honey Bee, Siboh Kitak Nangis dan lain-lain. Untuk Olivia Ong, aku suka dengar Luka, Aint No Sunshine, A Love Theme, Let It Rain dan lain-lain.
Sekadar melayan telinga, sekali-sekala....
Friday, October 14, 2011
UNTUK SULTAN BRUNEI - DAULAT TUANKU!!
Sultan Kedah, bakal Yang Dipertuan Agong yang 'cool'
Brunei yang 'cool'
Bakal Timbalan Yg Dipertuan Agong yang 'cool' Sultan Brunei yang 'super cool' (gambar amik kat Milo Suam)
Umumnya, rakyat marhein yang beragama Islam di negara kita, merasa sedikit bertuah apabila lintasan angin kedamaian pemerintahan Islam akan sikit-sikit membayu di tanah kita, berkat titah Sultan Brunei yang tidak teragak-agak mahu melaksanakan undang-undang Islam. Siapa kita untuk mengatakan 'nanti dulu'?
Brunei yang 'cool'
Umumnya, rakyat marhein yang beragama Islam di negara kita, merasa sedikit bertuah apabila lintasan angin kedamaian pemerintahan Islam akan sikit-sikit membayu di tanah kita, berkat titah Sultan Brunei yang tidak teragak-agak mahu melaksanakan undang-undang Islam. Siapa kita untuk mengatakan 'nanti dulu'?
Tapi di Malaysia, pemimpin kita sendiri dengan angkuh sambil memberi jaminan berkata:
" Undang-undang hudud, kita tidak akan laksanakan di Malaysia ini, walaupun kita terima bahawa INI ADALAH UNDANG-UNDANG TUHAN. Dan sebagai sebuah 'tuuut' yang terdiri daripada orang-orang Islam, kita terima hakikat ini adalah UNDANG-UNDANG TUHAN, tetapi kalau kita nak laksanakan, ia MESTI BERPAKSI KEPADA REALITI."
Eloklah. Hidup itu realiti. Mati itu realiti. Siang malam itu realiti. Segala apa dari Allah itu realiti. Jatuh naik itu juga realiti.
Kita je yang dah hanyut dalam arus deras duni fana ni. Nak kembali kepada realiti, ikutlah apa sahaja yang Tuhan dan Nabi dah anjurkan. Kepada rakyat Brunei Darussalam, tahniah untuk anda....
BRUCE LEE - DARI KACA MATA AKU
Gambar dirembat dari Google Image
Sejarah hidup beliau, falsafah Jeet Kune Do, punca kematian dan macam-macam lagi, sila 'google'ing sendiri. Di sini, aku sekadar melontarkan sedikit kekaguman aku kepada insan yang merubah lanskap seni beladiri sedunia - Mendiang Bruce Lee.
Sukar untuk menafikan kehebatan nama beliau. Pengaruh beilau dalam perfileman aksi menjadi suatu legasi yang sukar untuk dicabar, hatta nama-nama terkemudian seperti Jackie Chan, Jet Li, Donnie Yen, Tony Jaa dan lain-lain ikon aksi.
Ini sebab, bagi aku, atas kehebatan beliau sendiri. Bab berlakon, boleh tahan gak kayu beliau ni. Tapi bab pemahaman dalam seni beladiri yang beliau anuti, memang legend. Ramai yang tau, Bruce Lee merupakan antara anak murid kepada Great Grandmaster Yip Man dalam seni wing chun. Ramai yang tau, Bruce Lee tak habis belajar pon wing chun ngan late Yip Man ni. Tapi dalam seni beladiri, hirarki atau ranking atau belt atau bengkung atau apa sahaja unit pengukuran bukan suatu kewajipan dalam membeladiri. Yang penting, faham, tau, kenal, dan rasa. Dan semua itu ada pada Bruce Lee. Dalam tak habis belajar tu pun, beliau faham konsep asas, malah menguasainya hingga menjadi jagoan yang bukan calang.
Dahulu hingga sekarang, ramai yang berbunyi kononnya Bruce Lee ni bukanlah handal mana. Tak ada bukti pun beliau ada join mana-mana tournament, pergaduhan or wat-so-ever. Tapi bagi aku, itu bukan pokok. Sebenarnya kalau dikaji pada falsafah Jeet kune Do (the way of intercepting fist), kita boleh lihat kefahaman Bruce Lee dalam seni beladiri. Aku suka quote 'be like water' beliau. Lebih kurangnya camni:
Don't get set into one form, adapt it and build your own, and let it grow, be like water. Empty your mind, be formless, shapeless — like water. Now you put water in a cup, it becomes the cup; You put water into a bottle it becomes the bottle; You put it in a teapot it becomes the teapot. Now water can flow or it can crash.Be water, my friend.
Aku suka quote ni. Selain boleh apply dalam beladiri, kita jugak boleh adaptasi dalam kehidupan seharian. Ini quote yang mengajar tentang "being flexible in any circumstances". Yup, hidup punya pancaroba yang pelbagai, dan kita harus tau cara mana mau jadi fleksibel. Yang Bruce Lee ajarkan, 'be like water, my friend'.
Bagi Bruce Lee, latihan fizikal adalah yang terwajib dalam senibeladiri. Aku tergelak gak bila beliau secara sinis dalam buku 'Bruce Lee's Fighting Method' yang Melayunya berbunyi lebih kurang:
"Berlatih macam kita nak lawan betul-betul. Saya tak pernah tengok sprinter joging je hari-hari untuk buat world record. Dia kena training sprinting or dashing." Lebih kurangla bunyi melayunya. Ini kritik beliau pada drill senibeladiri yang konon asli, yang hanya berdasarkan hafalan teknik contoh kuncian atau pattern atau kata tanpa pemahaman yang jelas tentang teknik-teknik tersebut.
Setakat pemahaman aku, JKD, kependekan bagi Jeet Kune Do yang diasaskan oleh mendiang sebenarnya bukanlah suatu aliran atau senibeladiri baru, melainkan suatu pencerahan bagi mencapai kefahaman dalam membentuk teknik atau kaedah beladiri sendiri. Apa-apa yang datang dari senjata lapan kita (dua tangan, dua siku, dua lutut, dua kaki) boleh saja menjadi trademark kita atau setidak-tidaknya kaedah kita mempertahankan diri, Yang penting, faham dan tau mana nak dituju.
Sebenarnya aku pun bukanlah faham sangat. Dan aku makin celaru bila dah tulis benda ni. Cuma sebab benda ni minat, dan bukanlah suatu minat yang mainstream bagi khalayak. Sekarang dah terjebak kat Johor, aku ambil peluang 'ambil tahu' tentang permainan buah pukul. Banyak aliran, dan semuanya gah-gah. Aku cuba memadukan pembacaan dalam JKD dengan permainan buah pukul. Takde retak renggang.
Sebenarnya, belajar beladiri banyak mengajar kita MEMBELADIRI kita zahir dan batin. Musuh utama kita adalah - cermin diri sendiri.
Ini Bruce Lee punya cerita, mau kasi sambung lain jam.
Tuesday, October 11, 2011
REZEKI DARI TUHAN....BERSYUKURLAH...
Sejak-sejak lepas PM umumkan Bajet (melestarikan bahasa konon, kan dah molek dulu Belanjawan), rata-rata aku tengok orang 'tembak' penjawat awam, lebih-lebih lagi kaum guru. Kononnya imbuhan yang diberikan terlalu banyak, hingga ada yang tertanya-tanya apakah hebat sangat tugas guru ni, sampai terlalu dimanjakan, hingga penjawat swasta malah penjawat awam dari lapangan yang lain turut tak berpuas hati.
Rasanya tak perlulah aku berbunyi seperti mem'backing' kaum guru. Besar mana sangatlah gaji guru tu. Memang mata yang memandang nampak kerja guru tak susah, ajar budak-budak je. Biarlah bahu yang memikul tanggungjawab tu sendiri menelan telahan mata-mata yang memandang tu...
Cuma bagi aku, bersyukurlah dengan apa yang dah dikurniakan. Sebenarnya kenaikan yang diumum tu bukanlah tinggi mana berdasarkan trek gaji penjawat awam, cuma bila keluar dari mulut ahli politik, setiap kata yang terbit itu adalah prospek yang boleh disensasikan. Bersangka baiklah. Walau dari mana salurnya, itu kan rezeki Allah...
Aku pernah bekerja dengan sebuah company outdoor swasta yang sangat establish, tapi dengan gaji yang....hmmmm...Seorang lepasan ijazah sarjana muda IPT dengan gaji berpadanan lulusan SPM. Tapi disebabkan minat, cinta, kasih pada bidang outdoor itu sendiri, itu bukan keutamaan. Aku di waktu itu dilema memberitahu gaji yang aku terima kepada orang tua di kampung, sebab aku tak nak depa segan-segan nak minta bantuan kewangan dari aku, lagi-lagi aku anak sulung. Mujur hidup waktu tu siang malam banyak dihabiskan di hutan, jadi tidaklah aku terlalu berlibur sana sini berhabis duit. Makan pakai, hantar belanja ke kampung dan lain-lain bayaran boleh diselenggara dengan baik.
Bukanlah nak cakap diri ni manusia paling bersyukur kat dunia, konon habis zuhud. Tak. Cuma, bila kita sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada, insyaAllah, Allah cukupkan lagi rezekiNya untuk kita.
Pengalaman aku, ada satu waktu aku dituduh mahu menjadi guru semata-mata nak kerja senang, nak bermewah-mewah. Peh. Nak mewah jadi bisnesman la. Aku diamkan je. Aku tau jiwa aku ke mana. Bukan mudah aku nak menolak tawaran yang datang serentak. Pegawai Perhutanan, Pegawai Perhilitan, agensi pelancongan, dan di ketika itu aku sendiri senang dengan tugasan sebagai Pegawai Pendidikan Alam Sekitar merangkap Pegawai Taman Alam di suatu tempat.
Rezeki Tuhan. Allah kalau nak bagi rezeki, sumber datang dari tempat yang tak ketahuan.
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tak diduga. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Macam pernah baca je ye ayat ni, tapi kat mana entah? Elokla kalau tak tau, dan ambik tau. Selak Al-Quran, Surah At-Talaaq. Ni ayat seribu dinar namanya. Waktu aku terlungkup takde haluan masa takde kerja dulu, kawan aku ajarkan ayat ni. Letak yakin pada Allah, insyaAllah...
Monday, October 10, 2011
KOPI PUNYA BAHANA
Gambar rembat dari Google Image
Aku secara serius memang seorang yang addict pada kopi. Pagi petang malam aku mesti ada terselit kopi. Ini tadi baru lepas melantak nasik kukus ayam rempah kat Cendana, bersulamkan kopi O panas.
Macam-macam fact&figure orang boleh cerita tentang pro-kon minum kopi ni. Bagi aku, lantaklah semua tu. Yang aku tau, kopi tu minuman, yang bila aku bancuh mendatangkan keasyikkan. Bila sedut ke mulut, peh.... Tapi aku lagi rindu kopi yang opah aku kat Pantai Remis bancuh. Aku tak tau mana punya kopi kisar dia beli, tapi likat dia, memang melekat ke lelangit. Pekena ngan roti keras, pulak time-time hujan. Moment nikmat camni, mana ada jual...
Bagi aku, waktu-waktu aku menikmati kopi adalah waktu yang sangat privasi lagi merehatkan. Hanya aku, cawan (dari zaman aku studi kat UPM'04), kopi dan mukaddimah Basmallah dan khatimah Hamdalallah. Itu moment yang sangat dinanti-nanti. Lelah pulang dari kerja hilang di saat sisipan pertama kopi dijamah bibir mungil nih.
Tapi kadang-kadang terlajak tibai kopi pun tak elok. Ni bahana kopi tadi, dan sekarang pon ada bancuh lain ni. Ini jam bape dah, aku tak tido-tido lagi ni?
AKU BUKAN AYAH SIAPA-SIAPA LAGI...TAPI...
sekitar Sukan Sekolah yang lepas
Minggu ni aku bertugas. Kena datang awal dari selalu. Jaga budak-budak darjah 2 yang comel comot segala kat tapak perhimpunan, sementara menunggu sesi pagi selesai. Dengan kapasiti murid sekolah rendah kebangsaan teramai di Malaysia, menjaga murid-murid yang tahun 2 sahaja ada 13 kelas dengan purata 45 orang setiap kelas - seorang diri, mujurlah aku seorang guru sukan. Wisel ada sentiasa. Kalau tak, jenuh.
Dalam hingar bingar murid-murid bising berbincang tentang pemadam sape paling handal, main batu seremban, tayang buku angry bird sape lagi tebal dan macam-macam ragam lagi, tiba-tiba aku didatangi seorang ayah kepada murid-murid ni. Muka serius, nampak garang, bengis. Tapi ok je sebenarnya. Seperti dijangka, beliau seorang sojar.
Tak lain, tujuan beliau adalah nak mencari anaknya, murid darjah dua. Bila aku bertanya kelas apa, sebab nak cari sorang-sorang tu bukan senang. Tambah lagi budak-budak ni kalau dah hanyut kat dunia main dorang, ayah sendiri datang tak perasan dah. Jawapan yang ibarat aku jangkakan tumbukan cross sebelah kiri yang sampai, tapi tiba-tiba hook dari kanan yang sebat muka....
"Saya dah 20 tahun ada anak-anak, tapi saya tak pernah amik tau pun anak-anak saya kelas apa, chegu. Ni pun tumpang saya cuti, mak budak ni soh hantar duit belanja sekolah dia tertinggal."
Kononkan anak dia bernama Mawar (konon la, jenuh dah nak cari orang nama gini sekarang), aku pun terjerit-jerit la mencari murid ni. Adala dalam 8 minit, baru murid ni tersedar yang ayah dia datang. Bila dia angkat tangan, ayah dia meluru ke arah dia sambil...
"Ni duit ni, jimat-jimat belanja!" dengan muka seorang sojar layaknya. Tegas lagi garang.
Pucat muka murid ni. Kelas paling hujung. Kemudian si ayah berpaling pada aku, dan tersenyum seraya berkata..
"Kita ngan budak-budak tak boleh nak bagi muka sangat che'gu. Nanti dorang pijak kepala. Jadi degil." Aku sedikit mengiyakan. Ayahanda aku pun seorang sojar, jadi aku mengerti.
Cuma frasa pertama dialog yang aku catatkan tu, bukan jawapan yang mana-mana guru, pensyarah, tutor, ustaz, dan alin-lain harapkan. Tak pernah ambik tau? Kamonla. Memang jujur beliau memberitahu, cuma kejujuran tu membuatkan aku terfikir...
Aku belum jadi ayah siapa-siapa lagi. Ayah yang macam mana aku nak jadi? Tapi sebagai warga pendidik, aku dan mungkin yang lain-lain berharap, siapkan tapak sebaik mungkin bagi anak-anak ini dari rumah lagi. Tegas perlu, memang wajib. Tapi garang sampai tak ambik tau pelajaran anak sebab tak nak terlampau bagi muka, ini bikin hati tualu.
Aku cuba menulis tanpa menuding salah siapa-siapa. Sekadar muhasabah diri ini, dan mahu berkongsi rasa...
Sunday, October 9, 2011
DAH TERANG LAGI BERSULUH...TAPI ARTIS KITA...MASIH LAGI MEMBUTA...
Bodoh ni ada macam-macam....
Aku agak ketinggalan pasal benda ni, walaupun duk tengok kat FB merata orang duk share. Brokben baru bayar, tu pun sebab jalan dah cam siput sangat tahap menyakitkan hati.
Aku tak kisah tentang soalan "Hudud - wajar atau tidak?''. Aku jugak tak lah kisah sangat kalaupun soalan tu ditanya pada rakyat marhein mana sekalipun - tukang jaga toilet, pakcik cleaner, jaga, artis dan lain-lain. Tapi, aku kisahkan cara dorang-dorang kat gambar ni jawab. Serius, bebal....
"Memang tak dinafikan hukum hudud sudah tertulis dalam agama kita. tetapi ia tidak wajar dilaksanakn terus." Apa punya jawapan ni? Datuk? Dia sudah hidup cukup lama untuk dapat title legend, tapi sayang..... Ada lagi pencerahan yang dia perlukan.
Menyakitkan hati baca jawapan dorang ni. Ada yang ok, nampak macam pernah ambik tau, pernah dengar, atau pernah terbaca. Tapi konklusi tak meyakinkan. Ini idola anak-anak kita?
Aku percaya, aku ni bukanlah yang terfaham sangat tentang agama. Ramai juga camtu. Tapi kita-kita ni cukup faham sesuatu.....
HUKUM YANG DAH TERTULIS ITU HAK ALLAH. Mempersoalkan kewajaran hukum hudud sama macam mempersoalkan kewajaran Allah itu disembah atau tidak, sama macam mempersoalkan kewajaran mengimani akhirat itu wajar atau tidak.
Gila ni ada macam-macam gila. Ini gila takut kat hukum Tuhan. Hukum, memang nak bagi takut pun. Sebab orang tak takut la, anak umur 23 hari kena liwat!!!! Nauzubillahi min zalik...
ADA SESUATU YANG TAK KENA DENGAN MASYARAKAT KITA....
Kecoh semalam... bayi umur baru 23 hari kena liwat...dem...mengucap panjang semua umat yang prihatin...
Bagi normal akal aku, ini memang bodoh lagi jahanam. Nak kategorikan sebagai 'binatang' pon, aku ingat binatang-binatang pon tak mau terima setan ni sebagai kaum. Apa punya gila pon ada ni. Sangap tak bertempat. Terdesak sangat ke? Adoih....
Ini sikit sebanyak membuatkan aku terfikir. Buang bayi, dadah, seks bebas dan sejenis, penganiayaan terhadap orang tua-tua, rompak, curi, ragut dan segala macam masalah sosial. Ada kesimpulan yang boleh dibuat di situ - Ada sesuatu yang tak kena dengan masayarakat kita.
Mana silapnya? Salah cikgu kat sekolah tak cukup ajar? Salah mak ayah tak cukup asuh? Salah jiran-jiran tak prihatin? Salah pemimpin tak pandai memimpin?
Memang ada masalah dalam masyarakat kita. Antaranya dalam banyak-banyak, kita cepat tangan nak menuding bila sendiri buat salah. Anak jadi liar, tuding ke cikgu tak pandai didik. Isteri tak ikut cakap, tuding ke family mertua cakap tak asuh anak elok-elok. Dan banyak lagi.
Muhasabahlah diri sendiri, keluarga, rakan taulan dan masyarakat. Memang ada something yang tak kena dengan masyarakat kita sekarang. Kes-kes jenayah melampau gini adalah indikator kepada akhlak masyarakat kita sekarang. Banyak yang perlu diperbetulkan. Apakah kita terlalu sibuk dengan hal membina ketamadunan menerusi pencapaian materi sehingga lupa membangunkan modal insan itu sendiri?
Hal gini memang bikin pusing kepala. Kalau kangkung-kangkung Majlis Profesor Negara pun asyik dengan statement mengampu lagi bebal, kita berharap janganlah mereka ini adalah penanda aras kepada golongan akedemik dan ilmiah negara kita. Berharaplah kita agar ramai lagi ilmuan yang masih mampu menyumbang fikrah yang membina.
Kejap. Apa hukum yang sesuai kat setan ni? Bakar hidup-hidup? Kerat kemaluan bagi anjing makan (kalau anjing lalu nak makan)? Or masuk rehab, bagi motivasi hari-hari semoga lunak hati? Hukum Tuhan dah ada, kita je teragak-agak lagi nak laksana......
Thursday, October 6, 2011
PELANCONGAN HIJAU DI KUALA SELANGOR
Aku dapat panggilan dari seorang kenalan. Bertanyakan tentang pakej pelancongan di Kuala Selangor, sebab dia sekarang bekerja dengan sebuah agensi pelancongan yang tak pulak aku tanya di mana.
Sedikit sebanyak kenangan aku terimbau. Sebelum ke bidang didik-mendidik ni, aku pernah terlibat dalam bidang 'nature awareness and conservation' dengan sebuah NGO tertua untuk environmental organization. Sape lagi kalau bukan Malaysian Nature Society. Baca sini http://www.mns.my/index.php
Secara tak langsung, aku pernah terlibat ngan aktif jugak dalam mempromosikan green tourism di Malaysia, khususnya di Selangor. Teringat dulu, kalau ada apa-apa function, Tourism Selongor Sdn. Bhd. mesti ajak kitorang dari Kuala Selangor join sama. Diringkaskan, Kuala Selangor ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi seperti Taman Alam Kuala Selangor, Kelip-kelip Kampung Kuantan, Bukit Malawati, restoran-restoran seafood yang memang kelas 'A' dan banyak lagi.
mmmmm.... darah hijau aku tak hilang lagi. Semangat hutan aku pon ada lagi. InsyaAllah, aku nak catatkan kembali tentang alam sekitar, tentang pelancongan hijau dan kesedaran alam. Ini 'core business' aku dulu, dan disebabkan itu aku meminati dunia didik-mendidik nih..
Tuesday, October 4, 2011
THE LONER....
http://www.youtube.com/watch?v=D3-TgDjcBL0
Malam ni, aku seperti mengimbau kembali nostalgia-nostalgia aku dan kawan-kawan. Muzik. Aku akui, aku bukanlah insan yang boleh dikategorikan dalam kalangan 'hot' atau kacak. Bukan juga dalam kasta terpelajar. Tapi disebabkan minat terhadap muzik, aku dapat berjumpa dan berkenalan dengan ramai insan yang berlainan umur, kefahaman politik, agama, bangsa, latar pendidikan dan suasana namun berkongsi bahasa yang sama - 'muzik'.
Aku pernah cuba untuk serius dalam muzik. Main band orang kawin, band kolej kediaman, band maktab, back up untuk deklamasi puisi,battle of the band, akustik dan lain-lain. Tidaklah sampai main gig atau konsert, sesuatu yang gagal aku kecapi ketika pernah muda (dan masih lagi buat masa sekarang). Namun itu sudah cukup untuk aku menikmati sedikit cebisan memori untuk dikenang di kala sunyi begini.
Lalu, ingatan aku terus melintas kepada mendiang Gary Moore dengan lagu yang aku kira 'lagu rasmi' buat aku - The Loner.
Mendengarkan beliau, melihat beliau dan menghayati setiap note dan melodi beliau, membuatkan aku berfikir, seorang shredder tidak semestinya harus laju selaju ribut. Tanpa menyentuh mana-mana masterpiece beliau yang lain, lagu ini disampaikan 'note per note' yang sangat membuai. Setiap petikan menuntut penghayatan, dan kejelasan setiap 'note' yang dipetik tidak memerlukan kita menjadi seorang pemain gitar atau peminat muzik sekalipun untuk sama-sama hanyut dibuai perasaan 'loneliness'...haih..
Lagi keistimewaan lagu ini ialah 'tone' yang keluar dari 'axe' mendiang sendiri. Melekat ke jantung, ibarat kesan lebam di bahagian kiri pinggang aku selepas kemalangan tempoh hari (taknak kenang, tapi tiap-tiap malam duk mimpi kejadian..haih).
Dengar, hayati. Kalau nak jadikan lagu ni sebagai pelengkap tema 'forever alone' hidup kamu sekalipun, terpulang. Malah, dicadangkan.
Saturday, October 1, 2011
BACA DAN BACA....
Alhamdulillah... Dalam malam tadi, aku sudah boleh berbaring dengan sempurna. Sakit di belakang akibat rempuhan juga semakin berkurangan. Cuma kalau batuk atau bersin, azabnya...haih..
Dalam keadaan sakit begini, dengan sunyi bersendiri (hosmet balik kampung, family ambik bawak berubat kat Perlis), aku pon mula la menggali kembali simpanan bahan bacaan di kamar peribadi aku yang agak bersepah 2,3 hari ni. Sekadar hiburan hati. Bukan setiap waktu kita larat nak mengadap internet kan.
Aku suka membaca. Dulu memang membaca boleh dikatakan kegilaan aku. Bunyi macamlah intelektual sangat aku ni kan. Tak jugak. Cuma aku suka. Dulu aku suka beli antologi puisi keluaran DBP yang lama-lama, dan sebab lama sangat, ada yang terjual RM2 je senaskah. Aku suka baca puisi atau sajak, sebab itu perlambangan hati seseorang penulis. Aku sendiri suka menulis, dan pernah berimpian mahu menjadi seorang penulis. Tapi, mungkin cukuplah aku menjadi pembaca karya sendiri.
Di waktu ini, aku sedang perlahan-lahan menghadami 'Tuhan Manusia" tulisan Dr. Faisal Tehrani. Tulisan yang terbaca santai, dengan penuh konflik bicara tentang pertembungan dunia barat dan dunia Islam. Sangat menarik. Kupasan tentang pluralisme. Pernah masyarakat politik digemparkan dengan isu pluralisme dalam agama, dan aku kira tulisan Dr. Faisal boleh dijadikan sedikit panduan dalam memahami apa itu pluralisme, jika kita tak terdaya nak membaca atau mendengar syarahan yang berat-berat.
Komik? Itu wajib. Semalam aku dibawa keluar oleh kawan-kawan ke walimah seorang rakan setugas di Kluang. Sempat juga aku menyinggah ke toko-toko buku untuk mengintai KREKO keluaran terbaru, 1 Oktober. Hampa, belum sampai lagi agaknya. Terjeling pulak ke ROTTW, cover A7X...hmmmmm... Sebenarnya aku dah malas nak beli ROTTW ni lagi, sebab pengisiannya yang bagi aku makin...hmmmmm.. Tapi, nak membalas kempunan KREKO takde, beli jugakla.
Secara peribadi, aku berpendapat setiap rumah WAJIB ada ruangan simpanan atau tayangan bahan bacaan. WAJIB. Letakla rak buku ke, almari ke, atau bilik bacaan khas ke. Terpulang. Sebab buku adalah sesuatu yang sangat patut dihargai. Walau dalam apa jua bentuk dan isi. Aku juga mendidik diri sendiri untuk tidak berkira menyempitkan poket untuk membeli bahan bacaan yang menarik minat. Dari seilmiah-ilmiahnya, hingga sepicisan-picisannya. Buku porno tiada dalam list.
Pun begitu, ada gak kawan-kawan cakap,..
"Ko ni memang ada simptom 'forever alone' la beb. Komik, ni lagi ape ntah buku muzik-muzik ni. Haha, nampak keras, tapi baca buku puisi-puisi. Pompuan tak pandang puitis-puitis sume ni dah".
"ko punya koleksi komik ni,ngan majalah silat-silat ni, gitar-gitar ni, aku ingat kalau duit tu kau buat beli emas ke,masuk pelaburan xxxxxx ke, kompem kencang dah duit ko. Belila emas. Kita kembalikan kewangan Islam. Tak tau camne nak mula? Sini, aku kan ada..."
Mudah je jawapan aku. Takpe, kawan... Aku 'kenyang' makan buku...
Friday, September 30, 2011
KEMALANGAN DAN SIKAP MASYARAKAT
gambar kemalangan orang lain, ehsan google image. aku eksiden malam
As mentioned earlier, aku baru terlibat dengan sebuah kemalangan yang berstatus ngeri. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia aku dan sahabat untuk terus berbakti menabur ilmu di muka bumi. InsyaAllah...
Apa pun yang berlaku, aku bersangka baik dengan ketentuan Allah. Mesti ada hikmah yang boleh digali dari kemalangan ini. Setidak-tidaknya, ini ujian sebagai kifarah pada dosa-dosa yang telah dilakukan. Kadang-kadang kita lupa menyucikan jiwa dari kotoran maksiat, juga lupa menginsafi maksiat yang pernah dilakukan. Jadi, Allah bayar cash. Supaya kita dan masyarakat sekeliling kita ambil manfaat dari setiap ujian dan kejadian.
Namun, bukan semua yang ambil iktibar. Ada juga yang ambil kesempatan....
Ketika sebelum berlakunya kejadian, aku sedang menggodek-godek henpon. Tanpa apa-apa amaran atau bunyi dentuman, sedar-sedar aku dah meniarap di luar, di tepi jalan, di atas rumput. Azab jugak nak bangun, tapi aku gagahkan jugak. Benda pertama yang aku ingat selepas beristighfar panjang, adalah henpon kesayangan aku tu. Lupa sakit, bergegas aku ke bangkai kereta. Dengan pertolongan sorang brader, aku mencari dan mencari. Rakan-rakan guru yang lain turut singgah selepas mendengar perkhabaran kemalangan kami, juga turut membantu. Sedih, tak jumpa...
Aku tidaklah kesalkan sangat henpon yang hilang. Berbanding nyawa yang Allah masih pinjamkan, henpon tu benda maujud yang boleh diganti. Cuma dalam tu banyak mesej, -catatan peribadi dan gambar-gambar yang takkan boleh dicari ganti. Agak terkilan...
Sangat-sangat dikesalkan ialah, sikap masyarakat kita yang pantas mengambil kesempatan di atas kesengsaraan orang lain, Aku eksiden kot. Pengsan siap. Ada jugak umat yang panjang tangan. Aku nak call waris terdekat sebenarnya, nak info tentang situasi aku, namun gagal. Family aku cuma tau tentang kemalangan aku keesokan harinya.
Memang banyak kecurian berlaku semasa kemalangan. Aku dah berpengalaman. Ada juga dengar cerita, orang kemalangan yang separa sedar, ditanggalkan barang kemas dan diseluk poket lalu ditinggalkan begitu sahaja. haih...
Kesedaran... Kesedaran untuk membantu masih ada lompong, ada lohong dalam masyarakat kita. Yang membantu memang ada, ramai, dan aku ucapkan terima kasih untuk itu. Tapi yang 'menyapu' pon ada jugak.
Elokla. Aku halalkan harta aku yang ko rembat tu. Tapi aku tak jamin badi kemalangan tu tak ikut kamu ke mana-mana. InsyaAllah, kamu selamat dunia akhirat wahai perembat...
Thursday, September 29, 2011
ALHAMDULILLAH....AKU MASIH ADA...
Alhamdulillah...aku tak tau apa lagi nak ucap selain dari setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t..Hanya dengan limpah kurnia dan mawaddahNya lah,aku masih lagi bernafas..
28 haribulan lalu, aku dan kawan serumah terlibat dalam suatu kemalangan ngeri.. Kereta kawan aku total lost. Kawan aku tu mengalami kecederaan serius kat bahu dan tengkuk. Aku pulak, alhamdulillah... Kami dilanggar di bahagian tepi penumpang, oleh Toyota Ae87 mungkin? haih, kaki drift langgar aku..dan aku duduk kat situ. Takde patah-patah, MC pon dapat 2 hari je..haish...Bos soh mintak extend lagi MC tu kat klinik sok..Sebab aku masih lagi bermasalah nak berdiri lama. Nak baring tido pon tak boleh..Kena tunggu ngantok yang amat sangat, barulah boleh baring ngan azabnya, dan lena..Hilang nikmat baring untuk sementara, insyaAllah...
Apa pon,aku sangat bersyukur. Walaupon kehilangan henpon (ada yang panjang tangan. hmmmm... rakyat Malaysia,rakyat Malaysia..) namun Allah tetapkan yang aku dan kawan serumah aku masih bernyawa. Mungkin banyak lagi perkara yang tertangguh untuk diselesaikan...
Kami sama-sama pengsan. Aku hanya sedar bile aku terdengar bunyi erangan kesakitan bawah sedar aku sendiri. Sebaik sedar, aku cuba gagahkan diri untuk bangun. Sakit. Mujur ramai yang datang membantu. Dengar cerita, aku tersepit dalam kereta dan ada orang yang tolong kopakkan pintu.
Jangan tanya camne aku dan kawan boleh selamat, sebab kami pon sepakat yang ini adalah rahmat Allah.. Ajal belum sampai.. Dan terngiang-ngiang suara ayahanda guru silat aku sewaktu memberi teka-teki yang lapan..
yang dekat itu ajal, yang jauh itu masa silam.. Alhamdulillah, aku sudah mendekati ajal, dan Allah anugerahkan aku kesempatan untuk meneruskan bakti (harap begitulah) di muka bumi ini.
Terima kasih, ya Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)