Sekadar mengimbas memori. Betapa objek bernama gitar sangat memberi kesan dalam hidup aku, dan mungkin rakan-rakan lain di luar sana.
Ketika masih di menengah rendah, aku boleh dikatakan pelajar yang agak cemerlang. Cemerlang dalam hal akademik, tapi kurang menyerlah dalam bidang sukan. Eh, tapi bukan ke aku antara yang dominate acara 800m ngan 1500m? Ah, lantaklah.
Dan bukti kecemerlangan aku, 9A dalam PMR, Alhamdulillah. Sesuatu yang mungkin dalam jangkaan. Waktu tu memang aku cukup disiplin, cukup menjaga hal ehwal bab belajar. Bab-bab nakal budak sekolah macam raging, fly, bertumbuk, cinta monyet, pow-mengepow dan lain-lain memang aku tak ambik pot. Lantaklah. Cita-cita nak jadi mufti. Peh, sahibus samahah...
Panjang cerita, aku berpindah ke Perak, setelah mencipta kecemerlangan di Negeri Sembilan. Bos aku pencen sojar. Jadi, masuklah aku ke sekolah baru, yang juga baru masuk tahun ke 3 penubuhan sekolah tersebut. Bila kat tempat baru, mulala aku melangkah dengan perangai baru. Seperti awal cerita sebelum ini, aku berkenalan dengan sorang sahabat bernama Bakri, dan kisah pun bermula.
Ke mana pun kami bersama, kerana kepala yang sama minat. Mana-mana pun cerita tentang gitar, tentang muzik, tentang band-band pilihan, dan macam-macam hal. Walaupun aku baru tau lebih kurangnya pegang kord C-Am-F-G, tapi hasil knowledge yang dikumpul berpandukan zine-zine fotostat entah mana datang, setakat nak champion berbual waktu tu, kamilah orangnya. Betul la orang cakap, bila kita baru nak 'up', baru nak kenal dunia - dalam muzik - kita tak dapat lari dari kasta mengkastakan sesuatu muzik dan genre.
Aku dan Bakri dalam blok Metal dan Rock - sebab berkiblatkan 'lagu takde solo, tak art'. Ada juga sahabat kami, Amin namanya, dalam blok Punk Rock. Ada sahabat nama Man, mengaku Ska. Tak sudah-sudah ngan payungnya. Sorang lagi sahabat, Din namanya, dalam blok yang tak keruan. Sekejap mengaku Metal, sekejap mengaku Grunge. Tapi yang aku tau, dia ni kena buang sekolah lama dari Slim River, eh, ke Bota entah, sebab hal Black Metal. Dia pun memang dari Sungai Petani. Ini zaman Black Metal umpama suatu makhluk yang wajib diperangi dari akar umbi, lebih dari korupsi, rasuah, kemiskinan tegar, dadah, pengangguran dan lain-lainnya. Tahun 2001. Belum campur lagi saki-baki Skinhead dan Oi tegar, Azam. Tiap malam berpogo time prep, pasang entah kaset apa-apa. Dalam pandang sinis tu, kaki aku duk hentak-hentak jugak ikut beat lagu. Catchy lagu skin ni rupanya! Ah, takde solo, tak nak layan!
Tapi.... Ada tapinya. Dalam masing-masing duk keras dengan ideologi muzik masing-masing, kami diikat dengan minat yang sama. Jeng jeng jeng.... Semua kami adalah peminat dikir barat. Hehehe... Bajet keras konon. Tapi itulah. Akhirnya muzik juga yang menyatukan kami.
Aku pernah bernasyid. Tapi dalam dikir barat, aku mula melatih diri tentang tempo, beat, attack, dan macam-macam lagi. Ada ketika aku di posisi awak-awak. Ada ketika sebagai pemain marakas. Walaupun jauh lari cabangnya, sedikit sebanyak banyak membantu latihan aku dalam ilmu kegitaran. Kawalan tempo. Selingan, menurut Prof Razif Mohd dari USM, tempo, tuning, dinamik, attitude dan skill adalah ibarat rukun dalam muzik yang wajib difahami bagi pengamal muzik. Ilmu yang aku dapat sewaktu seminar Blues Session One Day Workshop with Prof Razif anjuran Uitm Penang (9 Oktober 2010). Seminar terbuka yang sangat membuka minda.
Aku dah lost point sebenar yang aku nak ceritakan. Sori. Ok, berbalik kepada gitar. Memandangkan kami bersatu dalam dikir barat, percambahan dan perkongsian idea pun berlaku. Kami berkongsi idea cipta lagu, yang temanya lebih kepada anti dadah, corak persembahan, seni tangan awak-awak dan macam-macam lagi. Juga aku dan Bakri turut sama makin terbuka bab muzik. Mula pinjam kaset kawan-kawan. Itu jam try dengar Blink182 - Take Off Your Pants and Jacket. Gila handal Travis Barker main drum!!
Dan kami mula buka hati, buka minda. Dunia muzik ni sangat luas untuk diterokai. Rugi kalau rigid dengan idea yang statik.
Semakin menyintai gitar dan muzik, aku semakin hanyut. Dan SPM pun menjengah. Ah. Terkenang kes gitar pakcik yang ayah pecahkan, kerana SPM aku yang tak membanggakan..... Lain hari cerita.