Kalau masuk ke mana-mana group silat dalam fb, antara benda yang lantang diperkatakan adalah, "Kita hendaklah mempertahankan kedaulatan Melayu kerana bertahannya Melayu, bertahanlah Islam!" Contoh ayat, dengan olahan semula.
Entah.
Bagi aku, ini tak lebih dari kokokan ultra melayu. Racist melampau. Yup, aku Melayu, tapi aku anti-racism. Sebabnya?
Apabila kita menjadi penjunjung budaya ilmu, perlukah kita meletakkan warna kulit dan perbezaan agama atau budaya menjadi sempadan? Tidak. Lagi-lagi kalau kita yang menyampaikan, apakah nak yang Melayu je pandai, yang lain-lain biarkan bingai? Tak....
Aku ingat lagi, disebabkan ketegasan Madam Katial (lupa camne nak eja, tau sebut je), aku tau sifir, tau mengira. Setakat kena sebat, berdiri atas kerusi, muka kena tepek ngan pemadam papan hitam (zaman guna kapur lagi) adalah rutin yang dah berjadual waktu kelas matematik. Abah aku marah, sebab orang India buat gitu kat anak dia? Tak.. Dipesannya pulak kat cikgu tu, pukullah, sebatlah, cubitlah, piatlah anaknya ini. Sebab abah aku tau, chegu India itu guru, pemegang amanah ilmu.
Dah jadi chegu, baru mengerti susahnya nak buat anak-anak pandai membaca, mengira, menulis, menaakul (benda-benda yang KSSR nak). Susah, tapi itukan amanah. Cuma itulah, bila tengok mak ayah zaman sekarang yang membela anak sampai menyerang guru, nak saman guru, dan macam-macam lagi. Apa korang ni tak sekolah ke dulu, tak pernah kena marah langsung ke dulu masa kecik-kecik kat sekolah? Yang korang hidup berjaya jadi engineer, jadi doktor, jadi pensyarah, jadi macam-macamlah, sebab kena marah dengan chegu tu lah, yang nak memandaikan korang. Tak kira Cina ke , India ke, Kadazan ke, Serani ke. Kalau taknak anak pandai, takpe. Keep blaming your children's teachers. Eh, aku cite apa tadi?
Islam Melayu ke, Melayu Islam? Islam yang utama. Bab Melayu bukan Melayu ni, takde nombor pun takpe. Bila kita jadikan Islam sebagai paksi, bab kaum-kaum ni tak penting lagi. Rasulullah tak ajar kita beza-beza pendapat sebab kaum. Tak ajar pun kita mendahulukan kedaulatan kaum. Kalau mungkin ada aku terlepas pandang bab sirah dan hadith, sila perbetulkan, dan tegurlah aku.
Aku emosi, bila tengok satu kejadian dalam kelas tahun 2. Seorang budak - Iban - pucat lesi. Bila aku tanya, dia cakap dahaga. Aku mintalah kawan sebelah dia hulurlah sikit air, sian kat kawan. Dia cakap apa?
"Tak boleh chegu. Dia orang Iban."
Terkedu aku. tanya balik, kenapa tak boleh...
"Tak boleh chegu, mak kita cakap, kita tak boleh bagi barang, kongsi makan dengan orang bukan Melayu. Kotor."
Kepada mak ayah budak ni, korang baru saja mencipta satu lagi waris ultra melayu PERKASA. Jari tengah aku acungkan ke muka kamu!
No comments:
Post a Comment