Tuesday, May 29, 2012

TENTANG AKU, SENIBELADIRI DAN DUNIA

Usai subuh, tolong mak sidai baju.

Lepas tu, dengan berlatarkan keindahan hijau bendang luas terbentang belakang rumah, buat lian seround dua. Tak jugak... Sampai habis semua lian dalam silibus Lian Padukan. Lencun jugak berpeluh.

Alhamdulillah....

Kita dianugerahkan hidup di bumi yang indah permai. Bumi yang penuh berkat. Penuh ilmu yang bermanfaat. Tinggal lagi kita, sanggup atau tidak berpenat-penat, mencari ilmu bertingkat-tingkat.

Aku bermula agak lambat dalam dunia senibeladiri. Sangat lambat, sehingga aku sempatlah menjadi mangsa buli, sebab keskemaan (?) aku yang mendatangkan keghairahan senior-senior dan kawan sama umur untuk membuli aku. Asal nampak aku je, dorang tendang aku. Nampak aku je, dorang londeh seluar aku. Gila loser waktu tu, terlalu forever alone. Air mata jantan je la yang meneman setiap hari. Oh....

Sehinggalah masuk UPM, barulah datang 'wake up call' pada aku, sampai bila aku nak jadi camtu. Masa tengah terlalu fresh itu lah, aku mendaftar dengan penuh keazaman, Seni Silat Gayong Malaysia sebagai subjek ko-kurikulum berkredit. Permulaan aku kenal silat, dan dunia senibeladiri amnya.

Hari pertama latihan, mau termuntah jugak aku. Sebab aku bukan biasa sangat berlasak-lasak ni, walaupun anak kampung. Latihan kekuda rendah dan bertapak sahaja dah buat aku menggigil seluruh otot. Senaman anak harimau - suatu rutin latihan yang memenatkan, tapi bila lama-lama duk buat, sangat menyeronokkan. Kami juga belajar asas serangan, asas elakan, buah 1-7, asas lompatan menghambur,gulingan dan... macam-macamlah.

Seronok!

Untuk pertama kali dalam hidup aku, selain gitar, I ever felt like I belonged. Untuk pertama kali, aku rasa aku jumpa minat aku, yang aku boleh buat sehabis baik, walaupun bukan yang terbaik.

Itu jam, silat bagi aku adalah senaman setiap waktu. Asyik nak bersilat je, nak berpeluh. Dari seorang yang kecil lagi cikeding, ada rupa la sikit badan waktu tu. Remaja belia la katakan. Pulun bergelanggang, ikut silibus, sehingga dinaikkan ke bengkung putih, ke bengkung hijau, aku rasa nak sesuatu yang lebih lagi. Penat belajar, bila nak diuji apa yang aku pelajari?

Aku masuk silat olahraga, dan sesuatu kesilapan yang aku kesali sehingga hari ini adalah, meninggalkan langsung pelajaran silibus gayong. Sibuk berlatih silat olahraga, sehingga mewakili universiti, bermain di kejohanan-kejohanan luar, dan alhamdulillah, pencapaian terbaik aku adalah, dipanggil untuk latihan pusat kebangsaan bagi persiapan Sukan Universiti Asean, walaupun kalah masa kejohanan MASUM kat Penang. Ala, kena panggil je pon, tapi aku tak pegi. Itu jam dah abih belajar, baru dapat panggilan interview kerja. Sekurang-kurangnya, ada jugak benda nak dikenang tua nanti kan...

Dan ya, aku menyesali kesilapan aku waktu tu. Meninggalkan pelajaran gayong, di waktu sudah pun layak untuk diuji bengkung merah. Sahabat-sahabat sama batch, dah pun jadi guru-guru gayong, dah sarung sandang macam-macam, ada yang dah jadi wasit. Aku......mmmmmm... dengan ilmu gayong yang tidak masak sebagai bekalan di perantauan. Takpe lah, asalkan ada dari takde...

Tiba di Langkawi. Mencari rezeki. Dan permulaan episod baru...lagi...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...