Tak senang duduk, tak senang tidur!
Begitulah aku dua, tiga malam ni.
Macam terngiang-ngiang di fikiran, suruhan untuk aku meneruskan pencarian lagi, mencari seni beladiri Melayu.
Alhamdulillah. Keberadaan aku di bumi Johor ni pun, berkait rapat dengan keinginan untuk mencari dan mendalami seni buah pukul, memandangkan zon selatan ni, dari Melaka bawak ke Singapura, terkenal dengan permainan pukulan. Ya, bagi yang mengkaji, ada beza fizikal permainan secara umum antara utara dan selatan tanah air, juga timur dan pantai barat, juga Sabah dan Sarawak. Kita cerita setakat dalam Malaysia, cukupla. Uniknya silat kita....
Setiba di Johor, bertemu jodoh dengan peranakan Buah Pukul Mersing yang masyhur, iaitu Lian Padukan. Bawah didikan Ayahanda Dr. Hj Hasyim Salleh dan guru-guru lain, Alhamdulillah, aku dan adik-beradik lain melalui khatam istiadat dengan jayanya.
Khatam bukan semata penamat. Ia permulaan kepada pencarian....lagi...
Dari perbualan dengan kenalan, pembacaan, dan lain-lain sumber, aku dapati ada semacam suatu persamaan pada seni Melayu. Banyak yang berpunca dari Banjar.
Tentang Banjar, aku kira boleh saja google kalau mahu tau maksudnya, asalnya, tempatnya, budayanya. Pukul rata, bangsa Melayu Banjar ini merupakan suatu kaum yang sangat mentaati ajaran Islam dan antara bangsa pendekar yang sangat disegani. Ramai ulama-ulama besar nusantara berdarah Melayu Banjar. Peh, berbunyi racist pulak aku. Bukan, cuma meletak fakta. Bukan bangsa yang aku banggakan, cuma ilmunya.
Kononnya - ya, kononnya - dalam Silat Seni Gayong ada inti permainan orang Banjar. Kononnya - ya, kononnya - dalam permainan Sendeng, khususnya pukulan 7 hari, ada inti permainan orang Banjar. Kononnya - ya, kononnya - banyak rahsia persilatan adalah dari permainan orang Banjar, yang selama ini gah diperkatakan adalah orang-orang Bugis.
Aku mentah lagi. Aku tak hanya mahu mempercayai apa yang di'konon'kan. Cuma, memandangkan apa yang aku warisi hanyalah darah orang-orang Banjar, aku kepingin sangat nak mendalami seni beladiri orang Banjar. Jumpa dalam Youtube pun, Seni Silat Kuntau Banjar. Memang berseni.
InsyaAllah, ini pencarian yang aku letakkan dalam list. Termasuk tomoi. Dah minat Buakaw, mestila kena belajar tomoi gak kan.
Terbukalah mencari ilmu. InsyaAllah, ilmu itu juga terbuka menerima kita seadanya....
No comments:
Post a Comment