Sunday, December 23, 2012

MENGHAMPIRI KALENDAR 2013, DAN KITA?

Lama tak menulis, baru perasan, saya dah post dalam catatan ni 202 post, termasuk yang ini. Tiada apa yang saya harapkan, melainkan sedikit sebanyak biarlah ada manfaat pada yang sudi membaca.

Banyak hal yang berlaku sekitar bulan ini. Dari hal Malaysia tumbang lagi dalam bola sepak rantau Asia Tenggara hingga hal 'kiamat' tak jadi.

Dan paling terkini, kes bayi dibakar di Johor. Apa punya celaka punya manusia ni? Entahlah...

Kalau kita sembang tentang masalah moral dalam masyarakat kita, semakin banyak kempen atau slogan yang dilaungkan, semakin kita menemui kebuntuan dalam menangani kemerosotan moral ini. Entah di mana silapnya, jawapannya terlalu subjektif. Kalau tanya saya, saya lihat antara penyumbang masalah ini adalah kekangan ekonomi isi rumah. Nak dihuraikan hat ini pun terlalu subjektif, dan saya melihat kewujudan dasar gaji minimum RM900 selepas mungkin mampu membantu sedikit sebanyak dalam mengatasi masalah sosial ini.  Harap boleh ditingkatkan lagi selepas ini, dan kalau boleh dilaksanakanlah dengan saksama. Kalau ada yang bertanya mana relevannya, saya suruh fikir sendiri. Malas berfikir juga adalah antara penyumbang masalah sosial dalam masyarakat. Semua mintak disuap, jenuhlah kan.

Kita menghampiri penutup kalendar 2012. Namun itulah, kadang-kadang apa yang kita rencanakan tidak berjalan dengan selayaknya. Pun diharap kita tidaklah mengalah dengan kegagalan demi kegagalan yang kita lalui. Saya terkesan dengan buku hit tulisan Billi Lim, 'Dare to Fail' atau 'Berani Gagal' yang banyak mengisahkan tentang jatuh bangun seseorang untuk memperoleh kejayaan, dan setiap fasa dimulakan dengan keberanian menghadapi kegagalan. 

Apa pun, detik kian menghampiri kalendar 2013. Harap tahun depan segalanya akan ok-ok saja. InsyaAllah...

Sunday, December 9, 2012

EARGASM - MEW DAN PETERPAN@NOAH

Mew

 Peterpan @ Noah

Kebelakangan ni, telinga saya mesra dengan 2 band di atas - Mew dan Peterpan@Noah.

Tak tau kenapa. 

Saya kena akui, yang saya tidaklah hanya setia pada satu-satu genre muzik untuk dilayan. Selagi diterima oleh corong telinga saya, selagi itulah saya dengar dan layan. Asalkan otak saya menerima bunyian itu sebagai muzik.

Begitu perihal tentang dua band ini, Mew dan Peterpan@Noah. Tentang sejarah, kontroversi atau lain-lain detail, saya kira google adalah penyelesaian terbaik. Yang saya nak kongsikan di sini adalah, betapa terpikatnya saya pada kedua-dua band ini, kebelakangan ini.

Mungkin makin hari, hati saya letih mengejar not-not laju berdesup. Muzik mereka mendatang sedikit relief buat diri saya. Tak hanya muzik, malah lirik mereka juga.

Mungkin ramai yang setuju, kalau saya katakan 'She Spider' dan 'Comforting Sounds' adalah introduksi terbaik untuk berkenalan dengan muzik Mew. Baik studio mahupun live, muzik mereka terlalu 'besar' untuk sebuah keringkasan, dan ya, sangat best.

Untuk Peterpan yang kini revive kembali sebagai Noah, saya memilih 'Tertinggalkan Waktu' dan 'Mimpi Yang Sempurna' sebagai dua lagu yang suka saya mainkan di Kapok kesayangan. Sekali lagi, saya mengagumi lirik mereka yang 'besar' untuk menyempurnakan sebuah keringkasan berlagu. Kord ulang-ulang hat tu je, tapi lirik tu sendiri bernyawa elok melengkapi lagu.

Orang kata 'Ada Apa Denganmu' tiru riff  'Am I Wry?'. Saya layan je dengar.

Eargasm..... 




Wednesday, December 5, 2012

KARATE YANG MENGAGUMKAN SAYA


Dari filem Kuro Obi (Black Belt)

Kebelakangan ni, saya duk ulang tonton sebuah filem martial art dari Jepun yang saya sangat kagum isinya - Kuro Obi, atau dalam lain maknanya, Black Belt, atau nak memartabatkan Bahasa Melayunya, Tali Pinggang Hitam.

Saya tak lah nak cerita lanjut tentang isi ceritanya. Abstraknya, kisah tentang 3 orang pengamal karate yang sungguh-sungguh mendalami ilmu karate. Ya, cerita ini pasal martial art, bukan action. Jalan cerita pun agak dingin dan sunyi, dan sesiapa yang tak menghayati martial art, takkan teruja dengan cerita ni. Kenapa lawan tak laju bertalu-talu? Kenapa pukul satu-satu? Well, this is karate. Kesempurnaan 'kata' (pattern) sangat ditekankan.

Saya tulis ni pun, berkaitan dengan posting saya di fesbuk. Saya menyatakan kekaguman pada karate, dan pada cerita ni, dan pada 'kata sanchin' yang saya kenali dari cerita ini. Secara tak sengaja, saya nyatakan kekaguman pada karateka, yakni pengamal karate yang sepanjang hidup saya, saya belum jumpa yang obes.Betul, buat apa saya nak bohong. Ni setakat mata saya la. Kalau orang lain pernah jumpa pengamal karate yang betul-betul pengamal dan obes, bagitau saya. 

Tak tau pulak, tiba-tiba ada kenalan pengamal silat tegar yang 'butthurt'. Siap PM saya lagi. Cakap saya tak bangga dengan silat, sedang dalam silat semua senaman adalah terbaik.

Saya tak cerita pun pasal silat, saya cakap saya kagum pada karate je.

Dan ya, saya akui saya sikit-sikit mengamal silat. Dan seboleh mungkin, saya amalkan senaman-senaman yang saya pelajari dalam silat untuk kekalkan kesihatan. Alhamdulillah, ada hasilnya sikit-sikit. Saya bukan apa, nak buktikan yang dengan bersilat pun saya boleh dapat badan yang sihat dan tegap insyaAllah, lagi-lagi saya cikgu sukan. Dan 'kata sanchin' dalam karate juga ada kembarnya dalam silat yang saya pelajari, iaitu 'lian gulung' yang berfokus pada pernafasan dan kekuatan dalaman.

Kalau saya tanya berapa ramai pengamal silat, malah guru-guru silat yang obes, jawapannya, saya nak kena jawab ke tak entah. Jujur cakap kang, orang Melayu kita ni mudah marah....

Saya kagum pada disiplin pengamal karate, setakat yang saya tengok dan kenal. Yang penting, mereka rajin bersenam. Hasil dari tanya-tanya juga, mereka sungguh-sungguh mengamalkan kata dengan kawalan pernafasan tertentu untuk dapatkan hasil yang terbaik pada fizikal luaran dan dalaman. Saya cuba kaedah mereka, pada silat yang saya pelajari. Saya guna Lian Satu dalam silibus pelajaran silat Lian Padukan. 

Hasilnya. Peh....

Tak salah kalau kita sentiasa belajar dan mengkaji. Kadang-kadang, bila kita terlalu merasa superior dengan kemelayuan kita, kita tutup pintu hati dari mempelajari ilmu orang lain. Kan rugi. Dan kita terlalu jumud untuk meniru, kononnya meniru itu salah.

Asas belajar kan dari peniruan. Kita menulis a.b.c pun hasil dari meniru cikgu-cikgu kita tulis kat papan hitam, papan hijau atau papan putih. Bila dah faham aplikasi setiap vokal dan konsonan, baru kita lancar menulis.

Rasululllah s.a.w kan role model yang kita kena tiru.... Maka berlapang dada lah...

Silat hebat, karate juga hebat. Apa-apa seni pun hebat, selagi membawa kita kepada berfikir....



Thursday, November 29, 2012

DULU-DULU : POLIS DAN PEMAIN BOLA



Sedutan filem Mekanik tahun 1983.

Ni cerita dulu-dulu. Orang kata, filem kita wajah kita kan?

Allahyarham Mokhtar 'SuperMokh' Dahari (al-fatihah) adalah legenda kebanggaan bola sepak Malaysia. Ada tak rambut dia stylo-mylo? Takde. Rembat tetap kuat, gelecek tetap handal.

Tengok pulak abang polis kita ni. Mr Os ke entah? Ye kot. Tapi kagum mana pun dia kat Mokhtar Dahari, saman tetap saman.

Woi,legend tu! Tak kisah, yang penting dia salah, dia laju, saman tetap saman. Integriti polis dulu-dulu. Bila dah pakai seragam polis, tugas tetap kena jalan.

Yang bestnya, Mokhtar Dahari bawak kereta, polis tu tiup wisel je. Pun boleh berenti.

Integriti seorang pemain bola berdisiplin, dia bawak dalam kehidupan seharian.

Kalau kita tengok pulak polis dan pemain bola kita sekarang.....

Sikit je klip filem ni, pun banyak yang boleh kita tafsirkan...

Integriti...



Tuesday, November 27, 2012

DOA, CHANTING ULTRAS MALAYA DAN MERAH

Terdapat beberapa perkara yang memualkan saya seminggu dua ni. Saya ringkaskan kepada tiga perkara saja. Kalau cerita semua, saya muntah hijau lalu demam kepialu.

1. Isu doa.

Dua-dua pihak macam bebal je saya tengok. Pada satu pihak, saya rasa mereka bebal kerana takut sangat dengan doa. Doa tu hak hamba, dan yang memakbulkannya tu hak Allah. Kalau tak salah, nak takut apa?

Yang pihak satu lagi pun, bebal jugak. Boleh berdoa untuk kehancuran musuh, dan sebab tu ada doa qunut nazilah. Tapi, berbahasa la... Kalau pun doa tu setulus hati murni, janganlah keterlaluan bunyinya. Berkias-kias sikit, takde salahnya. Kita baca tafsiran doa qunut nazilah pun, dalam marah tetap rasa sejuk dengan keindahan bahasanya.

Kesimpulan : Orang tua-tua ni kadang-kadang dalam banyak pengalaman, bila emosi menguasai diri, bebal jugak. Tuhan, jangan jadikan aku begitu.. Oh...

2. Isu chanting Ultras Malaya - Singapore itu anjing

Ini gila! Paling bangang pun iye. Saya ada baca geng Ultras Malaya yang kepala bana cuba mem'backing' chanting bangang mereka itu. Dan cara menjawabnya pun sama macam Rajagopal, stail tak boleh kena tegur  punya kaki. Gila ah, memalukan. Saya yang tinggal berjiran dengan Singaporean jadi malu alang.

Kau kalau nak menyokong pun, berpada la. Memang la ada fan yang jerit lagi tinja bunyinya, maki hamun, mencarut bagai. Tapi tak ramai-ramai macam korang dan tak masuk Youtube!

Ultras Malaya sumber kebangkitan bola sepak Malaysia? Geng makan kuaci ni pun bayar cukai la beb...

3. Perhimpunan Merah

Akhirnya, saya akur. Satu hari nanti, ada duit lebih sikit sementara cuti kat kampung ni, saya kena langgan jugak Astro. Tensen aih, abih semua tv setakat guna arial biasa ni duk tayang geng-geng sembang berdegar-degar ni.

Sembang berdegar-degar
Bumbang-bumbang tak mau tumbang
Bila ajak berdebat
'Oh, budaya debat itu bukanlah adat'

Pigi dah!

Sekian, kemualan saya minggu ini.

Monday, November 19, 2012

BOIKOT PRODUK YAHUDI - USAHA HATI


Ada pihak yang mempertikaikan hak orang lain untuk memboikot produk Yahudi Laknat sebagai tanda kebencian pada tindakan Yahudi Laknat menyerang Gaza.

Pendapat saya, takde salahnya memboikot. Boikot itu juga usaha, ikut kadar kemampuan. Ada yang mampu usaha dengan kuasa, ada yang mampu usaha dengan kewangan, ada yang mampu usaha dengan tidak berbuat apa-apa melainkan memboikot dan ada yang mampu usaha dengan mengirimkan doa.

Kita lupa barangkali, Allah s.w.t juga menilai kita dengan usaha dan keikhlasan kita, sesuai dengan hadith junjungan kita Rasulullah s.a.w "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangan, sekiranya tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman". Hadith sahih riwayat Muslim.

Jangan dipertikaikan usaha orang. Itu hak mereka. Boikot tu kan kira menegah dengan hati. tanda kebencian pada Yahudi Laknatullah. Setidak-tidaknya mereka membuat sesuatu untuk saudara kita di Gaza sana.

Kita?


Thursday, November 15, 2012

BILA MAKAN, HILANG TERUS PERJUANGAN KAU

Duk laung tentang hak...

Duk laung tentang ketuanan...

Duk laung tentang kedaulatan...

Tapi bila bab makan...

Tosei roti canai kau lenjan...

Char kue teow nasi ayam hailam kau telan...

Bab perut tak pulak kau kisah, hak sapa, ketuanan sapa, kedaulatan sapa...

Halal haram pun kau tak tanya...

Janji, kenyang...

Kan?

Wednesday, November 14, 2012

DOA ITU SENJATA MUKMININ

Doa..

Senjata paling tajam...

Paling kuat..

Paling ampuh...

Handal, kebal, hebat takde erti kalau tak didahului dengan doa...

Untuk saudara kita di Palestine sana..

Kita kirimkan doa untuk mereka..

Tanamkan kebencian sungguh-sungguh kita pada musuh Allah...

Semoga saudara kita di sana, dan kita-kita di sini juga perolehi dua perkara,..

Hidup menang, atau mati syahid...


KALAU DAH LAWA....

Kadang-kadang kan, bila ada waktu memblogwalking time cuti gini, kita akan mudah dapat buat kesimpulan pada satu-satu blog...

Kalau ownernya lawa, kau tulis apa pun orang baca, orang angguk setuju. Walaupun ceritanya pasal kucing kau tersepit, contoh la. Biasalah, nak bagi nampak comel, cerita pasal kucing ni memang laku.

Bukan dunia realiti je camtu. Dunia maya pun begitu.

Muka mau ada, baru boleh bikin 'kuasa'...


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434H



ALHAMDULILLAH - Segala puji bagi Allah. Sebanyak-banyaknya.

Syukurlah kita, hitung-hitung detik, minit, jam, hari, minggu, bulan tahun, sampai juga kita akhirnya ke tahun yang baru. Bermula hijrah kita yang baru.

Ada yang memulakan tahun barunya dengan azam. Mahu berubah. Mahu berhijrah. Jadi lebih baik dalam segala hal.

Apa-Apa yang dikerjakan sekalipun, mulakan dengan niat dan sudahi dengan tertib. Macam rukun solat juga. Mula dengan niat, habis dengan tertib. Dalam perjalanan mengusaikan solat, ada tomakninah yang perlu kita jaga.

Begitu hal kehidupan kita.

Selamat tahun baru semua. Mulakan buku baru dengan episod baru. Permulaan biar cantik, walaupun kadang-kadang pertengahannya ada konflik macam-macam. Takpe, hero tengah-tengah cerita memang begitu. Hujung buku nanti, insyaAllah ada kemenangan yang menanti..

Andai ada tulisan yang pernah mengguris hati, minta dimaafin... Assalamualaikum.

Tuesday, November 13, 2012

TULISAN JAWI - KEMBALIKAN JATI DIRI


Saya teringat ada sekali tu, saya dapat relief satu kelas tahun satu. Guru yang sepatutnya mengajar cuti bersalin. Ustazah. Ikut jadual, waktu pendidikan Islam.

Saya suruh keluarkan apa-apa bahan bacaan yang berkaitan dengan pendidikan Islam. Ada yang keluar buku teks, buku latihan, buku komik Ana Muslim dan buku cerita kisah nabi-nabi. 

Kebetulan, murid yang di meja depan sekali keluarkan buku kisah Nabi Musa alaihi salam. Tulisan jawi penuh. Saya saja test, suruh dia baca kuat-kuat, kongsikan dengan kelas.

Alhamdulillah, dia baca dengan terang, jelas lagi lancar. Takde sasul-sasul sikit pun. Saya tersenyum, seronok ada lekat dalam hati. Tulisan jawi masih ada pewarisnya.

Saya berpandangan, orang yang boleh baca jawi dengan lancar adalah orang yang boleh membaca Al-Quran dengan lancar. Dah tentu-tentu tulisan jawi adalah pinjaman dari tulisan Arab. Bab ni, saya berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memperkasakan kembali pendidikan agama Islam dengan adanya JQAF.

Saya perhatikan, rata-rata kanak-kanak sekarang boleh membaca jawi, walaupun sedikit merangkak-rangkak. Kalau yang bersekolah agama tu, lagi lancar bacaan mereka. Bandingkan pula dengan orang dewasa kelahiran tahun 70an, 80an, hingga 90an. Ramai yang tak boleh pun baca jawi. Ramai. Jawi pun tak terbaca, macam mana pula dengan al-Quran.

Bagi ibu bapa, prihatinlah. Kalau boleh dekat rumah tu, selain memperkenalkan alphabet pada anak-anak, kenalkan juga huruf-huruf jawi. Ramai yang bangga bila anak-anak boleh fasih menyebut huruf-huruf ABC bawak ke Z, tapi saya rasa lebih membanggakan kalau anak-anak boleh menyebut huruf-huruf hijaiyah dari 'alif ' bawak ke 'nya'. 

Ramai budak-budak boleh hafal bulan-bulan masihi, tapi berapa kerat sangat yang hafal bulan-bulan Hijrah dalam Islam. Tak payah kata budak-budak, kaum bapak pun ramai yang tak hafal kan. Tau yang ada cuti umum je. Muharam, Ramadhan, Syawal, Zulhijjah....

Sunday, November 11, 2012

PENAMPILAN TAK LAH YANG UTAMA, TAPI PENTING JUGA...


Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman (Al-Fatihah....)


The Late Mas Oyama Sensei


Kedua-dua di atas adalah nama besar dalam dunia senibeladiri. Seorang adalah Mahaguru Sila Seni Gayong Malaysia dan Serantau, dan seorang lagi adalah Mahaguru Kyokushin Karate.

Dua-dua saya suka kisah mereka, falsafah mereka, aliran mereka, kehebatan mereka dan lain-lainnya tentang mereka. Yang saya lebih kagumkan lagi adalah fizikal mereka. Gagah lagi berani, sesuai dengan status mereka.

Sepatutnya begitulah. Saya ulang, sepatutnya begitulah. Sesuai dengan status mereka sebagai guru, contoh, tauladan, dan rujukan generasi-generasi yang menuntut ilmu yang dipelopori mereka.

Mungkin bagi segelintir pihak, penampilan tidaklah penting. Tapi bagi saya, secara peribadi, penampilan luaran adalah juga penting walaupun bukan yang terutama letak duduknya. Sebagai guru pendidikan jasmani, menyampaikan ilmu-ilmu tentang kesukanan dan kesihatan bukan sekadar melalui pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan di padang, malah penampilan guru sendiri yang sihat, tegap, kemas, tidak merokok dan lain-lain sedikit sebanyak menjadi perhatian dan contoh kepada anak murid.

Samalah juga, bagi saya secara peribadi, guru dan jurulatih seni beladiri sewajarnya memaparkan contoh tauladan yang baik bagi penuntut. Penampilan fizikal seperti kedua-dua mahaguru di atas adalah bonus, menunjukkan tahap disiplin yang tinggi, apresiasi dan penghayatan mereka terhadap latihan dan kecintaan mereka pada ilmu yang di bawa. Tambah lagi kita pengamal seni beladiri sibuk mencanangkan yang seni beladiri merupakan gaya hidup sihat dan pergerakannya berupa senaman yang menyihatkan. Nah, sepatutnya kita yang mencanangkan pun patut mencerminkan apa yang dicanangkan, kan.

Sejujurnya saya melihat, ramai di kalangan pengamal seni silat yang mengabaikan hal ini - kesihatan dan penampilan fizikal. Memang saya akui, silat adalah hebat ilmunya, hebat juga senamannya. Namun sayang, kehebatan silat kita ditutup dengan penampilan yang tak seberapa menarik, malah tidak sihat. Berapa ramai guru silat yang merokok? Ramai, sangat ramai. Mengaku je lah, mengapa perlu nak beralas-alas kan.

Saya jujur mencatat perkara ini. Sebab terlalu ramai yang saya lihat, pengamal-pengamal silat yang dalam kategori obesiti. Silat kan ada senaman yang hebat-hebat. Sepatutnya kita tonjolkan kehebatan silat dan senaman-senamannya melalui apa yang dihadirkan pada fizikal kita. Ini, kadang-kadang lagi tinggi bengkung, lagi berjalur sandang, lagi berbelit lidah nak menyebut gelaran, lagi timbul perut, lagi besar perut.

Ilmu banyak-banyak bawak ke perut ke?

Saya cakap pasal silat, sebab saya Melayu yang bersilat. Sekurang-kurangnya kalau orang bertanya pada saya, pernah belajar silat ke, tak lah saya malu nak mengaku 'iye'. Silat ni motivasi utama saya nak jaga badan, kesihatan dan penampilan. Setidak-tidaknya, ilmu yang guru-guru saya ajarkan tu membantu saya menjaga kesihatan.

So, takdelah nanti kita ni asyik sibuk nak cerita silat tu bagus, silat ni terbaik, silat ni boleh pukul semua dan lain-lain. Orang yang banyak cakap ni, berlatihnya kurang, atau tidak. Orang yang sibuk berlatih, mengatanya  pulak kurang, atau tidak.

Bawaklah bersenam dan berlatih jom ye. Bila dah mengata banyak sangat ni, saya pun kena ikut ingatkan diri sendiri. Nanti orang cakap meludah ke langit. Tak lalu nak cium bau ludah sendiri....





Wednesday, November 7, 2012

KATA KEBERGANTUNGAN PADA ALLAH SEMATA-MATA, TAPI...

Dalam pada saya duduk menghadap SPPBS ni, sempat juga saya curi masa godek-godek website, blog-blog dan forum-forum persilatan. Saya suka apabila bicara yang dibentangkan adalah berkaitan dengan permainan, teknik, skil, petua,dan lain-lain. Sudah tentulah, berguru itu lebih utama. Tapi membaca untuk barang sepalit dua ilmu, apa salahnya kan.

Namun yang masih menjadi kemusykilan saya, apabila dalam pada orang-orang silat ni mencanangkan kebergantungan penuh pada Allah Azza wa Jalla, batu-batu cincin, selempang selendang, tongkat, dan lain-lain barangan 'hikmah' masih diiklankan dengan alasan - ikhtiar.

Saya kepilkan di sini, maksud dari doa Al-Mathurat yang saya kira ramai antara kita jadikan amalan sehari-hari. Ekstrak dari doa ini adalah sungguh-sungguh penghayatan sang pendoa kepada Allah, akan kebergantungan sepenuhnya hanya pada Allah, minta dicukupkan segala hal supaya dielakkan sang pendoa daripada meminta-minta pada yang lain. 

"Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama) Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah kami (ad-Deen) cara hidup yang jitu dan unggul selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan permintaan (perkenankanlah)."

Saya tidaklah pula mengambil contoh dari ayat al-Quran dan hadith-hadith sahih, kerana nanti sudah tentu saya menjadi mamat 'copy paste' yang berhujah semata-mata dari bantuan Encik Google. Dan saya yakin, kalangan pembaca dan ahli persilatan umumnya lebih fasih merujuk sumber naqli tersebut berbanding saya. Oh ye, saya akui, terjemahan doa ini saya 'copy paste', saya hafal arabnya, cuma terjemahan secara literal saya tak pandai nak gubah tulis bagi cantik.

Yang saya isukan adalah, masih ada perguruan yang mewar-warkan akan hikmah selendang, selempang, cincin, dan macam-macam lagi bahan yang diisikan dengan hikmat-hikmat yang mempunyai banyak khasiat. Paling best, boleh bersilat sendiri, jatuh sayang akan yang melihat dirinya, pelindung, merawat penyakit zahir batin, pelaris dan macam-macam lagi. Semuanya ikhtiar, dan di'quote'kan juga, atas izin Allah.

Saya tak berani nak jatuhkan salah, apatah lagi letak hukum. Saya tahu, Melayu itu tinggi ilmunya, dan saya sendiri ada berguru secara menghadap guru samada dari segi bersilat fizikal, ilmu-ilmu mengenal diri, amalan-amalan kependekaran lama (saya adakan sendiri sistem tapisannya, mana yang saya was-was, cukup dalam buku catatan sebagai pengetahuan), doa-doa dan lain-lain.

Apa yang saya simpulkan dari pembelajaran saya secara berguru ni, nak sihat kau kena bersenam dan jaga makan, nak handal kau kena belajar dan berlatih, sebelum nak belajar ilmu kenal diri, bab fardhu ain kena jaga sungguh-sungguh, belajar mengaji Al-Quran biar lancar dan belajar dari guru yang murshid dan bersanad, dan nak semua tu, kena doa pada Allah sebab Allah yang izinkan semua dapat kat kita.

Bila ada jual benda-benda ni, saya tengok masyarakat Melayu kita yang mana ada antaranya sedia malas, jadi makin malas. Nak handal bersilat, beli je benda tu, terus handal. Nak selamat, pakai je benda ni, terus selamat. Yakin tu secara senyap jatuh pada benda, bukan lagi Allah. Memang la pada quote semuanya dengan izin Allah. Tapi sikit demi sikit kebergantungan tu ada jugak pada benda-benda tu. Minta jauh oi...

Nak dikisahkan, saya ada kawan yang pernah ambil amalan, dan disyaratkan dia memakai cincin yang telah diwafa'kan oleh gurunya sepanjang masa untuk memastikan keselamatannya. Nak dijadikan cerita, dia suruh saya simpankan cincinnya tu masa kami mandi air terjun, sebab takut hilang. Nak panjangkan cerita lagi, saya ni memang cuai, boleh pulak salah simpan cincinnya tu. Hambik, sehari dia punya gelabah, resah tak tentu hala bila tak pakai cincin tu. Saya pun memang sungguh-sungguh rasa bersalahlah, sebab dah hilangkan barang orang. Akhirnya, jumpa jugak. Salah poket rupanya, apa punya teruk pelupa la saya ni.

Bila dah bincang secara manly, baru saya tahu punca kegelabahan dia. Dan saya pun, setakat faham yang saya ada, anjurkan dia baca Al-Mathurat dan amalkannya sungguh-sungguh. Pergantungan bukan pada cincin. Cincin tu pun kita yang kena jaga, jangan bagi hilang.

Apa pun, ini pendapat peribadi saya. Boleh saja dikritik, dan boleh saja diberikan pandangan yang lain. Saya bukanlah nak potong rezeki orang lain nak berniaga. Bila saya komen pasal produk-produk pengurusan badan pun, ada kawan yang marah cakap saya tak boleh tengok Melayu maju. Pulak... Mungkin saya berbeza pendapat dengan yang lain, tapi tak semestinya saya betul. Bila saya salah, minta tegurlah, dan ajarlah.

Nak apa-apa pun, ikhtiarkan dengan cara yang selamat dan berlandas syariat. Insyaallah. Kita nak selamat, yang bagi selamat tu, Satu tu je...










SPPBS 2 - ANGGAPLAH KITA MAIN MINESWEEPER

Aduan pasal kelembapan sistem on SPPBS ni dah merata dah, dah terlalu banyak dah. Cikgu-cikgu keletihan, siang malam bawak ke pagi buta pun duk online nak key in band murid-murid. Pun tak jalan. Saya dari balik sekolah dalam pukul 7 tadi, solat maghrib, belum sempat mandi, dah menghadap SPPBS. Menghampakan, sampai sekarang boleh masuk 2 orang murid  je. 

Bila ada cikgu mengadu kat official fb Kementerian Pelajaran Malaysia, dia reply:

Kami menghargai sebarang pandangan dan maklum balas yang tuan/puan berikan. Sukacita sekiranya tuan/puan dapat mengemukakan maklumat lengkap secara rasmi dengan menghubungi khidmat pelanggan kami di talian 03 7723 7070 atau emel kepada kpkpm@moe.gov.my. Terima kasih.

Entahlah... Kalau gitu official page FB ni buat apa ada...

Saya cuba hiburkan hati, dengan menganggap mengisi band ke dalam SPPBS adalah bermain minesweeper. Ala, game zaman baru kenal-kenal komputer, selain solitare.

Klik, klik, klik, tiba meletup!

Yang ni dia punya meletup ada sadis sikit.

klik, klik, klik...

Sila masukkan Nama login dan Kata laluan untuk memasuki laman ini 

Rakan-rakan yang menghadap SPPBS je yang faham...

* Baca dengan santai ye, cikgu-cikgu. Bukan nak komplen, tapi mintak difahami....


Tuesday, November 6, 2012

SUDAH CUKUP SUDAH


Sudah cukup sudah!

Enough is enough!

Ada yang tak betul ni.....

Mana pembelaan pada yang berhak....

SPPBS - BUAT NAIK GILA

Saya takde masalah dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Matlamatnya jelas, holistik, menyeluruh.

Saya bermasalah dengan sistemnya! Sistem Onlinenya! Sistem Pengurusannya!

Lapan jam bai, lapan jam! Dua kelas pun tak sudah-sudah! Masuk satu nama, keluar balik, key in sikit, keluar balik!

Saya ada 8 kelas DST, 3 kelas PJ dan 3 kelas PK. Masak la gini...

Saya naik gila dengan sistem ni, sampai tertanya-tanya jugak, bagak mana kementerian upah buat sistem ni ni. Tahap tinja.

PBS tu murni dah hasratnya, tapi bila sistem buat gini, memang menghampakan.

Tensen tengok jam kat sistem online ni langsung tak berubah. Dari awal tahun sampai sekarang duk 9:08:22am je. Benda camni pun dia ambik mudah. Patutla sistem cam ke hape.

Tolong la KPM, tolong la,... Nak pendidikan tahap dunia, gajikan la IT engineer tahap dunia gak.

Sunday, November 4, 2012

HUDUD


1) Apa dia hudud PAS ni? Hudud tu hudud la. Nak harap geng keris laksana Hudud? Puiiiihhh..

2) Mana pi JATI, PERKASA, PEKIDA dan lain-lain yang konon perjuangkan Islam, bila apek ni meroyan persoal hukum Islam?

3) Salah siapa bila apek yang integriti dia ni dah tercalar dengan isu seks, tak paham pasal Islam? Kan ada geng Fathul Bari? Mana, mana?

4) Kerajaan sedia menambah baik sistem PBS? Nak isi SPPBS satu kelas pun makan 2 jam. Punya la lembab sistem. Tolong, tambah baik sistem ni, benda lain pun akan ikut tambah baik.

5) Demam panas minggu ni. Banyak kena hujan. Baru nak kebah demam, kena hujan balik.





Thursday, November 1, 2012

ANALOGI ILMU DAN PETUA

Guru itu pemegang amanah. Bukan setakat itu, guru juga adalah penyampai amanah. Ilmu itu amanah. Guru memahamkan murid tentang ilmu berlandaskan petua. Semata-mata ilmu, takkan jadi, kerana ilmu itu landasnya petua.

Memahami ilmu perlukan petua. Analogi mudah, ilmu itu tebu, dan mesin tebu itu petua. Hanya dengan menggunakan mesin tebu (petua), barulah kita boleh menikmati manisnya serta nikmatnya air tebu (manfaat ilmu) dari tebu (ilmu) yang kita perolehi.

Nak tukar analogi lain pun boleh. Kelapa dengan mesin parut kelapa, oren dengan pemerah oren, dan lain-lainlah.

Sebab tu pentingnya petua. Kalau dalam bersilat, sepanjang yang saya laluilah, petua ni selit-selit dalam berbual dengan guru, dalam teguran guru, dalam post mortem ketika melaksanakan sesuatu pergerakan memukul, mengelak, mengunci dan macam-macam lagi. Lebih natural, sebab petua diturunkan langsung untuk lebih memahamkan. Silibus pelajaran itu ilmu yang perlu kita ketahui sebagai panduan kita belajar, dan petua itulah pakaian dan pegangan sebenar kita.

Ada perguruan, siap dengan majlis petuanya tersendiri. Petua tertentu disampaikan untuk peringkat tertentu. Masing-masing punya cara, ape de hal.

Dalam bidang lain juga, analogi ilmu dan petua ini diguna pakai. Nak memahamkan tentang daya (ilmu) perlu ditunjuk ajar guru tentang F=ma (petua). Yang ni saya tak berani nak ulas lebih la, last ilmu fizik saya serius belajar masa matrikulasi dulu je.

Alah ilmu pada petua. Alah petua pada apa ye?




Tuesday, October 30, 2012

FILEM KITA WAJAH KITA (?)


Entah la...

Saya sendiri pun tak tau nak cakap apa dah.
Ayat nak menyedapkan hati orang ramai - "Jangan hanya memandang luaran filem yang dihasilkan. Cuba nilai mesej yang cuba disampaikan."

Tahi.

Filem-filem macam ni la buat mak ayah pening kepala. Polis-polis pening kepala. Cikgu-cikgu lagilah pening kepala. Ni cerita pasal budak sekolah nak jadi samseng pulak. Lagilah tahi.

Sejak kebelakangan ni, makin ramai pulak budak muda nak jadi samseng. Sejak-sejak cerita KL Gangster. Taik rempit jangan ceritalah. Makin banyak filem pasal rempit - konon nak bagi pengajaran - makin takde tanda-tanda gejala rempit nak surut.

Bila budak-budak makin pailang, senang je nak cari hala nak pointing finger.

Ni semua salah CIKGU!

Yang cikgu ni baru nak belajar-belajar faham SPPBS lah, KSSR KSSM lah, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan lah, macam-macam lagi lah. Tak sempat nak belajar, nak faham benda-benda ni, budak-budak makin ramai tukar cita-cita dari nak jadi doktor ke nak jadi ayahanda, dari nak jadi engineer ke nak jadi abang long. 

Saya berpendapat, orang filem sekarang takde tanggungjawab pada masyarakat untuk membina masyarakat. Yang orang filem tahu, filem nak grand, pulangan nak box office. Filem yang membina akal, makin takde. Saya ingat last filem saya tengok yang membina akal, Bunohan. Ni kang ada cakap saya jilat ludah sendiri, sebab Bunohan pun ada pasal lawan-lawan, bunuh-bunuh. Tapi setidaknya akal saya terbina lah, daripada tengok cerita gangster-gangster taik ni.

Cerita cikgu cubit budak, masuk front page Metro. Cerita cikgu kena tibai dengan budak, dengan mak bapak budak, ada orang kisah?

Biasalah, ni semua salah cikgu!

Filem kita wajah kita.... Memang pun. Samseng bersepah di kalangan kita kan. Baiah junjung Quran bagai, tapi mengaji - haram tak reti.



Wednesday, October 24, 2012

HARGA ROKOK NAIK

Dalam minggu ni, penuh status kat FB pasal harga rokok naik. 

Macam-macam jugak dibualkan. Kerajaan tak tepati janjilah, eloklah-harga-rokok-naik-baru-boleh-kurangkan-perokok lah, kerajaan prihatin kesihatan rakyat sebab tu naikkan harga rokok lah, merokok kan haram lah, dan macam-macam.

Saya kisah tak kisah pun benda ni. Sebab, saya tak merokok pun. Tak merokok tak 'cool'? Quote paling bangang pernah saya dengar dari zaman sekolah.

Saya cuma berpesanlah pada warga perokok. Bagi yang dah berkeluarga, utamakanlah bab anak bini dulu. Kalau pergi kedai dengan anak, anak nak aiskrim dan kamu puak perokok nak beli rokok yang harganya sama nilai dengan aiskrim anak tu, elok kamu belikanlah aiskrim kat anak. Kalau kamu marah anak, siap pukul-pukul malah menasihati anak, yang makan aiskrim tu bahaya pada kesihatan, malah membazir, ketahuilah, asap rokok dah buat otak kamu benak. Saya pernah menghadap situasi ni di depan mata sendiri, itu jam memang nak acung jari tengah je kat muka si bapak kaki perokok tu. 

Bagi yang bujang, kamu dan saya pun berkeluarga jugak kan. Ada mak abah dan adik akak abang. Daripada merokok, buat belanja beli gula yang harganya dah naik dan isikan minyak kereta untuk mak abah jalan-jalan pun ada baiknya, daripada sibuk isi asap kat dada.

Ikut masing-masing lah. Nak dicakap kang, duit masing-masing....

Sunday, October 14, 2012

KENANGAN MULA MEMBACA - JADIKAN ANAK-ANAK MENCINTAI BUKU, SEBELUM MEREKA TAHU MEMBACA

Faham ke tu ;-)? (gambar ini saya rembat tanpa izin)


Petang tadi saya singgah ke kedai makan. Kelaparan. Kebetulan agak ramai juga pelanggan dalam kedai itu. Saya jenguk ke tv, kot-kot lah ada siaran ulangan bola Kelantan vs Selangor yang saya tak sempat tengok jaringan golnya. Yang ada hanyalah lumba motor yang entah lawan di mana.

Waktu memilih meja, saya pilih sebuah meja kosong yang berdekatan dengan 3 orang sekeluarga. Bapa, ibu dan anak mereka yang anggaran saya berumur antara 1-2 tahun. Sangat comel. Serius, sangat comel. Tapi bukan sebab kecomelan baby tu saya duduk situ. Cuma sebab meja mereka tu ada surat khabar, dan bolehlah saya membaca sambil makan-makan.

Sementara menunggu order saya siap, saya menjeling-jeling meja sebelah, bila la agaknya nak habis baca paper si maknya ni. Tapi bila saya jeling balik, si mak duk sibuk dengan tablet. Rupanya si baby tadi ni yang duduk menyelak-nyelak paper Metro tu, sambil mengomel sendiri.

Saya perhati je telatah baby ni tadi. Sambil menunjuk gambar, mengomel entah apa disebut. Diselak-selak paper tu, macam lelaki dewasa pulak, mula baca paper dari mukasurat belakang bawa ke depan. Lama perhati, tahu-tahu saya sudah tersenyum sendiri.... :-)

Agaknya, tiba-tiba datang memori bila saya mulai mengenal buku. 

Saya dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana. Waktu kelahiran saya, ayah saya hanyalah sojar berpangkat prebet, dan ibu saya tidak merasai bersekolah. Namun, atas kesedaran mereka, saya sentiasa dimanjai dengan buku-buku komik. Kalau minta mainan, mereka bising. Minta komik, jarang mereka berleter. Jadi dari kecil saya sudah membelek-belek buku, yang saya tak faham langsung patah tulisannya. Yang penting, banyak gambar dan warna.

Maka bermulalah hobi saya 'membaca' dan 'menulis', dengan dinding rumah menjadi medan melakar karya. Saya mewah dengan komik ketika saya berkhatan, dengan Doraemon, Kungfu Boy Chin Mi, koleksi Tony Wong dan Ma Wing Shing, novel penyiasatan terjemahan karya Enid Blyton, Siri Hadi dan banyak lagi. Waktu ni sudah tentulah saya boleh membaca, dah darjah 2, atau 3. Dan setakat '' bila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata'' dan ''malang tiada berbau, mujur tiada berbunyi'', sudah saya coretkan dalam karangan-karangan bahasa melayu, hasil dari bacaan komik-komik. 

Bila saya perhatikan lagi baby tu menyelak-nyelak paper tu, saya senyum lagi. Tapi cover jugaklah, buat-buat minum. Orang cakap apa nanti, tengok lumba motor kat tv pun boleh senyum-senyum ke. Salah situasi.

Bagi saya, itu permulaan yang sangat baik untuk baby ni. Kalau di rumah pun habis diselaknya bahan bacaan mak dan ayahnya, lagi terbaik. Waktu ni, elok mak dan ayahnya kenalkan dengan kaler-kaler yangs selamat untuk kegunaan kanak-kanak menconteng. Bagi buku mewarna untuk dia menconteng. Buat dia biasa. Jadikan dia suka.

Jadikan anak-anak mencintai buku, seawal dia tidak pun tahu membaca. Selepas itu, mudah untuk dia mengenal ilmu. 


Kata nak budayakan membaca dalam keluarga. Ni anak nak mintak beli buku mewarna Angry Bird bukan main bising, membazirlah kononnya. Ni kau beli rokok tak membazir pulak?







Saturday, October 13, 2012

MENGEJAR GELARAN

Semalam telah berlangsungnya Guru Muda 1 Malaysia. Program berlangsung dengan jayanya, tapi tu lah. Perancangan Allah lebih sempurna. Ngam-ngam habis majlis, hujan selebat-lebatnya sampai ke petang. Bukan rezeki nak jalan aktiviti lebih lama. 

Dan untuk pertama kalinya, saya rasa ucapan seorang menteri yang langsung tak annoying. Pak Haji Muhyidin (lagi mesra kan, panggil gini) langsung tak usik pasal politik. Selaku Menteri Pelajaran, beliau hanya menyentuh aspek-aspek yang perlu diberi penekanan oleh guru-guru, terutama guru muda dalam memastikan perjalanan dunia pendidikan berjalan lancar. Ada beza antara 'cikgu' dan 'guru'. Saya suka bab tu. Juga pembentangan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Untuk pertama kalinya, majlis sebesar ini bebas dari anasir politik. Yang penting, takde jerit-jerit 'Janji Ditepati'. Haha...

Masuk tajuk... Mengejar gelaran. Bila cerita tentang gelaran, secara tak langsung berkait dengan penganugerahan, kasta, tahap keilmuan dan kemahiran, dan lain-lain lagi. Kadang-kadang, gelaran membawa lebih lagi makna daripada kekayaan semata-mata. 

Fokus saya mudah. Saya ambil dunia persilatan. Banyak sangat gelaran dalam dunia persilatan. Kebanyakannya dari perguruan yang establish dan sangat well-known. Kang disebut contoh-contoh gelaran, tak molek. Tapi bagi saya, itu semua dibuat-buat. Hanya untuk melambangkan pengaruh, dan mencari pengaruh. Sedangkan ilmu silat itu sendiri, letak duduknya entah ke mana. 

Kekecewaan saya ini, ikhlas. Tak taulah jika kecewa juga memerlukan keikhlasan. Kalau dah Cik Puan Rosmah kita boleh dapat anugerah Tun Teja siap berselempangnya, saya selaku Melayu yang bersilat, amat kecewalah. Buruk nama Srikandi Tun Teja, sebab letak salah pada orangnya. Bersilatkah Cik Puan kita ni?  Kalau iye, alhamdulillah. Nak juga saya tengok langkahnya, sebab perguruan yang bagi anugerah ni pun main kuda-kuda rendah. Saya minat kaedah ini, sebab penunggul mau kuat.

Alhamdulillah, selama saya mencari ni, saya ketemu guru-guru yang tidak mengejar gelaran. Lagipun saya mahu ilmu mereka. Yang saya jumpa setakat mahu dipanggil cikgu, pakcik, abang, tok wan, Megat (jurulatih silat olahraga saya, suruh panggil nama je. Skil, tahap dunia, sebab biasa wakil Malaysia). Guru saya sekarang pun, kalangan anak-anak murid panggil 'ayah' je. 

Kalau gelaran boleh buat saya handal bertumbuk, saya sanggup kumpul duit.. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Beli selendang, selempang, bengkung, sandang dan mintak gelaran macam-macam. Kalau itu boleh buat saya handal berdiri di luar. 

Tapi saya tak kejar itu, dan saya rasa kawan-kawan yang ikhlas dengan senibeladiri juga tidak mahu semua itu. Terus-terang, saya lembik lagi penakut. Saya belajar pun sebab nak mengelak bab-bab bertumbuk semua tu. Orang cakap, lagi kita belajar bertumbuk, lagi kita jauh dari bergaduh. 

Yang kita mahu hanyalah sihat, berkat dan selamat. InsyaAllah...

(saya sebenarnya kecewa dengan majalah Senibeladiri yang saya beli saban bulan. Tolong jangan letak gambar orang politik yang takde kena mengena dengan silat boleh tak. Lainlah kalau Presiden Pesaka, lain cerita)


Wednesday, October 10, 2012

GURU MUDA 1 MALAYSIA

Apabila melihat nama saya tertera dalam surat panggilan menyertai program Guru Muda 1 Malaysia di Pusat Kokurikulum Johor hujung minggu ni, satu je yang saya syukuri...

Kementerian mengiktiraf keMUDAan saya!!

Yang lain-lain, saya tak minat.

Layan kayuh kat Plentong off road lagi best.


Sunday, September 16, 2012

MENYANTUNI MEREKA YANG MENGGIGIT TANGAN KITA

Akhir-akhir ini, saya dan rakan-rakan terjebak dengan pelbagai hal. Banyak ragam. Pun saya tetap buat-buat tak tahu.

Selain kita sibuk dengan demonstrasi sana-sini orang membantah penerbitan filem yang menghina jujungan mulia kita, hal-hal simbah cat ke bas bawa ceramah, hal janji-janji yang dah ditabur sekian lama pun tetap sama, hal cara mengenal 'gay' di kalangan anak-anak kita (saya minta jangan saya disalah erti akan kerana ketegapan badan saya. saya hantu bersenam), kaum saya, yakni kaum guru penjawat awam sering dilemparkan dengan pelbagai pandangan salah. Atau mungkin kami yang sungguh-sungguh bersalah.

Ada rakan-rakan yang melenting. Dihamunnya orang yang menulis blog itu. Ada yang menasihati penulis blog-blog tersebut, supaya mengenang kembali jasa guru-guru. Macam-macam lagi reaksi para guru, juga bakal guru, malah bekas guru yang boleh saya lihat. Saya?

Saya ambil mudah. Mereka menulis sekadar pendapat mereka, dan mereka juga emosi dengan tulisan mereka. Itu blog mereka. Kita ada hak bukan, untuk menulis apa saja yang terlintas di fikiran.

Mungkin kedapatan guru yang begitu mengikut apa yang ditulis mereka. Saya akui, ada kalangan rakan-rakan yang begitu, menunggu 25 hari bulan, sibuk berniaga (sekarang yang hangat, produk nak kuruskan badan. Saya anti dengan barangan sedemikian. Hilang seni senaman), sibuk hal kain orang lain, dan macam-macam ragam. Tapi saya yakin, di mana-mana jua, hatta dalam pejabat Perdana Menteri sekalipun, waima pusat-pusat pengajian tinggi sekalipun, kita berhadapan dengan perkara yang sama. Jelas.

Pokoknya, jangan mudha melenting. Kita panas telinga andai kita bersalah. Kalau kita buat kerja dengan sepatutnya, malah lebih baik, kita tidak akan terasa setakat hal remeh. Sementelah kaum guru adalah penjawat awam terbesar bilangannya.

Tak perlu kita sibuk nak fahamkan orang apa bidang tugas kita. Memang kita dilingkungi dengan pelbagai tugas pengkeranian, pengurusan, pentadbiran, pelaksanaan dan macam-macam lagi. Kalau diikutkan SSM, kita layak menerima elaun tanggungan. Namun, adakah yang peduli?

Buat saja kerja kita elok-elok. Murid yang datang kita tatang, isikan dengan ilmu yang sepatutnya. Walaupun nanti ada yang bakal menggigit tangan kita yang memberi, doakan saja mereka tetap kenyang dengan limpahan rezeki.

Masing-masing ada bahagian masing-masing. Kita? Bahagian kita sebagai guru, ada sudah dalam janji Ilahi...

Thursday, August 30, 2012

LAGU UNTUK AYAH - BERSAMA MERDEKA

Ayah, kuingin tanya padamu
mengapa tanahku
penuh sengketa saban waktu
dicemari penindasan dikotori hawa nafsu
semua bertopeng palsu
mahu ini dan itu

Ayah, mungkin sudah sampai detik
untuk aku bangun bangkit
mengacung penumbuk ke langit
membawa semangat perubahan
menukar penimbang usang yang merugikan
biar kita maju melangkah ke hadapan

Ayah, ku tahu
kau juga mahu begitu
tapi kau terjerat cop mohor di dahimu
kau terpaksa tunduk mengangguk

Ayah, ku tahu
setiamu untuk masa depanku
tapi aku tak ragu
yang menantiku
dunia yang baru

Ayah, ku ingin kau berbangga
punya anak yang wira
cekal juga hatinya
mendepani kezaliman
menerajang korupsi yang memualkan
semoga kita berbahagia
bersama merdeka

*saya pernah sertakan lagu ini dalam ruang jurnal saya ini pada tarikh 30 April 2012 lepas, di sini.

Saja saya terbitkan kembali, sempena meraikan tarikh 31 Ogos, tarikh pembebasan wilayah Tanah Melayu dari penjajahan British, sebelum bersatu dengan Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia pada tarikh 16 September.

Nantilah, ada masa, saya sertakan sekali video lagunya. Suara saya tidak merdu, malu.

Apa pun, lagu atau tulisan ini meraikan anak-anak muda yang gelegak darahnya, mahu keadilan tertegak dengan sebenar-benarnya di bumi Malaysia ini.

Salam kemerdekaan ke 55. Sori, saya tidak pandai berjanji...


Wednesday, August 29, 2012

SALAM MERDEKA 55 TAHUN

Banyak persoalan. Sangat banyak. Saya ada juga berkawan, bergaul dan bersilaturrahim dengan rakan-rakan, orang tua-tua dan berjenis-jenis orang lagi yang punya pegangan dan fahaman agama, kepercayaan, budaya dan 'kotak pangkah'.

Kecilkan lagi skop, saya ada juga berkawan, bergaul dan bersilaturrahim dengan rakan-rakan, orang tua-tua dan berjenis-jenis orang lagi dari kalangan bangsa Melayu, dan saya sendiri adalah darah orang Melayu.

Sepanjang saya bercampur dengan mereka yang obses dengan fahaman politik, mereka ultra kepada ketuanan Melayu, mereka yang berpegang teguh pada syariat Islam, dan mereka yang serba tak kisah, dari pelbagai lapisan masyarakat, beberapa persoalan timbul dan bermain di fikiran saya. Saya notakan di sini, supaya apabila saya tua nanti - jika saya sempat merasa tua - soalan-soalan ini saya peroleh jawapannya atau soalan tinggal soalan.

1) Adakah pejuang Melayu dahulu dikira 'pejuang Melayu' sekiranya dia berkhidmat dengan Inggeris untuk membanteras komunis?

2) Apa bezanya penjajah Inggeris dengan komunis?

3) Mana datang istilah 'ketuanan Melayu'?

4) Adakah dengan menafikan hak Melayu, kita dikira menentang kesucian Islam?

5) Benarkah dengan mempertahankan 'ketuanan Melayu', kita sebenarnya mempertahankan kedaulatan Islam?

6) Adakah India Muslim boleh dikategorikan sebagai Melayu, sedangkan kita maklum Melayu itu asalnya Nusantara? Ah, saya ini tidaklah pula rajin membaca blog-blog yang meminati teori-teori konspirasi untuk menggali.

7) Adakah dikira menghasut atau menyebarkan dakyah, jika kita generasi muda, yang baru, banyak bertanya atau melempar persoalan berkenaan Melayu, hanya kerana kecintaan kita pada sejarah, legenda dan ceritera bangsa sendiri?

Ini semua hanya persoalan. Saya kira, nanti saya akan dapat juga jawapannya. Mungkin gelegak darah muda, suka bertanya. Suka nak tahu itu ini.

Banyak lagi persoalan yang berlegar di fikiran saya waktu ini. Apa pun, marilah kita memanjatkan kesyukuran atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini. Perjuangan tak pernah senang, saya tahu itu. Itu sebab saya mengagumi cerita-cerita perjuangan Mat Kilau, Dato Bahaman, Dato Maharajalela, Dol Said, Rentap, Syariff Masahor, Rosli Dhobi, Leftenan Adnan, dan ramai lagi. Saya percaya, bukan sedikit darah terlimpah ke tanah bumi bertuah ini, hanya untuk memastikan kita cucu-cicit menghirup nyaman merdeka.

Juga, kita beri penghargaan kepada barisan pertahanan negara kita, tentera, polis, bomba, dan banyak lagilah. Mereka banyak berjasa untuk keamanan kita bermasyarakat. Jangan kerana satu dua isu, kita nilakan semuanya .

Untuk pahlawan kita yang beragama Islam, kita fidyahkan Al-Fatihah.....

Salam 55 Tahun Merdeka...

Friday, August 24, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Punyalah jenuh nak online..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua...

Mohon maaf kalau ada tulisan yang mengguris perasaan..

Biasalah, kadang-kadang bila menulis, kita mudah perasan yang kita 'best'..

Kadang-kadang 'ter' sembang kemas...

Kadang-kadang termaki...

Semoga ceria semua, walaupun dah dekat seminggu kita beraya..

Salam Aidil Fitri semua...

Saturday, August 11, 2012

BINTANG

Cuba kita kira bintang di langit...

Waktu pekat malam, bawa ke pagi...

Waktunya, dalam jam dua, tiga mungkin...

Cuba kita kira...

Satu, dua, tiga...

...........................................

Seratus lima belas, seratus enam belas, seratus tujuh belas....

...........................................

Seribu tujuh puluh tiga, seribu tujuh puluh empat, seribu tujuh puluh lima...

...........................................

Mmmmmmm.....

Tak mampu lagi...

Capai kopi di tebing batu...

Hirup sedikit demi sedikit, panas, hangat, pekat, likat...

..........................................

Bintang...

Inspirasi ramai orang...

Semua mahu ke bintang...

Semua mahu jadi bintang...

Semua mahu gapai bintang...

............................................

Aku senang begini...

Cukup mendongak, melihat, mengira bintang...

Dengan kopi pekat cap kapal api...

Sendiri...

DIAM 2

Diam...

Berbicara dalam sunyi...
Berteleku dalam sepi...

Diam....

Seksanya lebih derita...
Dari marah lidah berkata...

Diam...

Bila diri tidak lagi rasa sempurna...
Bila diri tidak lagi punya deria...

Diam...

Lembaran tulisan dan kenangan...
Itulah peneman...

Diam...

Mengutip sisa kaca pengalaman..
Walau berdarah jejari impian...

Diam...

Berdiri pun tak mampu...
Teruk dibelasah rindu...


Thursday, August 9, 2012

CINTA, RINDU DAN SAYANG


Cinta, rindu, sayang..

Keras mana pun hati manusia, lunak dek penangan tiga hal ini - cinta, rindu dan sayang. Ada mengaku cinta - rindu - sayang ini tidak perlu. Ada yang cuba menyempadani cinta - rindu - sayang dengan mengaku hatinya kental, muziknya kental, atitudenya kental. Hal cinta - rindu - sayang ni, silakan diterajang.

Tapi, aku punya definisi sendiri.

Cinta - Kesungguhan kita pada sesuatu atau seseorang yang kita jujuri setulus hati.

Rindu - Rasa Ini Nyata Dicipta Untukmu.

Sayang - Tolak tepi kepentingan diri, kerana kepentingannya adalah kewajipan kita kini.

Definisi ini, diregukan dengan ketidaksempurnaan diri, menjadikan kita tidak mampu bersendiri....

Wednesday, August 8, 2012

MENCARI HAK DIRI

Entah..

Bukan selalu aku merenung ke dalam diri..
Waktu kadang-kadang bertepi, disempadani kesibukan duniawi..
Aku yang selalu khayal, seronok melayani kehendak nafsu sendiri..
Sedang hak diri untuk mengenal diri, aku telanjangi..

Entah..

Orang berkata untuk mengenal Tuhan kau harus mengenal diri..
Rahsia Tuhan letak dalam dirimu, hadirmu, wujudmu..
Cuma akalku gentayangan, terbang melayang..
Semakin aku mencari, aku makin meraba..
Semakin aku hampiri, semakin aku hampa..

Yang aku yakini cuma satu..
DIA ada...

DIA ada waktu kita berdoa..
DIA ada waktu kita seru namaNYA..
DIA ada di setiap masa..
Dulu hingga akhirnya, DIA wujud tidak berpermulaan,
mustahil berpengakhiran..

Pening kan?

Aku bertanya pada tuaku..
Apa mustahilkah mengenal Yang Satu?
Tua hanya senyum...
Katanya, kau hanya perlu buka itu pintu..
Di balik pintu itu, kau lihat kebenaran yang indah..

Seindah indahnya..

Tinggal lagi...
Janganlah kau jemu berguru...
Kunci kamar itu ada pada guru...

Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad..
Kita si awam mentafsirkannya belajar dari mula bernafas hingga hujung nafas..
Ada lain memaknakannya buaian itu ilmu dunia, lahad itu ilmu nyata...

Ah, sudah.....

Mencari dan terus mencari...
Cari lagi, lagi dan lagi....

(Jilid Lihat Langit)



Tuesday, August 7, 2012

BUSKER - ENTITI YANG JUJUR


Ahad lepas, aku dan buah hati berjalan di KL, tepatnya di Masjid Jamek. Meneman dia mencari-cari pakaian raya. Aku ni bukanlah seorang yang obses sangat dengan persiapan raya ni. Baju Melayu yang ada pun, aku tak tau dah berapa tahun punya. Lagi-lagi semenjak kebelakangan ni, badan aku dah boleh sarung baju-baju zaman belajar dulu. Lagilah aku tak fikir tentang nak berbaju baru.

Kesesakan yang melampau di ibu kota, menyebabkan aku tak boleh nak fikir banyak kali, melainkan ke KL Sentral untuk tumpang parking, lalu ambil LRT.

Seusai bershoping dan berjalan sakan, tiba masa untuk pulang. Tiba di KL Sentral, aku terdengar nyanyian bersuara jantan dari sorang brader yang macam aku biasa tengok (dalam internet). Ini brader Meor Pesta Jiwa ni!

Dengan dia ditemani gitar, di tengah hiruk-pikuk orang lalu-lalang dalam KL Sentral, waktu tu aku memandang brader ni dari jauh, mendendangkan "Yesterday" dari legenda muzik dunia, The Beatles. Terpana sekejap. Sound gitar beliau pun melekat.

Aku pun terus menuju ke arah beliau. Tanpa mahu menggangguny menghabiskan lagu, aku terus mencangkung membelek buku-buku dan cd lagu-lagu yang dipamerkan di softcase gitar. Biarkan dulu dia habiskan lagu. Mana boleh busker main lagu sekerat, marah audien nanti.

Habis lagu tu.

"Saya folo blog abang. Selalu jugak baca tulisan abang", lebih kuranglah aku cuba berbasa-basi.

"Hahaha", gelak brader Meor tak sampai 3 harkat. "Tu ada album yang baru," sambung dia lagi.

Tanpa mahu mengganggu perjalanan kerjanya menghiburkan orang lalu-lalang, aku terus capai cd bertulis 'Society - Jalan'. RM20. Akad jual beli, salam sekali, dan aku dan kawan pun berlalu pergi.

Sepanjang perjalanan, aku pasang cd tu, dan sehingga sekarang, cd tu aku mainkan setiap kali dalam kereta nak ke mana-mana. Ini album yang jujur, lagu-lagu yang jujur, dan kita yang mendengar pun perlu ikut jujur.

Lagu tentang cinta, tentang alam, tentang hidup, tentang macam-macam. Memang, kalau kita dengar lagu-lagu arus perdana pun, ceritakan hal yang sama. Tapi bab kejujuran ni, bukan semua mampu luahkan. Memandangkan brader Meor ada cara sendiri untuk berkarya, dengan dia lebih dekat dengan masyarakat, menjadikan tulisan-tulisan dan lagu-lagunya lebih dekat dengan kita, atau setidak-tidaknya kita-kita yang ikut jujur menilai seni. Seni untuk hidup.

Busker adalah entiti yang jujur. Mereka juga unit yang membentuk masyarakat kita yang serba pelbagai. Kalau ikut tulisan Pendeta Zaaba dalam buku 'Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri', setiap kita ni sepatutnya bergantung atas upaya diri sendiri, tanpa mengharap ehsan orang lain secara berlebih-lebihan meminta-minta, atau bahasa kita sekarang, berdikari. Busker adalah entiti yang berdikari.

Dulu sewaktu aku masih belajar di Serdang, setiap kali pulang ke kampung, aku akan gunakan perkhidmatan bas di Puduraya. Di lorong ke LRT, ada seorang pakcik buta dengan gitar usangnya, mendendangkan lagu-lagu lama. Aku suka ke Pudu awal, sementara tunggu bas dalam sejam dua, melepak sorang-sorang berdekatan pakcik tu, mendengar nyanyian lagu-lagu lama. Skill pakcik tu, superb. Pernah dihebahkan dalam akhbar arus perdana pasal pakcik ni dulu. Sejak dah lama aku tak naik bas dari Pudu, tak tau pakcik ni ada situ lagi ke tak..

Kita jangan salah faham pada mereka. Hadir mereka untuk menghiburkan kita di jalanan. Mereka tak mengharap, tapi kita pun janganlah kemut sangat menghulur. Mereka mungkin tak cantik, tak hensem, tak establish macam artis-artis mainstream.

Tapi mereka jujur, dan kejujuran itu penting untuk seni.







Monday, August 6, 2012

KITA YANG SEBENARNYA MENGEMIS DARI PENGEMIS


"Buat apa la ko hulur duit kat orang tu. Jangan biasakan membagi duit kat pengemis ni. Nanti dorang naik lemak." kata seorang kawan.

Aku hanya senyum je.

"Biar dia usaha sikit nak cari makan. Cari la keje ke, apa ke. Ni mengemis, orang luar tengok, nampak sangat Malaysia ni miskin."

Aku senyum je.

Aku teringat cerita seorang sepupu aku, yang aku agak kagumi personalitinya. Dia biasa-biasa sahaja. Bab pelajaran, aku pandai lagi. Tapi dia lebih mencari keberkatan dalam segala hal yang dilakukan, terutama dengan guru-guru yang pernah dia menuntut. Buah hasilnya, aku lihat sekarang. Kerjayanya, kehidupannya, keluarganya. Itu rezeki dia, dan itu cerita lain. Yang aku nak cerita ni, ada satu kejadian yang melibatkan dia dan pengemis.

Pernah suatu ketika, dia telah dihasut untuk mendengar tentang satu skim MLM. Seperti aku, dia juga anti benda alah MLM ni. Jadi dia ikutkan je lah kawan-kawannya ke sebuah gerai, mendengar gebang bergoncang seorang usahawan MLM tentang kesenangan yang boleh diperolehi, tentang kekayaan yang akan dinikmati, siap tunjuk kereta mewah yang dimiliki, kad-kad kredit emas yang pelbagai rupa dan pengalaman pergi haji dan umrah berkali-kali bila join skim (baca : scam) tu. Well, modal sembang yang hampir sama, modus operandi yang menjemukan.

Nak dijadikan cerita, datang seorang pengemis yang kudung tangannya, membawa kole ke hulur ke hilir. Meminta seberapa yang ada, untuk rezeki yang tidaklah boleh menjadikan mereka kaya. Setelah di'rijek' beberapa meja, sampailah pengemis tu ke meja sepupu aku ni.

Geng-geng MLM ni bila dah sembang pasal harta ni, bila pengemis tadi menghulur kole minta derma, kena jerkah.

"Eh, pengemis ni. Pegi tempat lain la. Cari kerja senonoh sikit."

Terkesima sekejap sepupu aku. Lalu tanpa lengah, dihulur duit kertas kaler merah kat kole pengemis tadi, dan bangun berdiri.

"Sembang pasal duit punya lebat. Kumpul harta sana-sini. Kereta pakai macam-macam. Pergi Makkah berkali-kali."

Diam sekejap.

"Tapi orang susah datang minta tolong, haram nak bagi! Eh, aku tak nak kaya la. Kaya harta tapi jiwa takde, apa guna."

Biasala geng MLM ni, dorang pun taknak kalah hujah. Kumpul harta tu kan ibadah.

"Ye lah. Ibadah ke, apa ke. Korang tau tak sebab apa Allah hantar pengemis tu ke sini?"

Diam sekejap. Ada yang hirup air, sebab time ni belum puasa lagi.

"Sebab kita ni pun pengemis juga. Kita sibuk sangat cari harta, padahal dalam harta tu ada hak orang lain. Allah hantar pengemis, sebab nak bagi kita rasa sama, mengemis pahala, mengemis keberkatan dari Allah, nak cuci harta kita yang kita lupa kadang-kadang halal haramnya."

"Tak nak aku join korang. Lagi kaya jadi lagi kedekut, buat apa!"

Pengajaran yang aku dapat dari kejadian ni. Janganlah memandang rendah pengemis-pengemis. Memang ada yang menipu, sindiket lah, apa-apa lah. Tapi kita menghulur tu niat bersedekah Lillahi taala. Apa jadi duit tu, tu urusan dia dengan Allah.

Andai kata sedikit yang kita hulur tu, memudahkan urusan dia, mengenyangkan dia dan keluarga, insyaAllah, ada berkatnya.

Kita selalu sibuk dengan urusan dunia kita. Sekali-sekala Allah hantar orang susah datang depan kita, kan tandanya Allah sayangkan kita, nak memudahkan kita buat kebajikan.

Sekian tazkirah bulan Ramadhan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...