Thursday, May 31, 2012

TENTANG AKU, SENIBELADIRI DAN DUNIA 2.0

Ini sekadar catatan, memoir ringkas perjalanan aku dalam dunia senibeladiri. Bukan mencari gah, mencari pujian, mencari kehebatan. Sekadar catatan untuk diingat dan dikongsikan. Sebab ada juga sahabat yang berkongsi minat yang sama, tapi melalui jalan yang lain. Dan sejak bila pula berkongsi cerita itu salah, kan?

Sebenarnya ada juga sekelumit pengalaman sepanjang aku bergayong, bawah Silat Seni Gayong Malaysia. Antara pengalaman yang cukup berharga ialah menyertai rombongan Gayong UPM menziarah Pusat Latihan Tertinggi Gayong suatu ketika dulu di Air Kuning, Perak. Menumpang tidur di rumah Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman (ADMAR), moment yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Waktu itu kami disantuni oleh anak ADMAR sendiri, Cikgu Sazali, keluarga beliau, Pak Ngah Izhar Batu Kurau, Abang Wan Gayong Warisan dan lain-lain guru lama gayong yang ada di sekitar Taiping. Tak lupa juga, Srikandi Gayong, Cikgu Siti Kalsom (Allahyarhamah. Al-Fatihah untuk beliau).

Banyak juga petua yang didedahkan kepada kami sepanjang beberapa hari di situ. Itu jam, baru aku tau apa permainan gayong yang sebenar. Memeritkan. Kena arm lock ngan Cikgu Sazali, aku kira kenangan yang aku tak nak lagi. Sakit oi.

Bila balik kampung di Bagan Serai, ada masa, aku drive saja-saja masuk Simpang, lajak ke Air Kuning. Rumah kenangan tu sekarang memang dah tinggal kenangan dah. Rumah pendekar agung tanah air suatu masa dulu, kini mangsa kerakusan pembangunan. Menyedihkan....

Mungkin aku dah lama tinggalkan pelajaran gayong. Tapi semangat persilatan tu, tak mungkin boleh ditinggalkan. Gayong merupakan pintu aku mengenal dunia persilatan, atau mungkin pintu aku mengenal hak diri.

Tulisan ini tribute untuk gayong, silat pertama yang aku pelajari. Bila dah bertukar selera ke permainan buah pukul, baru aku nampak apa yang aku pelajari dalam gayong dulu dengan lebih jelas. Asas tapak. Ya, asas bertapak kena sungguh-sungguh pegang. Buah-buah kuncian tak sepatutnya semata-mata dihafal. Menghafal menjadikan pergerakan kita rigid dan baku. Yang penting, kefahaman dalam pelaksanaan. Bila dah faham, baru senang nak hafal, kan.

InsyaAllah. Ada ruang masa yang lebih, aku nak menyambung kembali pelajaran gayong. Mula dari asas senaman balik.




Wednesday, May 30, 2012

HERAN AKU.....

Heran aku...

Bab nombor plate pon nak bergaduh sakan..
Bukan main lagi membela...

Siap buat-buat lupa...

Entah sape entah dulu yang nak kuasa sultan dihadkan...
Entah sape entah dulu yang nak harta sultan-sultan disiasat...

Aiceh, buat-buat lupa pulak...

Heran aku...

Bab nombor plate pon nak bergaduh sakan...

Jangan...
Gaduhkan benda kecik-kecik, nanti benda besar-besar pulak yang ditelanjangkan..
Memang selalu camtu...

Heran aku...

Bab nombor plate pon nak bergaduh sakan...

Tuesday, May 29, 2012

TENTANG AKU, SENIBELADIRI DAN DUNIA

Usai subuh, tolong mak sidai baju.

Lepas tu, dengan berlatarkan keindahan hijau bendang luas terbentang belakang rumah, buat lian seround dua. Tak jugak... Sampai habis semua lian dalam silibus Lian Padukan. Lencun jugak berpeluh.

Alhamdulillah....

Kita dianugerahkan hidup di bumi yang indah permai. Bumi yang penuh berkat. Penuh ilmu yang bermanfaat. Tinggal lagi kita, sanggup atau tidak berpenat-penat, mencari ilmu bertingkat-tingkat.

Aku bermula agak lambat dalam dunia senibeladiri. Sangat lambat, sehingga aku sempatlah menjadi mangsa buli, sebab keskemaan (?) aku yang mendatangkan keghairahan senior-senior dan kawan sama umur untuk membuli aku. Asal nampak aku je, dorang tendang aku. Nampak aku je, dorang londeh seluar aku. Gila loser waktu tu, terlalu forever alone. Air mata jantan je la yang meneman setiap hari. Oh....

Sehinggalah masuk UPM, barulah datang 'wake up call' pada aku, sampai bila aku nak jadi camtu. Masa tengah terlalu fresh itu lah, aku mendaftar dengan penuh keazaman, Seni Silat Gayong Malaysia sebagai subjek ko-kurikulum berkredit. Permulaan aku kenal silat, dan dunia senibeladiri amnya.

Hari pertama latihan, mau termuntah jugak aku. Sebab aku bukan biasa sangat berlasak-lasak ni, walaupun anak kampung. Latihan kekuda rendah dan bertapak sahaja dah buat aku menggigil seluruh otot. Senaman anak harimau - suatu rutin latihan yang memenatkan, tapi bila lama-lama duk buat, sangat menyeronokkan. Kami juga belajar asas serangan, asas elakan, buah 1-7, asas lompatan menghambur,gulingan dan... macam-macamlah.

Seronok!

Untuk pertama kali dalam hidup aku, selain gitar, I ever felt like I belonged. Untuk pertama kali, aku rasa aku jumpa minat aku, yang aku boleh buat sehabis baik, walaupun bukan yang terbaik.

Itu jam, silat bagi aku adalah senaman setiap waktu. Asyik nak bersilat je, nak berpeluh. Dari seorang yang kecil lagi cikeding, ada rupa la sikit badan waktu tu. Remaja belia la katakan. Pulun bergelanggang, ikut silibus, sehingga dinaikkan ke bengkung putih, ke bengkung hijau, aku rasa nak sesuatu yang lebih lagi. Penat belajar, bila nak diuji apa yang aku pelajari?

Aku masuk silat olahraga, dan sesuatu kesilapan yang aku kesali sehingga hari ini adalah, meninggalkan langsung pelajaran silibus gayong. Sibuk berlatih silat olahraga, sehingga mewakili universiti, bermain di kejohanan-kejohanan luar, dan alhamdulillah, pencapaian terbaik aku adalah, dipanggil untuk latihan pusat kebangsaan bagi persiapan Sukan Universiti Asean, walaupun kalah masa kejohanan MASUM kat Penang. Ala, kena panggil je pon, tapi aku tak pegi. Itu jam dah abih belajar, baru dapat panggilan interview kerja. Sekurang-kurangnya, ada jugak benda nak dikenang tua nanti kan...

Dan ya, aku menyesali kesilapan aku waktu tu. Meninggalkan pelajaran gayong, di waktu sudah pun layak untuk diuji bengkung merah. Sahabat-sahabat sama batch, dah pun jadi guru-guru gayong, dah sarung sandang macam-macam, ada yang dah jadi wasit. Aku......mmmmmm... dengan ilmu gayong yang tidak masak sebagai bekalan di perantauan. Takpe lah, asalkan ada dari takde...

Tiba di Langkawi. Mencari rezeki. Dan permulaan episod baru...lagi...






KAMPUNG

Engkau mungkin ada apa yang aku tiada

Kau ada kereta mewah
Kau ada kerja besar
Kau ada bini langsing rupawan
Kau ada banglo bak istana sultan
Kau ada segalanya yang kau mahukan
Walaupun bukan itu semua yang kau perlukan

Tapi, aku juga ada apa yang kau mungkin tiada

Aku ada keluarga bahagia
Ayahku petani, banting tulang di bendang
Ibuku ralit menjahit tempahan
Adik-adikku berjaya dalam pelajaran

Aku ada kampung yang segar permai
Sekeliling kau boleh lihat hijau bendang terbentang
Mungkin kau penuh dengan kekayaan
Setakat Paris, Rome, London itu tempat kau jalan-jalan
Tapi kau tetap melopong melihat indahnya pemandangan
Kampung ini

Aku bangga aku anak kampung
Dan lagu Anak Kampung Jimmy Palikat bukan untuk aku
Itu lagu kecewa bercinta
Di kampung tidak ada kekecewaan yang menoda
Kerana yang melatari hari-hariku di sini
Hanyalah bahagia


Friday, May 25, 2012

ADA HASILNYA, SEDIKIT DEMI SEDIKIT ( 2 )

Minggu yang macam-macam hal, kan? Lee Chong Wei injured, debat Rafizi - KJ, dan macam-macam lah...

Dalam pada ketenatan menanda kertas soalan, mengisi SAPS dan SPPBS - alhamdulillah - apa yang aku targetkan, sekali lagi - alhamdulillah - tercapai sudah.

65kg!

Iye, aku pun tak jangka sebenarnya. Seingat aku, aku mula sungguh-sungguh jaga makan, exercise secara serius dalam awal bulan 4. Tu pun sebab kritikan melampau hosmet, dan penimbang. Kalau aku yang tak berape tinggi ni berat cecah 76kg, apakah?

Atas kerajinan menggodek blog-blog dan website orang lain yang cerita pasal kesihatan dan kecergasan, download kat Youtube benda-benda yang relate dengan ''shortcut to sixpack'' dan menumpang semangat Buakaw dan Manny Pacquaiao, alhamdulillah...... Lu ada rajin, lu dapat hasil.. Tapi sikit mau sabar la...

Six pack tu, idak la... Berlemak lagi perut ni. Tapi aku bukan target nak badan cam model. Asal sihat. Tapi dalam masa sama, senaman yang aku rutinkan bermotifkan nak dapat sixpack. Kalau ikut pada blogger Zaki Khan, pegang ''rule of palm''. Jaga bab makanan, senaman, rehat, supplement dan steroid. Disebabkan aku tak percaya pada supplement, dan "apakah neraka nak ambik steroid?", aku sungguh-sungguh jaga makan, pulun bersenam dan rehat. Tapi tido selalu je lewat. Sigh....

Rutin makan aku, asalnya dulu aku terpengaruh ngan Atkins. Tapi sekarang, tak sangat dah. Aku refer pada nasihat Kevin Zahri, sorang penasihat pemakanan dan kecergasan yang agak otai. Usha la website dia, banyak membantu.

Exercise, well. Aku mulakan dengan kardio. Kalau dulu sikit-sikit sebut kardio je, joging. Tapi sekarang, dengan masa yang tak berapa senggang, aku main skipping dan lompat bintang. Sebut skipping, try google "Buddy Lee". Ini orang sangat handal main skipping.

Pastu, main beban sikit. Dumbbell yang aku ada, yang 10kg punya. Selama ini aku tengok orang main dumbbell, duk main angkat turun angkat turun je. Sejak menatang kettelbell muncul, stail main dumbbell pon dah macam-macam. Ada beberapa rutin yang wajib aku lakukan, sebab selesa dan ada sedikit hasil pada aku.

Ada baki masa, sebelum nak mandi ke, dah siap nak pergi kerja ke, aku buat lebih kurang pelampas buah pukul. Main lian seround dua. Sekadar untuk mengingat, dan latih pernafasan.

Esok nak balik kampung. Takut jugak. Takut terlajak makan. Balik kampung kot, bukan senang nak tolak hidangan mak masak.

Selamat bercuti!

Tuesday, May 22, 2012

PENCARIAN BARU - SENI WARISAN MELAYU BANJAR

Tak senang duduk, tak senang tidur!

Begitulah aku dua, tiga malam ni.

Macam terngiang-ngiang di fikiran, suruhan untuk aku meneruskan pencarian lagi, mencari seni beladiri Melayu.

Alhamdulillah. Keberadaan aku di bumi Johor ni pun, berkait rapat dengan keinginan untuk mencari dan mendalami seni buah pukul, memandangkan zon selatan ni, dari Melaka bawak ke Singapura, terkenal dengan permainan pukulan. Ya, bagi yang mengkaji, ada beza fizikal permainan secara umum antara utara dan selatan tanah air, juga timur dan pantai barat, juga Sabah dan Sarawak. Kita cerita setakat dalam Malaysia, cukupla. Uniknya silat kita....

Setiba di Johor, bertemu jodoh dengan peranakan Buah Pukul Mersing yang masyhur, iaitu Lian Padukan. Bawah didikan Ayahanda Dr. Hj Hasyim Salleh dan guru-guru lain, Alhamdulillah, aku dan adik-beradik lain melalui khatam istiadat dengan jayanya.

Khatam bukan semata penamat. Ia permulaan kepada pencarian....lagi...

Dari perbualan dengan kenalan, pembacaan, dan lain-lain sumber, aku dapati ada semacam suatu persamaan pada seni Melayu. Banyak yang berpunca dari Banjar.

Tentang Banjar, aku kira boleh saja google kalau mahu tau maksudnya, asalnya, tempatnya, budayanya. Pukul rata, bangsa Melayu Banjar ini merupakan suatu kaum yang sangat mentaati ajaran Islam dan antara bangsa pendekar yang sangat disegani. Ramai ulama-ulama besar nusantara berdarah Melayu Banjar. Peh, berbunyi racist pulak aku. Bukan, cuma meletak fakta. Bukan bangsa yang aku banggakan, cuma ilmunya.

Kononnya - ya, kononnya - dalam Silat Seni Gayong ada inti permainan orang Banjar. Kononnya - ya, kononnya - dalam permainan Sendeng, khususnya pukulan 7 hari, ada inti permainan orang Banjar. Kononnya - ya, kononnya - banyak rahsia persilatan adalah dari permainan orang Banjar, yang selama ini gah diperkatakan adalah orang-orang Bugis.

Aku mentah lagi. Aku tak hanya mahu mempercayai apa yang di'konon'kan. Cuma, memandangkan apa yang aku warisi hanyalah darah orang-orang Banjar, aku kepingin sangat nak mendalami seni beladiri orang Banjar. Jumpa dalam Youtube pun, Seni Silat Kuntau Banjar. Memang berseni.

InsyaAllah, ini pencarian yang aku letakkan dalam list. Termasuk tomoi. Dah minat Buakaw, mestila kena belajar tomoi gak kan.

Terbukalah mencari ilmu. InsyaAllah, ilmu itu juga terbuka menerima kita seadanya....











Saturday, May 19, 2012

ISLAM MELAYU ATAU MELAYU ISLAM?

Kalau masuk ke mana-mana group silat dalam fb, antara benda yang lantang diperkatakan adalah, "Kita hendaklah mempertahankan kedaulatan Melayu kerana bertahannya Melayu, bertahanlah Islam!" Contoh ayat, dengan olahan semula.

Entah.

Bagi aku, ini tak lebih dari kokokan ultra melayu. Racist melampau. Yup, aku Melayu, tapi aku anti-racism. Sebabnya?

Apabila kita menjadi penjunjung budaya ilmu, perlukah kita meletakkan warna kulit dan perbezaan agama atau budaya menjadi sempadan? Tidak. Lagi-lagi kalau kita yang menyampaikan, apakah nak yang Melayu je pandai, yang lain-lain biarkan bingai? Tak....

Aku ingat lagi, disebabkan ketegasan Madam Katial (lupa camne nak eja, tau sebut je), aku tau sifir, tau mengira. Setakat kena sebat, berdiri atas kerusi, muka kena tepek ngan pemadam papan hitam (zaman guna kapur lagi) adalah rutin yang dah berjadual waktu kelas matematik. Abah aku marah, sebab orang India buat gitu kat anak dia? Tak.. Dipesannya pulak kat cikgu tu, pukullah, sebatlah, cubitlah, piatlah anaknya ini. Sebab abah aku tau, chegu India itu guru, pemegang amanah ilmu.

Dah jadi chegu, baru mengerti susahnya nak buat anak-anak pandai membaca, mengira, menulis, menaakul (benda-benda yang KSSR nak). Susah, tapi itukan amanah. Cuma itulah, bila tengok mak ayah zaman sekarang yang membela anak sampai menyerang guru, nak saman guru, dan macam-macam lagi. Apa korang ni tak sekolah ke dulu, tak pernah kena marah langsung ke dulu masa kecik-kecik kat sekolah? Yang korang hidup berjaya jadi engineer, jadi doktor, jadi pensyarah, jadi macam-macamlah, sebab kena marah dengan chegu tu lah, yang nak memandaikan korang. Tak kira Cina ke , India ke, Kadazan ke, Serani ke. Kalau taknak anak pandai, takpe. Keep blaming your children's teachers. Eh, aku cite apa tadi?

Islam Melayu ke, Melayu Islam? Islam yang utama. Bab Melayu bukan Melayu ni, takde nombor pun takpe. Bila kita jadikan Islam sebagai paksi, bab kaum-kaum ni tak penting lagi. Rasulullah tak ajar kita beza-beza pendapat sebab kaum. Tak ajar pun kita mendahulukan kedaulatan kaum. Kalau mungkin ada aku terlepas pandang bab sirah dan hadith, sila perbetulkan, dan tegurlah aku.

Aku emosi, bila tengok satu kejadian dalam kelas tahun 2. Seorang budak - Iban - pucat lesi. Bila aku tanya, dia cakap dahaga. Aku mintalah kawan sebelah dia hulurlah sikit air, sian kat kawan. Dia cakap apa?

"Tak boleh chegu. Dia orang Iban."

Terkedu aku. tanya balik, kenapa tak boleh...

"Tak boleh chegu, mak kita cakap, kita tak boleh bagi barang, kongsi makan dengan orang bukan Melayu. Kotor."

Kepada mak ayah budak ni, korang baru saja mencipta satu lagi waris ultra melayu PERKASA. Jari tengah aku acungkan ke muka kamu!


Thursday, May 17, 2012

SELAMAT HARI GURU


Aku jarang menangis. Kononnya air mata lelaki itu mahal. Jangan dibazirkan pada tempat yang tak sepatutnya.

Tapi...

Bukan di tarikh 16 Mei. Tarikh keramat setiap insan yang bergelar guru, cikgu, ustaz, ustazah, mudarris, sensei, sifu dan lain-lain lah.

Cukup apabila anak-anak comel datang tersenyum dan bersalam mengucup tangan dengan iringan ucapan "Selamat Hari Guru, Chegu..."

Bukan hadiah yang dinanti. Bukan penghargaan yang ditanti. Cukup sebuah ingatan...

"Chegu... Ni je saya mampu bagi, hadiah untuk chegu.. Mak ayah kirim salam..." Seisi dunia sekali pun, takkan mampu dinilai dengan sebiji karipap lemau yang dihulur dengan penuh keikhlasan dari anak didik.

"Chegu, hari tu marker pen chegu habis kan. Ni saya beli kat kedai 2ringgit. Selamat Hari Guru, chegu..."

............................................................................................................................................................

Bagi para guru. Kita mungkin berkongsi perasaan yang sama, apabila kita sungguh-sungguh lagi ikhlas menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia". Menangis dalam hati...

Selamat Hari Guru semua. Al-Fatihah buat guru teragung, Muhammad s.a.w, ibu bapa kita, guru-guru kita yang terdahulu mendidik kita dan semua dari kita.

Sekadar perkongsian pesanan dari Guru Utama Lian Padukan, Dr. Haji Hashim. Kita hidup di dunia biarlah buat 3 perkara. Buatlah jasa. Tak mampu buat jasa, balaslah jasa. Tak mampu balas jasa, kenanglah jasa.

Selamat Hari Guru. Adeh, lambat sehari. Brokben wat hal....


Tuesday, May 8, 2012

GUA ROCK, GUA BERIMAN - APA MASALAH?


GUA ROCK, GUA BERIMAN - Ini tagline dari antara gitaris tersohor tanah air yang sudah menemui jalan keinsafan, Bro Sham Kamikaze.

Beliau pernah melalui jalan-jalan yang terlalu peribadi untuk diceritakan. Akhirnya, beliau dengan keputusan beliau sendiri, menamatkan kejahilan dengan penghijrahan.

Sepanjang penghijrahan beliau, sedikit demi sedikit anak-anak muda juga menuruti belakang beliau, semakin mendekati apa yang selama ini media-media yang ada di negara kita cuba jauhkan - agama.

Approach beliau mudah. Beliau ada muzik, sesuatu yang dekat dengan anak muda. Selama ini muzik itu semata-mata hiburan. Sekarang beliau mengajak anak muda dan sidang pendengar mendengar muzik, untuk mendekatkan diri dengan kebenaran. Kaedah atau uslub dakwah itu kan pelbagai, kenapa mesti disempitkan, kan?

GUA ROCK, GUA BERIMAN - Salahkah anak muda, atau anak tua (rockers kental kan banyak dari golongan tua, jangan tipulah) yang rock, turut merasai kemanisan iman? Atau iman itu hanya milik ulama, ustaz-asatizah, imam-imam, kadi-kadi?

Siapa pun kita, label apa pun yang disandang, bila dihiasi dengan iman, insyaAllah, kemanisannya dapat dirasa.

GUA ROCK, GUA BERIMAN - Kalau tukar jadi Gua Hip Hop, Gua Beriman pun - pada aku yang bukan ulama, ustaz-asatizah, imam-imam atau kadi - tiada salahnya. Rapping sambil memuji kebesaran Allah, meratapi kejahilan manusia mengenal Tuhan dengan satu lagu yang panjang liriknya boleh buat full album punk rock, tiada salahnya.

Ada ilmu, tapi suka nak cari salah orang. Betul cakap bos aku, benda paling senang kat dunia ni, kondem salah orang. Benda yang paling susah nak buat, puji kebaikan orang.

HARAM - HALAL

Demonstrasi jalanan - haram

Porno dan Majalah Mangga - HALALAN TOYYIBAN

enough said.....

ALHAMDULILLAH - SATU LAGI PENCAPAIAN DALAM HIDUP

Alhamdulillah - lafaz yang tiada lagi selain ini, yang sepatutnya keluar dari mulut apabila kita mensyukuri sesuatu.

Sabtu malam Ahad tadi, aku dan adik-beradik seperguruan dari Johor, Selangor dan Melaka selamat menjalani majlis khatam perguruan yang kami anuti.

Satu demi satu ujian digagahi. Sakit perit bukan lagi soal. Yang penting kemahiran, kefahaman, keberanian dan keyakinan berjaya diuji dengan selamatnya.

Bukan kehebatan yang dicari. Bukan kemegahan yang mahu dibanggai. Cuma mahu mengenal kemampuan diri.

InsyaAllah. Setakat pengetahuan yang dikumpulkan, mahu dikongsi pada yang mahu mencari.

Target selepas ini - Muay Thai. Johor ni, lagi-lagi Pasir Gudang, cukup susah nak jumpa tomoi. Sekali lagi... Bukan kehebatan yang dicari. Bukan kemegahan yang mahu dibanggai. Cuma mahu mengenal kemampuan diri...

Gini caranya, bila entah aku nak further master ye... Kawan-kawan sebaya pulun sampai PhD dah ni...


Thursday, May 3, 2012

ADA HASILNYA, SEDIKIT DEMI SEDIKIT (kesihatan)




Pulun - alhamdulillah, sekarang aku memang di fasa memulun. Pulun nak sihat, insyaAllah.

Antara usaha dalam pulun nak jadi sihat, aku banyak membaca majalah seperti Men's Health atau Men's Fitness, juga merujuk pada blog-blog seperti Kevin Zahri atau Zaki Khan . Banyak input yang boleh dipelajari, dari membaca. Haah, nak jadi sihat, biarlah dengan ilmu. Ada jugak yang terjebak semata-mata Atkin's, pun takde masalah. Tapi kan best kalau badan tak semata-mata mengecut. Biarlah sedikit muscular dan lean. Ah, yang penting sihat kan.

Joging, dah jadi macam kebiasaan. Tapi sekarang jarang ada masa untuk joging. Aku lebihkan skipping, atau setidak-tidaknya lompat bintang. Untuk kardio. Skipping, sila google Buddy Lee. Apa ke gila manusia main skipping camni?

Sikit-sikit, buat juga latihan beban. Tak dilupakan, jaga makan. Rokok memang awal-awal bukan makanan aku. Piramid makanan cuba jaga elok. Tapi kadang-kadang (selalu sebenarnya) tewas jugak, bila ke kenduri-kendara. Susah kot nak tolak pelawaan nasi briyani gam kambing.

Jadi, dari langkah beringat ni la - alhamdulillah - berat aku 76kg, paling berat pernah direkodkan, sekarang dah menyusut ke 68. Target nak capai 60, sebab itu BMI aku paling cantik molek. Target jangka pendek dulu, nak capai 65 kg.

Bila chegu-chegu lain dah menegur "Nampak kurus sikit la kau sekarang",semangat jadi lain macam membara. Kasi pulun cukup-cukup kali ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...