Monday, December 27, 2010

lihat itu pelangi..


LIHAT ITU PELANGI

hidup dalam redup..
bayu iman menyelak awan resah..
tersirna suria aman yg tenang..
lihat itu pelangi..
mendamaikan latar hari yg kalut,ribut..
alam bagai terlukis cantik..
lorek indahnya mudah,
`kun fayakun` hak kuasaNya..

Wednesday, December 22, 2010

Ujian.. (tulisan utk Tuhan..sebaik2 tempat pengaduan..)

Ujian

ujian itu tiket menuju ruang pengampunan
ujian itu lorong menghala keredhaan Tuhan
ujian itu kifarah dosa-dosa silam yang bergelimpangan

aku yakin ujian tidak sengaja-ngaja Tuhan adakan
aku pasti ujian tidak direka-reka untuk permainan
aku imani, setiap dari Tuhan itu ada asbab dan alansan

ujian mengentalkan jiwa
ujian mewajakan hati
ujian mengebalkan jasad
dalam merempuhi liku yang bukan sebarang
dalam menempuhi getir yang bukan calang

namun
ujian yang amat pedih adalah perpisahan
sungguh aku bencikan perpisahan
kerana aku terlalu mencintai pertemuan

apa pun yang dirungutkan
perpisahan memang telah lama Tuhan janjikan
dalam khazanah qada' dan qadar Tuhan

menghadapi ujian tidak semudah a, b, c
tidak semudah alif ba ta sewaktu mengaji
tidak sesenang 1, 2, 3 di kedai nombor membeli judi

ujian hanya boleh ditawani dengan kesabaran
pohon kesabaran itu, sulit disuburkan
kerana akarnya pahit kelat di kerongkongan
takut tidak mampu dihadam ditelan

tapi nikmatnya pohon kesabaran yang dibaja dibelai itu
diganjari dengan buah-buah keimanan yang melazatkan
manis lagi menyamankan

ujian lawannya kesabaran....
dan hayatinya dengan ketulusan iman dan ihsan...

*kuatkan aku ya Allah, sekuat Rasul-rasul ulul azmiMu..

Nuh yang istiqamah..
Ibrahim yang rela berkorban..
Musa yang berhikmah..
Isa yang zuhud..
Muhammad tercinta yang penyabar..

Kuhamparkan pengaduan cintaku...padaMU..


*ini sekadar tulisan..apa pun,mmg lelaki sewajibnya jatuh cinta pada wanita..dan perlulah aku malu mengakui hal ini?

Tuhan
tiada lagi tempat pengaduanku
melainkan hanya padaMu

Tuhan
padaMu kuhamparkan
keluh kesah yang tak berkesudahan
yang mengitari latar kehidupan
entah bila mampu kutamatkan

Tuhan
sungguh aku malu mahu mengaku
jiwa salju lelaki ini lebur
dimamah kehangatan suria cinta hawa
yang teramat indah Kau ciptakan

Tuhan
sungguh jodoh itu rahsia mutlakMu
termaktub di kutub Luh Mahfuz Mu
namun ya Tuhan
tidaklah rahsia lagi rahsia hati ini
dari kerlingan tahuMu
betapa aku amat mencintaiNya
mahukan dia
rindukan dia.....

Tuhan
andai dia Kau ciptakan untukku
satukan hatinya dan hatiku
dekatkan selalu dia dan aku
halalkanlah cintaku dan dia

Tuhan
aku terlalu mahukan dia
sebagai pelengkap agamaku
sebagai teman menyambung sunnah KekasihMu
penenang hatiku
pendamai jiwaku

Tuhan
andai dia bukan untukku
lepaskanlah dia dari ikatan cinta ini
dengan sebaik-sebaik pelepasan
temukanlah dia dengan sebaik-baik insan
yang akan mengimaminya memperbaiki amalan
merasai nikmat kelazatan iman

Ya Allah
sungguh tiada lagi Tuhan selainMu
ini pengakuan hakikiku
yang kembali selalu meghamparkan pengharapan
agar cinta ini berkekalan
di bawah naungan maghfirah dan pengampunan
Tuhan yang Maha Pengasihan........


Tuesday, December 21, 2010

Si Buta dengan Ubat Giginya


Ada suatu petang, masa aku berjalan-jalan di pasar malam. Macam biasa, kalau di pasar malam. Dengan hidangan juadah yang terbentang, mana-mana orang luar yang ke Malaysia akan cepat membuat tanggapan, Malaysia ini memang selayaknya dikalungkan gelaran ‘Sorga Makanan’. Tarikan makanan yang pelbagai ini lah yang kadang-kala mudah sungguh membocori kekangan nafsu mengisi tembolok perut, walhal kita hanya perlu makan cukup untuk sekadarnya.

Bukan hal pasar malam ini yang nak aku coretkan. Di suatu sudut, terdapat seorang buta – dengan beg plastik di tangan kiri dan sekotak ubat gigi di tangan kanan. Dan seperti lagaknya penjaja-penjaja lain yang mengumpan rezeki di pasar malam, dia menjerit-jerit mewar-warkan barangan jualan di tangannya itu – sekotak ubat gigi.

Aku, sememangnya seorang yang mudah tersentuh. Sekeras-keras hati aku, yang lama diuliti muzik-muzik keras metal yang menepu, aku cepat tersentuh apabila melihat orang kelainan upaya dan kanak-kanak. Bukan memuji diri, Alhamdulillah, nikmat ini aku syukuri yang amat. Sekurang-kurangnya, aku tahu Allah masih membelasi aku dengan hati yang mudah rawan. Lalu aku singgah ke sisi si buta itu tadi, lalu kuhulurkan sehelai wang kertas (tanpa perlu disebut nilai) ke genggaman tangannya. Niat untuk bersedekah. Namun, apa yang berlaku selepas itu membuatkan aku malu sendiri, berfikir sendiri, dan bersyukur sendiri..

“Terima kasih saudara.. Tetapi saya tidaklah mencari rezeki dengan meminta-meminta.. Syukur dengan apa yang saya ada. Dan saudara boleh beli ubat gigi ini untuk keperluan saudara, sekiranya mahu..”

Aku terkedu. Terkesima. Aku pasti, andai ego yang menguasai diri, pasti akan aku jerkah si buta ini tadi. Sudahlah buta, berlagak pula. Sempat juga si laknat setan membisik ke telinga. Namun buat seketika, nafas dihela dan akal digapai kembali ke waras. Kekaguman datang dijemput ke hati. Lalu sempat aku mengomel sendiri – si buta ini tahu diri, dan terima kenyataan dan anugerah Ilahi. Dia tidak merasa terbeban dengan butanya itu, atau mempergunakan butanya itu untuk meraih simpati. Dia mahu berdikari!

Dalam malu, aku memohon maaf akan perbuatanku itu. Si buta itu hanya tersenyum.

“Maaf bang.. ok, bagi saya sekotak ubat gigi bang. Ini duitnya.”

Berlaku suatu akad pertukaran barang dengan wang. Masing-masing tersenyum puas. Si buta tersenyum kerana berniaga, tidak lagi meminta-minta. Aku tersenyum kerana mampu membantu sekadarnya, dengan tidak meminta dikembalikan wang lebihannya. Lalu aku melangkah dengan perasaan yang berbaur, tanpa menoleh lagi ke belakang melihat si buta ‘terintai-intai’ si pembeli yang tidak mahu wang lebihnya dikembalikan.

Kesimpulan. Bukan semua orang kadang-kadang mahu dibantu. Namun itu tidak menghalang kita untuk terus membantu. Orang kelainan upaya juga berhak untuk merasa layanan yang serupa kita, kemudahan yang serupa kita, kebahagiaan yang juga serupa kita. Ya, kita yang kononnya sempurna. Dan aku kembali teringat suatu kiasan yang aku dengar dari rekaan seorang rakan berkenaan ‘kesempurnaan’.

“Sebenarnya, Allah dah ciptakan semua manusia dengan penuh kesempurnaan. Tinggal lagi kita sedar atau tak. Ok, ni contohla. Jangan amik pot pulak,” ujar si rakan aku sambil meludah ke dalam longkang, tempat kami bertenggek melalak bermain gitar. Seusai asap rokok disedut, dia menyambung.

“Ko kononkan la, kesempurnaan tu 10. Contohnya 5 luaran iaitu fizikal dan 5 dalaman iaitu hati. Contoh. Kita yang kononnya sempurna ni, boleh jadi luaran kita sangat cantik, putih, gagah, aku bagi markah 7 la. Tapi dalaman kita tinggal 3 markah je. Berbanding orang yang cacat, boleh jadi luaran yang tak sempurna tu menyebabkan dia dapat 2 je, tapi hatinya, dalamnya 8.” Sekali lagi dia menyedut rokok, dan memetik gitar.

“Aku prefer yang luar 2, dalam 8. Sebab sebaik-baik kesempurnaan adalah orang yang baik dalamannya. Tu sebab kadang-kadang kita tengok orang buta, mata tak nampak tapi hati terang. Tak nampak pun huruf dalam Al-Quran, tapi hafaz dengan baik. Berbanding dengan kita, mata terang tapi duk tengok ‘blue’, tengok awek lalu lalang, tengok maksiat depan mata. Muka cantik hati gelap, nak wat apa!”

Waktu itu, aku diam. Mata melirik ke dalam longkang, melihat jentik-jentik enak berenang, dan jari menyolo di gitar, berlatarkan petikan progression chord Am-Dm-E yang dimainkan si rakan. Syahdu. Falsafah itu yang dulunya payah aku fahami, kini hari kian hari mulai lekat di sanubari....titik.

Thursday, December 9, 2010

HARGA SEBUAH MARUAH




Harga Sebuah Maruah

Aku menatap kulit novel ini dengan perasaan yang pelbagai. Galau, resah, sayu, sebak, semangat, dan macam-macam lagi rencah rasa yang melengkapkan sajian perasaan. Sebuah lagi novel setebal 382 muka halaman yang akhirnya dapat aku habisi dalam tempoh satu malam, membawa ke subuh hari. Bukan kisah romantis picisan, bukan dongeng khayalan. Ini ceritera yang aku sebagai anak bendang turut merasai bara semangatnya.

Ini kisah perjuangan rakyat kerdil di sebuah perkampungan terpencil, mengukur harga diri dan hidup mati bukan dengan harta benda dan wang. Mereka punya semangat, punya roh kehidupan yang perlu dipertahankan, air mata dan darah menjadi taruhan demi sebidang tanah warisan nenek moyang. Terdayakah mereka menentang akta dan undang-undang yang mewakili arus pembangunan, sedangkan hidup bukan semusim sahaja, tetapi untuk selama-lamanya? Harga Sebuah Maruah , mengusap rindu rasa dan kecintaan petani kepada tanah mereka, kerana tanah adalah segala-galanya.

Petikan di atas adalah catatan di kulit belakang novel yang aku petik bulat-bulat, tanpa sebarang pengolahan ayat. Ini sudah cukup bagi aku, dan bagi khalayak pembaca yang mencintai tulisan-tulisan bermutu dari penulis besar seperti Azizi Abdullah menggamit kemahuan untuk menelanjangi seluruh isi karya dengan luapan nafsu membaca. Novel ini berkenaan perjuangan sebilangan penduduk kampung Kertau yang bermati-matian mempertahankan pusaka kebanggaan yang sudah mendarah daging dalam kehidupan mereka – sawah. Bagi kalangan mereka yang mengemis kemewahan di kota, kehidupan di sawah bukanlah apa-apa. Namun bagi mereka yang sudah sekian lama berselut pacat di sawah, itulah nyawa mereka. Itulah maruah mereka.

Dalam novel ini juga aku mulai meneroka warisan tradisi yang sudah semakin dilupai generasi kini. Tentang bacaan bulan piama, tentang penjagaan semangat padi, tentang itu ini yang berkait langsung dengan padi. Orang-orang dahulu sangat menghormati padi, kerana itulah yang akan mendarah daging dan menjadi punca kelangsungan keturunan mereka. Senang cakap, orang-orang makan gaji, orang-orang kerja kerajaan yang hanya tau mengangguk bila disuruh dan menggeleng bila diarah, taukeh-taukeh bisnes bergudang-gudang hatta aku sendiri takkan faham apakah semangat yang meresapi orang-orang lama hingga mereka lebih rela mati daripada sawah bendang pusaka digolok gadai hanya untuk mengenyangkan golongan konglomerat dan kapitalis.

Isunya di sini, novel ini jelas memperlihatkan kebobrokan manusia-manusia yang jiwanya mudah dibeli, maruahnya mudah digadai apabila disuakan kemajuan dan keuntungan. Kita lupa barangkali, ada sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang mafhumnya seorang manusia andai diberikan segunung emas sekalipun, dia mahukan segunung lagi. Kekasih Allah ini adalah manusia mulia yang paling fasih dengan kerakusan manusia yang tak pernah merasa cukup dan puas dengan kenikmatan dunia. Syukurlah kita, dianugerahkan Baginda kepada kita untuk meluruskan hala laluan hidup di dunia, hanyalah untuk mengejar kebahagiaan abadi di akhirat.

Macam-macam usaha dilakukan penduduk kampung untuk mempertahankan hak tanah mereka daripada dirembat kapitalis tamak yang mahu membina kolam udang di tapak bendang mereka. Sudah tentu, kapitalis ini mengumpan dengan laba besar yang kononnya menguntungkan mereka. Seperti biasa, media akan digunakan dengan mewar-warkan kebaikan projek akuakultur yang mendatangkan pulangan yang lumayan, sebagai wayang menghalalkan projek mereka (nak faham senang, contohnya kempen kurangkan gula dalam makanan sebab nak elakkan penyakit macam-macam masa harga gula naik. Paham?). Ditambah lagi dengan benteng penguatkuasaan dan undang-undang yang menjadikan puak kapitalis ini kebal daripada rajukan dan rusuhan rakyat marhein. Sudahnya, undang-undang ciptaan manusia dengan akta-akta pelbagai dipergunakan untuk merenggut maruah penduduk kampung.

Dengan sebaik-baik garapan, penulis berjaya meyakinkan aku betapa penduduk ceruk kampung sungguhpun pelajaran formalnya hanyalah sekadar ada dari tiada, namun harga maruahnya setinggi langit didongak, seluas laut direnung. Aku petik petikan puisi yang dibaca Hijrah, hero dalam novel ini ketika dia cuba menuang petrol semangat ke dalam bara perjuangan penduduk kampung mempertahankan hak mereka. Tanah mereka maruah mereka.

Angin tak selamanya bertiup

Langit tak selamanya cerah

Betapapun pagi suria bersinar

Mendung petang berarak juga

Tasik tak selamanya tenang

Laut tak selamanya berombak

Apabila kehidupan kita dicakar takdir

Keadilan dan kebenaran

Dikoyak carik oleh kuasa

Kita di mana?

Aku turut terkesan dengan kobaran semangat itu. Aku sendiri anak bendang, yang darah daging ini adalah hasil berpeluh orang tuaku di bendang. Jerih payah orang tuaku di bendang itulah yang akhirnya menjadikan aku seorang guru, yang membiayai pelajaran kami adik-beradik, mengisi kantung lapar kami sekeluarga, menghantar adik aku belajar ke luar negara, dan nyata, bendang itulah kehidupan kami dan seluruh penduduk kampung di sini. Alhamdulillah, bendang yang dipandang tiada apa-apa oleh sebilangan lintah korporat (baca – keparat) itulah yang menaungi sejarah warisan kami, dan aku bangga di sini.

Sebenarnya, aku sendiri lali berhadapan dengan isu tanah yang sangat sensitif bagi sesetengah pihak – malah kadang-kala lebih sensitif dari isu agama dan bangsa. Pengalaman sewaktu berkhidmat dengan organisasi bukan kerajaan Persatuan Pencinta Alam yang mewakili kepentingan mempertahankan khazanah warisan alam juga memberi peluang aku mencatatkan serba sedikit coretan pengalaman dalam diari kehidupan. Antara isu yang menjadi pertikaian ialah pembinaan projek kolam udang yang berdikit-dikit memusnahkan kehidupan nelayan dan habitat kelip-kelip di Kuala Selangor. Sungguh, ada puak-puak yang ibarat serigala lapar tidak pernah kisah dengan kemusnahan alam atau periuk nasi golongan terbiar. Yang penting, bank mereka penuh not-not pelbagai warna dan nilai yang sentiasa berganda.

Banyak cerita takde. Harga Sebuah Maruah – ini untuk pencinta buku yang dahagakan bacaaan bermutu dan berisi. Tapi itulah, dah berbulan beli pun, baru sekarang nak habis baca. Itupun sebab mak berleter suruh kemaskan buku berkotak-kotak yang bersepah-sepah, baru terjumpa..........bilalah aku ni nak jadi rajin agaknya....


Tuesday, November 30, 2010

MEMOIR SEORANG GURU






“Settle!!” – kalimah pertama muncul setelah aku akhirnya mengkhatami novel ‘Memoir Seorang Guru’ karangan penulis besar Azizi Abdullah (Tuk Ya). Walaupun sudah agak lama novel ini dalam simpananku, tak tau mana datang sebabnya, ada saja itu ini yang mengebiri seleraku untuk berlama-lama dengan novel ini. Aku akui nafsu membacaku tak seampuh dahulu. Bahari, pantang ada bahan bacaan yang menarik hati mesti kumiliki. Bila dalam dakapan, pantas kusudahi.

‘Memoir Seorang Guru’ ini pun, bukan aku yang beli. Tuannya sahabatku di IPSAH, Naim. Itupun hadiah pemberian pensyarahnya yang sangat prihatin mahukannya menjadi seorang guru yang baik, dan berharapan dengan novel ini mampu membuka hati dan keinginanya menjadi guru yang juga baik. Nyata, keikhlasan beliau itu turut mencairkan benak hati ini.

Aku bukan mahu menghujah, bukan juga mahu menilai. Apatah lagi menghakimi novel ini secara ilmiah. Bukan bidang aku. Sekadar mahu mencatat peri rasa yang aku alami selama berfana-fanaan dengan novel ini. Secara abstrak, ceritanya berlatarkan kekesalan seorang guru (ustaz dalam novel ini) yang tak sudah-sudah menyesali kebobrokan yang dilakukan sepanjang bergelumang dalam profesion perguruan. Dia dihantui kebencian yang tak tahu mana punca kepada sebilangan murid-muridnya yang mungkin takdir memilih mereka secara rawak – untuk dibenci. Dia tersepit dengan tugas keguruan yang sepatutnya mendidik dengan penuh kemurabbian, dan hingar pikuk murid-murid yang baginya, amat memualkan.

Namun itulah. Di sebalik sejarah yang baginya tidaklah indah, satu-satu anaknya – Kamariah pula tersangat mahu menuruti jejak langkahnya menjadi guru. Langsung, konfrontasi tercetus antara dia dan anaknya yang akhirnya membuahkan memoir-memoir kekesalan sepanjang dia bergelar guru. Dia bimbang, sepanjang kerjayanya langsung tidak diberkahi sinar keberkatan memandangkan kebengisan dan kebenciannya kepada murid-murid.

Jika ditelusuri novel ini di awalan, khalayak akan merasakan betapa negatifnya stigma yang cuba dilemparkan penulis kepada profesion perguruan. Guru hanyalah tahu menunggu gaji masuk, malas, menganggap murid hanyalah tempat melampiaskan kemarahan dan sangat berbeza dengan watak yang difahami masyarakat umum yang sering memandang tugas guru sangat mulia dalam mendidik anak bangsa. Dengan cerita-cerita yang diselitkan, meyakinkan pembaca termasuk aku sendiri untuk kembali menyoal hati, betul ke cikgu-cikgu ni baik-baik? Betul ke cikgu ni keje yang mulia? Betul ke aku ni, nak jadi cikgu? Namun, itu di awalnya lah...

Namun, sabar kawan! Rasailah sendiri nikmat membaca helai ke helai, baris ke baris, huruf ke huruf. Watak ini sendiri di akhirnya terpukau dengan keikhlasan penerimaan murid-muridnya terhadap layanan yang pernah dia lontarkan kepada mereka suatu ketika dahulu. Dia sendiri terkejut, betapa kebenciaan yang disangka menuba hati murid-muridnya akhirnya membuahkan kemanisan yang bukan calang. Murid-muridnya sendiri yang berterima kasih atas segala ‘kekerasan’ dan ‘kekasaran’ yang pernah dilakukannya dahulu sepanjang mengajar.

Beberapa petikan yang aku kira menarik untuk dikongsikan...

Anak saya bodoh dalam pelajaran, ustaz. Tapi saya selalu berdoa agar dia menjadi manusia yang baik.” Kata-kata ayah Mohd. Dhuha, salah seorang murid dalam novel ini.

“Saya berpendapat jika manusia tak lupa pada waktu lahirnya, dia takkan lupa kewajipannya kepada Allah. Saya berpendapat, untuk menjadi baik mestilah melalui pendidikan dan untuk menjadi pandai mestilah melalui pelajaran. Didikan bermula dari kecil, menjadi pandai masih ada kesempatan walaupun sudah dewasa.” Sambungnya lagi. Jangankan watak utama, aku sendiri pun terkedu dengan ujaran si ayah Mohd. Dhuha ini. Nyata, watak ibu bapa di zaman itu sendiri sangat berbeza dengan ibu bapa sekarang, yang hanya melihat tugas guru tidak lebih dari sekadar mengajar anak-anak mereka hanya tahu membaca dan mengira.

Lihat petikan monolog watak utama...

Kamariah, memang bapa sedar, apa pun alasan bapa engkau tidak akan terima. Tetapi bapa mahu engkau mengerti profesion ini profesion yang mencabar, profesion yang bertanggungjawab terhadap pembangunan insan. Pendidikan yang bererti bertali arus mesti dipertanggungjawabkan sehingga akhirat. Samalah juga dengan pakcik engkau sebagai jurutera jalan raya. Dia bertanggungjawab untuk dilalui pelanggan secara selamat. Menyelamatkan itulah yang dikatakan bertanggungjawab.

Sebenarnya, apa jua bidang tugas dan kerjaya sekalipun menuntut keikhlasan dan amanah dalam pelaksanaan. Aku melihat kata-kata ini ibarat amaran halus kepada ‘pemakan gaji’ seperti aku sebagai guru, jurutera jalanraya, pegawai pertanian, pegawai perhutanan, pegawai tadbir dan diplomatik, imam-imam masjid, pegawai zakat dan lain-lain lagi, betapa amanah yang ditumpangkan ke bahu ini akan turut diusung hingga akhirat. Jika elok pembawakannya, eloklah di sana. Kalau sekadar mengharap gaji masuk, risau amanah di bahu turut membusuk.

Aku turut terkesan dengan kata-kata Kamariah, anak watak utama novel ini.

“Tak. Bapa menghadapi kerenah murid-murid dengan penuh kebencian. Tapi Kama... murid-murid menghadapi Kama dengan penuh kebencian. Kan terbalik? Dan inilah yang sangat berbahaya apabila murid membenci guru. Rungutan si Kama apabila baru sahaja memulakan praktikum sebagai seorang guru. Dia mengadu tentang murid-murid yang lebih liat diajar, tentang beban tugas guru yang bukan-bukan, tentang ibu bapa kini yang sangat berbeza watak dengan ibu bapa dahulu. Sedikit dicubit anaknya, habis dikecohkan anaknya dipukul ditumbuk guru.

“Kama, seorang guru yang baik, bukan sahaja taat pada kurikulum dan kokurikulum atau pada sukatan pelajaran. Seorang guru yang baik, bukan saja guru yang dapat menghabiskan buku teks. Tapi seorang guru yang baik, adalah seorang yang kreatif, yang seringkali mencari pendekatan baru, kaedah baru bagi menarik minat murid-muridnya ingin belajar. Minat ingin belajar lebih baik dari hanya belajar.”

Bukan hanya Kama dalam novel ini, aku turut termotivasi. Aku kira, si watak utama sendiri terkejut dengan ayat yang diucapnya, sedangkan dia sendiri seorang guru yang dulunya cengil dan sambalewa terhadap murid-murid.

“Hadirin sekalian. Ini ustaz kami. Dia tidak mengajar, tapi mendidik kami. Walaupun didikannya tidak sepanjang hayat, tapi sepanjang hayat kami mampu menghayati didikannya.” Kata salah seorang muridnya. Andai murid aku sendiri memuji aku sebegini, apalah lagi di muka bumi ini yang lebih bermakna darinya..... Namun aku insaf. Bukan pujian yang aku harapkan. Apatah lagi sanjungan. Novel ini menegaskan tentang sifat kemurabbian yang jauh dari sifat hanya mengajar. Murabbi mendidik dengan penuh keikhlasan, menjadikan manusia penuh dengan kemanusiaan, bukan sekadar mesin catat atau audio membaca hatta tukang angguk faham tak faham.

“Yang membanggakan seorang guru apabila guru tak kenal murid-muridnya, tetapi murid-muridnya menegur guru. Guru lupa pengajarannya tapi murid mengingati dan mengamalkannya. Guru tidak pernah meminta balasan, tapi murid tetap mengenang.”

Baris ayat yang meruntun hati batuku. Langsung aku menekan punat flashback pada remote memoriku, menonton kembali pada layar ingatan, slideshow rupa wajah ibu abahku, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan sesiapa sahaja yang pernah mengajar aku tentang hidup – dunia dan akhirat.

Khalayak yang bukan guru boleh sahaja mengatakan kerjaya guru adalah mudah, dengan cuti yang banyak dan waktu persekolahan yang singkat. Itu waktu murid-murid, bukan guru. Aku pernah bekerja di hutan tak keluar-keluar, pernah bekerja di kotaraya sebagai tukang cuci tandas, malah di kilang-kilang sebagai kuli haprak dengan bangla-bangla nepal-nepal dan lain-lain pengalaman yang aku kira masing-masing ada lebih lagi. Namun amanah yang ditampung ke bahu, kadang-kala terasa berat amat. Lebih-lebih, mengenangkan orang yang berilmu akan jadi antara yang terawal ditanya di akhirat kelak. Ilmumu, dengan apa diamalkan. Apakah disebarkan. Adakah bermanfaat. Kita yang mengimani akhirat, ini adalah apa yang akan berlaku, dan bersediakah kita?

Novel ini untuk semua, terutama guru. Hadamlah, dan renunglah. Apakah kita guru-guru, dan bakal guru, sudah cukup melaraskan keikhlasan hati untuk melimpahkan ilmu kepada anak pertiwi? Kita arkitek pembina modal insan, petani yang membajai benih harapan watan, dan doktor yang menyuntik imunisasi kepada murid-murid agar kebal daripada virus godaan syaitan. Mampukah kita? Tepuk dada, Tanya iman dan hati sendiri....................titik.


Monday, November 29, 2010

Islamic approach of outdoor recreation / education - is it possible?? and we need to try...


Nowadays, daily routine of 9 to 5 of office time or unpredicted table of students life really lead to extremely exhausted. Office workers, students, and whatever you are, we can’t allow the burnout flow massively. In a full day of fatigue task, we need any kind of healthy way to shrink our stiffness of burden. Yet, that kind of way also should benefit us in enhancing our perception of life. Music, painting or drawing, writing, swimming, sports or what-so-ever, you can name one if you want.

This writing is suggesting an outdoor recreation / education as a way to sway the tension. It’s a different between outdoor recreation and outdoor education, but I guess everyone has a slight idea about it. Maybe for the newbies, outdoor recreation can be described (in my own word) as an outdoor activity to fulfil your leisure time. Of course, walking around the park in a sunny day or downhill cycling can be kind of it. But there’s another story if we read it as outdoor education. Outdoor education is (in my word, so you can easily ignore it if wrong) an activity that handled in outdoor environment and syringed with educational and knowledgeable element that can help the participants to motivate their selves.

I’m not that experience to handle a talk about outdoor recreation or education. Alhamdulillah, with my degree in Forestry (and I’m proud of it) and a time I’ve spent as outdoor instructor in Wilderness Centre Sdn. Bhd. and Environmental Education Officer (hmmmm.. I rather put myself in this post than Programme and Centre Officer) of Kuala Selangor Nature Park @ Malaysian Nature Society, I’ve gained such mesmerizing moment in outdoor and of course, self development. Yet, I become a teacher – PE teacher – because my involvement in outdoor that prepare me well to share my passion and knowledge. As we know, outdoor lover is a person who loves to share their experience, and it’s hard to find any of outdoor practitioners who have very negative and gloomy personality. But yes, maybe there’s another case, but who cares...

But yet, I’m not that prepare enough to finish this writing. Refer to the title (just an idea, and I’m afraid to use it if I’m not that capable enough to discuss about it), there’s a lot of researches (although this is not an academic writing), flash-backs and reading I need to complete before this writing can be fully complimented. As a rough idea, I put the writing in this post, and can it be considered as an abstract? Slowly, time will settle it down...

Tuesday, November 9, 2010

Mengetip Kuku Kehidupan

jari-jari ranum pengalaman..
semakin tidak lagi bermaya..
sekadar meramas-ramas kejap..
sisa-sisa nyawa..

terkadang terzahir kucar nestapa..
yang mendaki pekat di celahan kuku hidup..
makin detik kian memanjang..

rutin...
kuku yang panjang akan diketip..
biar tidak benak minda yang menjamah makan..
dianjingi kuman-kuman yang mendaki pekat..

begitu jua hidup..
kotor hitam silam sebaiknya diketip..
buang jauh dari memanjang di jari pengalaman..
agar tidak benak jasad dan jiwa yang menakung nyawa..
mara meredah selutan lumpur liku pancaroba..

585, Bandar Puteri Jaya, Sg. Petani

Andai Kumiliki Semalam...

Andai kumiliki semalam..
Dan bisa aku ubah menjadi esok,..
Takkan kuubah apa pun..kerana aku tahu..
Engkau tetap indah..tanpa sempadan masa..

Khayal sekejap aku mendengar bait2 lagu dendangan otai rock terkemuka negara, Search (terkilan xdapat pi konsert.sigh~). Nukilan liriknya sangat menyentuh sisi lembut hati yang serasa agak keras di kebelakangan ini..

Aku akui, aku juga manusia yang punya suatu rasa. Jauh di sudut hati ini, sangat ingin cuba disayangi oleh insan lain yang bergelar ‘perempuan’. Bukan mahu menafikan kasih sayang yang tak pernah henti tercurah dari perempuan bergelar ibu dan adik, namun kesunyian diri yang sudah berusia suku abad ini amat mengharap titis cinta seorang perempuan yang layak dipanggil isteri..

Aku akui, hati ini kadang-kadang terasa amat cemburu melihat sinar bahagia yang tersuluh dari mata sahabat-sahabat yang selamat menunaikan tanggungjawab meneruskan kelangsungan sunnah Rasulullah s.a.w. Tidak pula aku mahu menafikan kebahagian mereka, cuma hati ini barangkali ingin juga merasai nikmat dicinta sepenuh jiwa..

Saban waktu, aku cuba merenung kembali jaluran masa yang telah aku singgahi. Bukan tiada wanita mulia yang bertandang di hati. Ingin kuucap terima kasih pada mereka kerana sudi mewarnai dunia duka seorang lelaki yang sunyi sepi ini. Cumanya, aku sentiasa merasa rendah diri jika digandingkan dengan mereka. Aku ibaratkan diri batu di jalanan, disepak dipijak tidak dihairankan....

Aku akui, hati ini juga tidak akan berhenti berharapkan keredhaan Ilahi. Betapa aku yakin, Allah tidak akan mensia-siakan aku selama waktu aku menumpang di bumi ini. Aku yakin, Allah telah lama mengikat hati ini dengan hati seorang wanita mulia yang akan aku tambat cintanya dengan rantai pernikahan. Betapa aku ini lemah, tidak sempurna di kaca mata manusia. Namun aku yakin dengan ketentuan Allah yang akan menyempurnakan hidupku dengan seorang wanita mulia yang akan aku serahkan sepenuh jiwa raga untuknya.

Dan aku yakin, aku belum amat bersedia untuk bertemu wajah dengan si ‘isteri’... wahai ‘isteri’, nantikan aku dengan penuh keredhaan. Terimalah aku dengan penuh pengharapan. Cintailah aku dengan penuh kesungguhan.. tidak aku menjanjikan kekayaan dan kesenangan kepadamu, andai itu yang kau harapkan. Namun, aku akan tunaikan tanggungjawab yang Allah amanahkan kepadaku untuk memelihara kehormatanmu, memelihara cintamu, memelihara kesejahteraanmu..

Tuhan, lindungi kami...

Alhamdulillah, dalam kefanaan dunia yang semakin kalut dan serabut, Allah masih menganugerahkan aku kekuatan meneruskan kelangsungan hidup yang dipinjamkan. Bernafaskan udara Islam, aku cuba sedaya kuat mengapungkan diri daripada leka memijak selut keseronokan dan kemaksiatan yang dihampar luas di dunia dan dihias indah oleh Iblis durjana.. memang, kadang-kadang diri ini terlajak jua.. kita insan biasa, mudah lupa, mudah leka..

Kembali melihat janji keras Iblis kepada Allah dengan mafhum, “aku (iblis) akan menggoda mereka (manusia) dari segenap arah; dari depan, dari belakang, dari kanan dan kiri mereka, sehingga kebanyakan manusia itu tidak pandai bersyukur’’ (al-A’raf:17)

Bersungguh-sungguh benar, iblis laknat ini mahu menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, seperti mana ia yang terang-terang lagi nyata akan melalui direct road to hell.. namun Allah amat menyayangi kita.. disiapkan kita dari segenap sudut itu senjata untuk menepis ‘pukulan-pukulan’ batin yang tak terlihat itu.

Menurut apa yang pernah diceritakan pada aku, setiap 4 arah depan-belakang-kanan-kiri itu boleh dikonotasikan dengan akhirat (depan), belakang (dunia), kebenaran / kebaikan (kanan) dan kejahilan / kemaksiatan (kiri). Sungguh, akhirat sentiasa ada di hadapan dan setiap umat Islam WAJIB meyakini kedatangan hari akhirat sebagai penghujung segala kehidupan. Apabila datang serangan iblis yang melalaikan insan dari mengenang akhirat yang bakal tiba, tepislah dengan zikrullah.. sesungguhnya mengingati Allah itu akan mendekatkan keyakinan kita dengan akhirat.

Dunia yang kita diami kini sebenarnya hanyalah persinggahan yang tidak kekal, terlalu sementara sifatnya. Banyak hadith yang meriwayatkan akan singkatnya usia dunia ini, namun usia singkat itulah wajib diisi dengan segala bekalan yang secukupnya untuk berjalan ke penghujung yang sempurna (akhirat). Namun, kita dilalaikan betapa dunia ini adalah segala-galanya. Memang, ada riwayat yang dimafhumkan supaya kita beribadat seolah-olah kita akan mati esok hari, dan berkerja seolah-olah kita hidup selamanya. Namun, perhalusi dengan mata nurani. Seruan itu mahukan kita melangsungkan ibadat seolah-olah tiada lagi peluang untuk kita menunaikannya (cth: solat) kecuali pada waktu itu, dan berkerja pula berpada-pada tanpa melalaikan ibadat yang telah direncanakan pada kita. Bahasa mudah, rilekla!! Hidup kita kan lama. Kerja ni biler2 boleh siap, yang penting solat kena buat dulu!! Mati dan hidup, mana yang lebih dikhuatirkan? Maka, selesaikan dahulu urusan yang memberi bekal untuk kita sedia menghadapi mati, berbanding kerja dunia yang hanya memenuhi keperluan hidup yang tak tahu lama mana.

Mahu tak mahu, kita akan sentiasa membelakangi dunia. Maka, apabila datang serangan iblis melalui belakang, yakni urusan dunia yang sentiasa menyibukkan kita daripada melihat hadapan (akhirat), Allah bekalkan kita akal dan fikiran yang waras untuk menepisnya. Ya, akal ini sama seperti pisau. Pisau akal ini hanya akan berguna jika diasah dengan batuan ilmu. Maka, galilah ilmu sedalam mahu, sejauh mungkin. Dan gunakan kembali pisau akal ini untuk menikam godaan si iblis laknat.

Iblis tidak akan mati akal. Ia tidak mahu bersendirian di neraka kelak. Hadapan dan belakang tidak mampu ditaji, maka sepakan layang godaan langsung diberi ke rusuk kanan kita, yakni kebenaran. Ia akan cuba sedaya mungkin menyerang kebenaran yang kita yakini, bawaan Nabi Mulia Muhammad Rasulullah.. waktu ini, kadang-kala logik akal kita sendiri merupakan senjata ampuh si iblis laknat meruntuhkan kebenaran. Menafikan itu ini yang dijanjikan Tuhan, malah tidak segan meludah hukum yang telah direncanakan Tuhan. Apabila hati dibutakan daripada melihat kebenaran, maka diri langsung memandai-mandai menidakkan apa yang telah ditentukan baik pada kita. Planet-planet langsung tidak berani mengubah paksi, kerana patuhkan suruhan Allah.

Bersambung....

Saturday, August 14, 2010

ALAHAI HIDUP


ALAHAI HIDUP

Kawan..
Kuburkan dukaku di jiratan sendu..
Kambusi laraku dengan tanah merah basah..
Payahku tepis ulat resah yang tak kenyang-kenyang meratah..
Pun aku tetap itu..
Penat sudah mencongak..
Sempoa akal pun kian meretak..

Alahai hidup..

Kan elok andai semudah 1,2,3..
Alif ba ta..
A b c..
Hitung guna jari tangan dan kaki..

Namun..

Sifir ilahi sudah nyata azali..
Terimalah dengan terbuka hati..
Insyaallah, damai itu nyata abadi..

(Hujung Boardwalk di Taman Alam Kuala Selangor, 2009)

TUKANG SEPATU


TUKANG SEPATU

Ketuk!! Ketuk !! ketuk!!

Dihirup sedap teh o limau ais..
Mengharap ia datang secebis..
Rezeki secupak menampung dapur dan gas..

Ketuk!! Ketuk !! ketuk!!

Sepatu buruk ditangani sibuk..
Melayan bersembang pelanggan yang duduk..
Sabar menanti sepatunya elok..

Ketuk!! Ketuk !! ketuk!!

Dilap laju sepatu nan satu..
Dihembus dikilat semahu-mahu..
Upahnya sedikit disimpan di saku..

Tukang sepatu, itu alur hidupnya..
Melingkari sudut jalanan dan laluan..
Biar dapatan tidaklah amat mengenyangkan..
Asal ke perut anak-anak..
Mahulah yang halal jadi santapan..

Si anak comot meneman setia..
Dikesat peluh tukang sepatu, ayah tercinta..
Hapak badanmu ayah, kasturiku di syurga sana..
Getir perihmu ayah, kujanjikan kau bahagia..

Tukang sepatu tersenyum lega..
Anakku ini tahu aku sengsara..
Biar besarmu makan duit sepatu pelbagai rupa..
Asal hening dewasamu, terang disuluh obor jaya..

Ketuk!! Ketuk !! ketuk!!

Dikilat, diketuk, dijahit, dielok..

(KUALA SELANGOR 2009)
*Gambar diambik dr internert

Thursday, July 29, 2010

confidence



(gambar kenangan bersama kwn2 Q of Wilderness Langkawi sewaktu 10 days course)

i`m alone, i`m just alone
without no one here, I think about
what I’ve done
Time always move
Ticking without waiting for others
But I still remain the same

I walk in the middle of the night
Seeking for the star beautifully shine
There is nothing closer to me tight
I move on the way of mine

In front of me, two paths to choose
Either left or right, I just don’t wanna lost

But I know
I can face anything, by trusting my instinct


By trusting myself, I feel confidence
I can face anything, although the problem is too dense
From now on, I’ll keep walking on my own..

( wrote on 10days course @ langkawi 2007 )

Tuesday, July 13, 2010

UNTUK DIA, KAMU DAN AKU...


untuk dia, kamu dan aku..

cukupkah lebat hujan ini...
yang turunnya sedari tadi..
basuhi daki hitam di hati??

cukupkah terik si mentari..
yang bahangnya sedari tadi..
cairkan salju maksiat yang bekukan nurani??

cukupkah luas rongga nafas ini..
yang tersumbat hingus sedari demam ini..
menghirup segar rahmat dari Ilahi??

Santun Tuhan pada hambaNya tidak berperi..
cintaNya pada kita hamba tidak bersegi..

lalu..

kembalilah debukan wajah..
letakkan dahi lama di tikar sejadah..
biar letup-letup lutut..
berulang-ulang naik turun..
tidak jemu dalam ibadah..

berdoalah sebanyak-banyak untuk taulan dan ukhwah..
berdakwahlah seluas mana larat mendepang..
maksiat, kau cegahlah..
walau sekadar picingan halus di kalbu..
berserulah ke Allah..
sementara nyawa tetap pekat menyemat di jasad..

sementara kubur belum siap di gali..
untuk dia, kamu dan aku..

Saturday, July 10, 2010

akhirnya...lagu ini sudah bertuan punya..alhamdulillah..


sinaran matamu bak suria..
menyuluh hatiku yg suram..
bicara katamu bak azimat..
memandu hidupku yg kelam..

kau persis nakhoda..
melayari bahtera bahagia..
menghulur tangan, menyelamatkanku dari lemas..
lemas dalam gelombang sengsara..

tika kumenangis, kau penghapus duka..
menggantikan jiwa yang gundah dgn suluhan ceria..
berat sama kita pikul katamu..
ringan sama kita jinjing sambutku..
ketawa kita..

tika kupejam mata..
kau hadir di mimpi..
tercelik mata seketika..
kau tetap setia di sisi..
onak duri itu adat katamu..
hidup penuh warna indah selalu..
ku bersyukur..

(lagu ini tiada tajuk)

Friday, July 2, 2010

di redup ini


di redup ini..
anganku menguncup..
tidak lagi mahu gentayangan sebarangan..
menyaksi saki hidup yang ditongsampahkan..
oleh aqli yang mengecut..

di redup ini..
lalat-lalat kenangan menghurungi sunyi..
lalu cubaku tampar satu-persatu..
mati satu, datang satu..
mati dua, datang beribu..
yakini aku..
walau sedayaku racuni pupa-pupa mimpi..
silam lalu tetap gagah menyinggahi hati..

lampu hati terus serasa malap..
jelaga maksiat belum mampu tergilap..

di redup ini..
tetap tiada aku berputus harap..
tetap terpaksa aku menyanggupi tegap..
bawah redupnya awan ketenangan..
dengan kewajaan nurani selaku atap..
yang memayungi aku..
dari basah hujan-hujan dosa lalu..

~bandar puteri jaya, 2010~

Wednesday, June 23, 2010

SELOKA ORANG-BUJANG-TAK-BOLEH-TIDO


malam ni aku terjaga lg..mcm mlm2 yg sebelumnya..tido xlagi lena..salah bantal,bukan punca utama..alih kiri,alih kanan,tetap tak kurasakan sempurna..mata mntak menganga..perut mntak diisi segera..

dalam kepayahan,aku gagahkan jugak langkah badan..kewajiban isyak,lantas aku tunaikan..mungkin ini penyebab mataku tidak meredhai kelenaanku..sedang tggjwb terhadap Khaliq belum terbela,jgn berani kau pejam mata..andai mata bisa mengomel,mungkin ini yg dibebelkan padaku..

selesai tggjwb rukun kedua,kopi dibancuh memikat deria..membuta bukan lg agenda utama..bukak paper utk smbung dibaca..namun fitnah melampau si bangsat durjana mengebiri selera..andai dilayan tanpa periksa,mahu saja kutumbuk kulenyek empunya berita (mingguan)..marah betol nih..

kreko ditatap menjemput ceria..kekashi,naruto,monster,tatapan utama..xsabar menunggu isu seterusnya..ROTTW membuka minda,menjana jiwa..indah terbuai alunan Cromok,peneman setia..langsung terlupa jam sudah hampir 3..dik cerdas gedung ketawa..meleleh air mata menahan seloka..terlangsung budak bijak berkata,spontan bertanya..harap jgn begini zuriatku di hari muka..andai begini,alhamdulillah,kusekeh-sekeh kepala..

si kapok dicapai,memecah hening sepi malam..la~la~la~..ibarat si mabuk gentayangan..menyanyi tanpa hala tujuan..mana pitching,mana sumbang yg perlu diperbetulkan..ahhh!persetan..ini bukan studio rakaman..lantakla..

toing!!!!!putus pulak tali e!!rabak pulak poket esok pagi..bergitar tak cukup tali memang menyakitkan hati..tu la,bend tak igt langit,tak ingat bumi..aku yg rugi sendiri..

mata tau masanya..ini waktu elok untuk terlena..dilayankan sgt bersuka-suka..mau terlajak subuh esoknya..dah,tido dulula gamaknye ye..baca basmallah dan ap2 yg patut..semoga dilindungi Allah hgga kokokan ayam mengejut..ZZZZZZZ~~~~

SENYUM ITU PERLU



sentiasa akan datang sengsara
itu tandanya Tuhan cintakan kita
setiap ujian yang melanda sukma
dengan senyuman tempuhinya

pasrahkanlah hidup ini padaNya
Dia tahu segala bawah rencanaNya
mungkin tidak kita terdaya laluinya
dengan senyuman rempuhinya

senyum itu perlu
amalkan setiap waktu
pemanis wajahmu
penyeri harimu

memang tidak semuanya mudah
memang tidak semuanya indah
jangan itu dialasankan
jangan lupa kita punya Tuhan
berserahlah dengan senyuman..

(lagu,tp aku lupe dh aku ltk kord ape..terjumpe blik bile godek2 buku conteng2 lame)

Tuesday, June 15, 2010

SILAT: SEDEKAH NENEK MOYANG YG TAK TERNILAI..



peh..mmg dh lama aku tak rasa hype cmnih..ong bak, ip man ngan merantau..rally movie yang best dan meningkatkan adrenalin btol..muay thai, ving chun ngan silat berjaya ditonjolkan ngn sebaik mungkin pada filem2 ini..dan aku tetap berpaksikan pada silat yang dah mendarah daging pada setiap anak melayu tanpa kita sedari...

sejarah telah mencatatkan bhwa pola perubahan yg berlaku dalam mencorakkan keindahan sejarah itu sendiri adalah menerusi peperangan.mungkin agak dangkal bunyinya,namun itu kenyataan.peperangan yg berlaku adalah lebih bermaksud kepada penaklukan,seperti yg blh kita kaji di dalam tamadun macedonia,mesir kuno,hatta melaka juga diperangi utk ditaklukki oleh bangsa eropah yg ironinya sebab dorg nk makan sedap - rempah!!tapi ada lgla motif disebalik tu,kita dh blaja kan,yg 3G tu.

maka dalam memastikan setiap tentera ini kuat,berdisiplin dan bersemangat waja tak terkalahkan,setiap bangsa yg bertamadun mempunyai seni beladiri yg unik dan tersendiri.byk yg mendakwa asal senibeladiri itu dr indialah,dr cinalah,dan mcm2 lagi.pedulikkan sume tu.yg penting peri penciptaannya hnylah satu tujuan untuk ketika itu - membunuh!!

maka bila bercerita ttg senibeladiri ni,di muka bumi malaysia plk,otak kita takkan blh fkirkan yg lain melainkan silat.silat merupakan ibu beladiri di sini.namun ckup mengecewakan, seni yg diletakkan di bawah akta seni budaya dan warisan ini ibarat dianaktirikan oleh bangsanya sendiri.nnti kita cite lnjut mengenainya..

silat itu indah,silat itu cantik,silat itu satu dan sempurna.berbagai-bagai lg madah yg menggambarkan kehebatan silat yg telah diungkapkan oleh nenek moyang kita.ini kerana,bg mereka,melayu belum ckup melayu,andai kata silat tidak bertapak dalam jiwa.dahulu,tggjwb mk ayh memastikan ank2nya tau bersilat,serba sdikit blh dibuat bekalan andai si anak mahu merantau..

di malaysia saja,beratus2 silat yg telah didaftarkan.blum msuk yg blum didaftarkan lg plk,nth berape la agknye kan???secara tak lngsung,ini membuktikan bangsa melayu adalah bangsa yg kreatif dan genius,sbb mmpu mencipta,menginovasikan,malah memperkasakan silat yg pelbagai jenis tu.sepatutnya kita bngga dgn perkembangan ni,bukan suka2 nk membezakan silat yg mn hebatla,kuatla,apala..drpd kita gaduhkan perbezaan dan kelemahan,baiknya kalu kita blh dduk sm berunding,saling memuji seni masing2 dan saling mengakui bhw silat adalah hak dan sedekah jariah nenek moyang pada kita yg patut kita kekalkan tanpa mengira aliran.

lagipun,amalan pecah gelanggang org ni,patut dh xde dh skg..

mcm2 jnis silat..ada silat yg lengkap bertari jurus,berbunga2 ckup cntik bila dipandang.ada silat yg hanya tinggal buah pukulan shj.ada yg mementingkan kuncian,ada yg berdiri tegak menanti serangan, ada yang....mcm2 lgla.inilah spatutnya yg jd kebanggaan kita ank melayu..

mmg diakui,di malaysia ni,hmpir semua aliran beladiri di dunia ada di sini.ini disebabkan keyakinan org2 luar dgn keamanan dan keterbukaan pengamal beladiri di malaysia.mereka tau,org malaysia tidak kisah andai mereka mengimport msuk aliran mereka ke malaysia,sebab ini akan memeriahkan lg jemaah beladiri di malaysia..

nmun tggjwb kita ank melayu,walaupon belajar aliran lain,ruangkan juga dalam gedung ilmu kita utk dipenuhkan dgn aliran hk kita,silat..

silat bukan sekadar mengajar kita sepak terajang..lebih dr itu lg..silat mengajar kita mengenal diri,mendisiplinkan diri,dan yg utama,mengenal Pencipta Alam..kita bersilat utk sihat jasmani rohani.dgn gerak silat juga kita blh bersenam,mnguatkan luar dan dalam.xpercaya???pendekar,pahlawan dlu2 yg handal bersilat,kebanyakkan beristeri lebih satu dan ada anak yg ckup untuk wt team bola.hehe..xpe,nabi suka kita meramaikan umatnya.tapi aku pon blum kawin lg..

jom silat!!

KALAU TUHAN DIKENALI...


bingit-bingit lagu-laguan ozzy osbourne - crazy train sangat memikat selera telinga aku semenjak kebelakangan ini(thun 2008 dlu,aku copy blik je dr tulisan aku dulu.huhu).mungkin sebab gorengan maut gitaris legenda randy rhoads utk lagu itu terlalu hidup,malah mengkhayalkan kotak minda aku sekelian lamanya.belum campur lagi lagu2 dokken,ratt,guns n roses dan banyak lagi..senang rumus,aku banyak sangat menggiankan nafsu muzikal aku kebelakangan ini..sehinggalah tali gitar buruk kesayangan aku putus baru-baru ini,menjadikan aku jemu sekejap..dan mungkin lama..

sehinggalah aku terpandang cd2 koleksi lagu-laguan nasyid yg dh lama aku simpan,berhabuk-habuk..telinga aku berkarat dengan lau-lagu rock dan metal.mungkin masanya nk merehatkan sikti telinga tg dah makin sebu ni..

aku mmg sedari dulu peminat nasyid.kalu tak kenal gitar dulu,aku rasa sampai sekarang aku masih lagi mat nasyid.agama dan pengajarannya masih lagi aku dalami.tapi sebab hanyut di ombak deras muzik yg melekakan,aku menjauhkan diri dari nasyid.konon tak ganas,tak cool.mungkin hati aku sekarang dah bernanah hitam,sebab lama tak didendangkan alunan zikir mengingat yg empunya nyawa ini..tapi aku tak salahkan gitar,rockers2 dan mat2 metal yang menghanyutkan aku tu.seratus peratus ni salah aku.

kembali menghayati mawaddah dengan lagu2 terima ksih tuhan,kalau tuhan dikenali,dan banyak lagi,sikit2 (banyak sebenarnya) mendatangkan keinsafan pada aku tentang kelapaan aku selama ini..sibuk kerja bukan punca utama aku kadang2 lupa padaNya..aku kira ini boleh dijadikan pencetus utk aku balik ke pangkal jalan..

nada murni dengan sunnah berjuang,memarakkan semnagat jihad yg lam terpadam..aku akui,aku dulu memang alim.pernah bercita-cita nak jadi mufti (bahan lawak kawan2,lantakla..)..cumanya aku tergelincir dalam memilih `kasut` yg sepatutnya aku `sarung` utk mengalas kaki..

pondok kecil..dendangan yg tak pernah gagal menumpahkan air mata aku.aku cabar sapa2 yg belom pernah dengar lagu ni,gi masuk youtube dan klik `pondok kecil`..nada murni atau unic ft aeman.pilih mana satu yg kamu mahu..hayati lirik,masukkan jiwa kamu dalam lagu (sebab minat muzik,aku senang dirasuk ke dalam lirik yg bagus)..bohong kalu tak berair mata kamu tu..kalu tak,check balik amal ibadat kita,mana yg silap.bukan apa,lagu ni terlalu touching,menyentuh jiwa.kisah ayah-abang-adik yg sangat menusuk..andaikan anda seorang abang yg nk bagitau adik,ayah sudah kembali ke rahmat Allah, kerana perjuangan atas jalanNya..andaikan anda seorang anak,yg menerima wasiat sang ayah,agar jangan tergelincir dalam menjaga adik..ingatlah,dunia ini segalanya tentang perjuangan..indahnya perjuangan jika Allah jadi keutamaan..

banyak lagi lagu2 nasyid lama yg bagus..walaupon elemen muziknya yg sangat minimum,dengan perkusion mcm ketuk meja,marakas macam pakai botol isi pasir je,tapi penghayatan,lirik,lagu dan keseimbangan vokal dan harmoni (suara budak2 tarik kt background yg amatlah bestnye) sangatlah memberi kesan yg dalam..mungkin sebab niat yang terpasang ketika mencipta dan menyanyikan lagu nasyid tu hanyalah kerana utk mendidik,kerana Allah,kesan yg berbekas kt hati sangatlah dirasai..

tak kisah nasyid,puisi,atau apa saja medium yg digunakan,andai hati tegar utk terus berbakti pada Allah,nescaya impaknya sangat besar dan positif..mungkin sampai masanya,kita kembali mengenal Allah,yg selama ini kita (terutamanya aku) lupakan..

kalau Tuhan dikenali,kan indah dunia ini...

KASI DENGAR SINI LU MAT ROCK!!!



wei mat!!!

tengok serata keliling lu
semua nampak lu menyampah
seluar koyak baju tengkorak kelabu
bisik kat gua kata lu sampah

saya ni macam yang lain juga
menumpang berjasa di bumi Tuhan
rock itu hanya mahunya jiwa
mintak janganlah hakim dari luaran

masalahnya lu yang salah pilih jalan
rock tu kan ciptaan barat dan setan
lu tengok gua budak hafazan
menantu cam gua la,mak-mak punya pilihan

rambut saya memanglah panjang
seluar rabak, gitar kapok murahan
tapi dalam ibadat, tiada alasan
wajib dibuat, itukan suruhan

gua kemas, ber`tie` dan kasut kilat
manalah tak si gadis terpikat
bila diajak sembang ilmu akhirat
semua melopng rasa gua hebat

ilmu hafalan bukan ukuran
yang penting pemahaman dan amalan
ibadat dibuat bukan untuk kebanggaan
terhias riak,sia-sia letih badan..

ah!!! lu saja dengki kat gua
gua lagi alim, bukan lu gua mintak diajar
nampak,gua pegang kitab tebal berbata-bata
bukan cm lu,ke hulu hilir cam mat ganja

ilmu agama dituntut, untuk betulkan diri kita
bukan nak rasa, kita je yang betul
saya ni ilmu tak la setinggi saudara
tapi berlagak dengan ilmu di dada,bukan ajaran Rasul..

nota kaki ;

bualan di atas sekadar gurauan yg tak lah berisi.sekadar renungan bersama.mmg kedapatan ahli masyarakat yg memandang serong pada golongan yg luarannya selekeh, rambut panjang berseluar koyak. namun jangan dienteng-entengkan kerana melayu lama sendiri berpesan, diam ubi itu berisi.

juga kedapatan segelintir ahli masyarakat yg mendalami agama, yang akhirnya merasakan diri mereka sempurna dan baik, hingga mudah diresap rasa buruk sangka pada orang lain.ini yg banyak berlaku, terutama pada pihak yang mula berjinak-jinak dengan dunia agama dan dakwah, hinggakan mereka lupa bahawa dalam dakwah, perlunya berhemah dan berhikmah, bukan terang-terangan menjatuhkan hukum yang akhirnya, pihak yang didakwah tidak lagi berminat untuk mendekati mereka.

ada juga yang merasakan dengan mendirikan solat, rajin mengaji dan ibadat lain, mereka cukup baik dan memandang rendah orang lain.hairan,kenapa perlu memandang serong semata-mata tanpa cuba berpesan pada kebaikan.itu yg utama. dakwah itu tanggungjawab setiap umat Islam, namun hidayah itu hak Allah..

aku ini tidaklah baik.jauh sekali berilmu.namun sekadar berkongsi rasa dan pendapat, sementelah aku ini tak lari dari menjadi golongan yang dipandang serong, juga golongan yang memandang serong..yang terbaik, aku cuba mencari jalan tengah..perbaiki diri sendiri dahulu..karisma yg dikurniakan dari langit pada orang yg cuba mengubah diri sendiri ke arah kebaikkan, sedikit sebanyak mampu mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk turut sama berubah ke arah kebaikkan..

yang penting, doa untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat...

(gmbr di atas merupakan slh sorg ikon wt aku..cth mat rock @ metal yg berjaya dlm pelajaran ngn pekerjaan skg)

marilah membaca,kawan-kawan..

Agak lama aku tak menulis (dalam erti kata lain,menaip ). Menulis memegang pen, aku kira bukan menulis. Lebih molek aku katakan mencakar. Ye, tulisan aku buruk yang amat. Mungkin sejak kebelakangan ni, aku jarang berpeluang menelaah buku-buku atau menonton rancangan TV yang menggerakkan minda. Kali terakhir, buku THE POWER OF POSITIVE THINKING (Normant Vincent, paderi dia nih.so byk gk ayat2 Bible yg klua.ap yg baik,amik.yg lain,agama kita blh sempadankan..) ngan THICK FACE,BLACK HEART (Chin-Ning Chu) ngn Malayan Animal Life (buku rare yg aku cri dr dulu.edisi 1954)..ade gak aku baca jurnal khas thun 1991 yg bertajuk SUFISME DAN KEMISKINAN, PERSPEKTIF BARU oleh sorg penulis Indonesia ttg slh fhm tntg ahli sufi dan tggapan sufisme yg menolak khidupan dunia yg...nntila aku cite lain kot.

buku2 ni aku jumpe di pasar malam kt pantai remis, perak masa aku blik kampung opah awal2 cuti itu hari. aku senang mencari buku-buku di pasar-pasar malam, pasar longgok, ngan kedai-kedai buku bundle atau 2nd hand berbanding toko-toko terkenal cam Kinokuya, MPH atau popular..sebabnya, akan banyak buku2 yang kita tak jangka kita boleh temukan kat tmpat2 nih.contoh, aku jumpa antologi puisi DI DUNIA PERMATA selengaraan Lim Swee Tin, iaitu himpunan puisi2 non-malay yang bagi aku,mmg superb!!!

Namun itu bukan kisahnya di sini. Buku2 tu pun belum mampu aku habiskan lagi sumenye. Alhamdulillah, cuti yg bersisa ni ada jugakla aku luangkan masa dgn membaca..sekadar taknak otak ni berkarat. Setelah penat menahan amarah mak yang lembut menjamah telinga, aku gagahkan jugak diri mengemas buku-buku yang berkotak-kotak menyerabutkan ruang makan di rumah. Sedikit dekorasi aku lakukan di bahagian ruang tamu ( alah,letak rak buku je pun ), untuk menambah seri di bahagian itu. Menurut kata tuan punya majalah Seni Beladiri, Cikgu Azlan Ghanie, buku yang terdapat di rumah seseorang melambangkan wajah peribadi empunya rumah. Aku juga berpendapat yang sama. Cumanya, kalau buku-buku tertayang sekadar menghias dan membantu menambah lagak, baik tak payah.

Dalam keghairahan umat Malaysia ( yang baru nak bersatu – sori,sinis di sini ) mengejar hiburan, bertali arus berlumba mengejar laba dunia, kadang-kadang terlupa tuntutan dunia masa kini yang mengkehendakkan manusia isi perutnya berilmu. Orang nak berniaga perlu ada ilmu, nak bina bangunan tinggi-tinggi perlu ada ilmu, nak menjamah makan pun perlu ada ilmu, hatta nak menguruskan sisa buangan manusia pun perlu ada ilmu.

Namun, keganjilan berlaku di Malaysia ( tempat lain pun ada jugak, tapi saja nak tekankan kat rakyat Malaysia). Rata-rata rakyatnya berpendapat sebaliknya. Kalau ditonton di TV, kedapatan kolej-kolej swasta, institut pengajian yang mengiklankan perihal betapa bagusnya kolej mereka. Memang kolej-kolej ni bagus, tak pulak aku nak nafikan. Tinggal lagi, jaminan mereka yang dengan belajar di situ, wajib dapat kerja!!! Makanya di sini, institut pengajian tinggi bukan lagi tempat yang maqamnya untuk insan-insan yang dahagakan ilmu, dambakan ilmu, cintakan ilmu, berkumpul dan meraikan kemuliaan ilmu, melainkan tempat untuk mendapatkan pengiktirafan masyarakat, meraih segulung kertas yang nantinya ditayang di dinding batu dan di hujungnya, gambar potret diri berjubah bersalaman dengan naib cancelor atau lain-lain senat untuk dijunjung dipampang satu kampung.

Belum lagi ditambah penyakit masa kini, manusianya tidak tahu apa sebab, sangatlah dahaga yang amat pada hiburan melampau yang sedikit sebanyak ( ok, banyak sebenarnya ) membejatkan pemikiran. Untuk menghalalkan kedahagaan ini, penjenamaan semula diwarnakan pada kegilaan ini. Wujudlah akademi yang muridnya terkinja-kinja terlalak-lolong, hujungnya bergraduasi dengan konsert dan air mata. Menambah rencah, peluk-memeluk yang didiamkan salahnya oleh penonton. Kami mesra macam adik-beradik, jawapan bangang yang memualkan. Itulah realiti yang cuba ditonjolkan oleh empunya media, yang penuh kocek mereka dengan laba untung yang menimbun-nimbun, juga dosa membukit-bukit di bahu kiri. Tidaklah salah berhibur, itu fitrah manusia. Namun fitrah itu harus berlandas, agar diri tidak terkandas.

Melaut jugak aku melalut..sedang diri sendiri tidaklah sebaik mana. Agaknya sebab terjebak menonton rancangan realiti ni la ( cesss,tadi baru je kutuk!!! ), aku pandai menghentam dan mengkritik. Aku sebenarnya sekadar mahu mencuit perihal pentingnya membaca. Ye, bacalah apa sahaja. Komik, karya pop, buku agama, sastera, ilmiah dan lain-lain ( tolong jauhi buku-buku lucah ). Gerakkan minda yang semakin hari makin berkarat. Yang pasti, banyakkan bacaan ilmiah dan agama berbanding novel pop cinta sana-sini dan komik. Otak kita tidaklah pulak memerlukan Brusso untuk digosok dikilatkan, melainkan bahan bacaan yang berfaedah untuk melanjutkan lagi usia fungsinya. Rujuk negarawan seperti tun Mahathir, Tuan Guru Nik Aziz, Prof diraja Ungku Aziz, Prof emeritus Khoo Kay Kim (sekadar menyebut beberapa contoh ) yang masih ligat menyampaikan buah fikir yang hebat dan bernas walau usia memusuhi mereka. Tidak dapat tidak, membaca itu sudah jadi ruji yang sebati menyaluti hidup mereka. Contoh yang baik itu wajar diambil.

Mengapa buku??sekarang zaman internet. Google apa saja, maklumat di hujung jari. Aku akui itu, namun buku punya nilai peribadi yang lebih berbanding isi internet dan komputer. Nilai yang memberi kenikmatan pada si pembaca, juga sentimental yang tak padam hingga hujung nyawa. Sejak teknologi kertas ditemui di China, umat Islam sendiri beraja di pentas tamadun ilmu dunia. Banyak buku-buku bermutu dan hebat terhasil dari jerih payah ilmuan agung Islam yang aku kira setiap seorang dari kita mampu menamakan sekurang-kurangnya sepuluh orang untuk disenaraikan. Namun apa ada pada sejarah usang jika hanya mahu dibanggakan, tanpa umat Islam sendiri kembali meraih kegemilangan silam.

`iqra` bismirabbikallazi khalaq – bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Itu pencetus kecintaan pada ilmu. Yahudi dan Barat sudah terkedepan, itupun dengan merompak ilmu titipan ilmuan Islam. Kita?? Syahadah sudah terlafaz, namun lupa untuk berilmu..iman gagah berpaksikan ilmu, yang lengkap beregukan amal.

kembali bertanya pada diri sendiri, bilakah kali terakhir kita memegang al-Quran, menjunjung al-Quran, seraya membaca al-Quran???

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan

Sunday, June 13, 2010

persepsi lawan sensasi


Secara istilah, persepsi merupakan proses pemahaman ataupun pemberian makna atas suatu informasi terhadap stimulus. Stimulus diperolehi dari proses penginderaan terhadap objek, peristiwa, atau hubungan-hubungan antara gejala yang selanjutnya dan diproses oleh otak.

Lawan bagi persepsi ialah sensasi. Sensasi hanya berupa kesan sesaat, saat stimulus baru diterima otak dan belum diorganisasikan dengan stimulus lainnya dan ingatan-ingatan yang berhubungan dengan stimulus tersebut. Misalnya meja yang terasa kasar, yang bererti sebuah sensasi dari sentuhan terhadap meja.

Sensasi sering menjadi pemintas kepada persepsi. Berbalik kepada contoh awal, meja yang kasar (sensasi) akan melahirkan persepsi bahawa meja itu tidak bagus digunakan untuk menulis. Pokok persoalan persepsi dan sensasi ini boleh dilanjutkan ke suatu daerah pemikiran, di mana ‘manusia’ sebagai fokus perbincangan untuk memudahkan pemahaman.

Aku kira, semua antara kita sangat handal apabila menyebut-menyebut kata-kata ini, malah terasa berlagak apabila mampu menyebutnya dengan laju (bajet bila ckp omputih lbih skit, pandaila konon.cet!!). “don’t judge a book by its cover”. Jangan menilai luaran buku. Kaji dulu dalaman isinya,kulit ke kulit, helai ke helai. Ini jugalah yang dilaung-laungkan oleh golongan konglomerat, cendekiawan bijak pandai, guru-guru, orang-orang keje gomen, hatta budak-budak yang baru pandai bercakap. Soalnya, berapa ramai antara kita yang bijak mengimplementasikannya?

Dalam suatu hal, sensasi juga bolehlah di-sama-maksud-kan dengan “pandangan pertama”, atau kata orang-orang yang konon pandai dan berlagak cakap omputih, 1st impression. Maaf cakap, kita rakyat Malaysia (tanpa mahu menekankan kaum yang mana, ahh, orang melayula senang cakap!!!) mudah menyalahtafsirkan seseorang hanya dengan menghakiminya dari luaran. Bagi aku, ini semuanya adalah kejayaan bangsa penjajah laknatullah dalam memprogramkan pola pemikiran kita sehari-hari.

Kenapa tidak? Mereka yang menetapkan kod etika berpakaian dan berpenampilan. Rambut kena panjang sekian-sekian, kena pakai tie (sampai skg aku tak paham kenapa. Simbolik kepada ‘ANJING’ mungkin?), cara makan, cara bersalam, cara gelak, (cara berak??)dan macam-macam lagi. Hanya dengan menuruti jejak kaedah hidup seharian mereka, barulah kita dipandang elitis, berpendidikan, berpengaruh dan apa-apalah. Ijazah terpampang di dinding-dinding, dah jadi macam ‘flyer’ kenangan pegi gig, sedangkan graduan hanya gah luaran, kosong dalaman. Ini hanya contoh mudah. Lain-lain, pikir sendiri.

Sedangkan kita lupa, Islam sudah cantik mensyariatkan dan menyusun atur kehidupan kita. Rasulullah itu sebaik-baik contoh tauladan untuk diikuti. Disebabkan kedangkalan ‘pandangan pertama’ kitalah, mudah sungguh kita – umat Islam sendiri – memandang sinis perilaku segolongan umat yang berusaha menghidupkan sunnah Rasulullah. Contohnya, cara duduk waktu makan, cara makan, cara berpakaian yang konon nampak selekeh, pergi dakwah tapi tinggal anak bini, pastu mulala buat tafsiran yang si pendakwah tu berlaku kejam pada anak bini, tinggalkan tak bagi nafkah.

Kejamkah Rasulullah meninggalkan Saidatina Khadijah r.a waktu berkhalwat di Gua Hira’? Kejamkah Saidina Ali meninggalkan Saidatina Fatimah sewaktu berperang menegakkan syiar Islam? Islam tertegak atas pengorbanan. Itulah sebabnya, orang tua-tua kita berpesan, “sayang anak tangan-tangankan, sayang bini tinggal-tinggalkan” (aku belum berbini, so tak tau apa rasanya tinggalkan bini lama2). Agaknya kalau Rasulullah asyik pikirkan pasal perut anak bini, Saidina Ali dan para sahabat lain malas nak pergi berperang sebab takut mati, sebab nanti kalau dah arwah takde orang nak bagi makan anak bini, sampai ke wahyu Allah dan syiar Islam pada kita? Pikirla sendiri..

Sebab itu, kita mesti sedaya upaya cuba untuk jangan mendahulukan sensasi di awal persepsi. Jangan dihakimi insan yang lain dari luaran. Nampak je orang rambut panjang, baju gambar tengkorak, mulala bagi sangkaan buruk. Nampak je budak muda keje cleaner cuci toilet, longkang, langsung dihina dicerca, sampai dah berak pun dah malas nak pam, suruh pulak budak tu yang cucikan. Memandang hina orang lain hanya atas dasar tahap pendidikan rasmi, rupa paras luaran, hendaklah cuba dielakkan sejauh mungkin. Itupun kalau kita masih punya akal fikiran.

Memetik kata-kata yang aku tibai dari pesbuk adik aku, “janganlah menganggap orang yang duduk di kaki lima atau di lorong bangunan (bapok/pelacur/orang gila) adalah sampah dan janganlah terlalu meyanjung orang yang kaya (barang baru) kerana SAMPAH boleh dikitar semula dan kadang kala lagi berguna”. Memang ada kebenarannya. Hidup ini atas pilihan kita, sememangnya kebebasan membuat pilihan itulah antara sebesar-besar nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kita boleh membuat pilihan untuk mengherdik memaki mereka yang di lorong gelap, tapi layakkah kita? Sedangkan apa yang berlaku itu merupakan ujian yang maha berat ke atas mereka, mungkin kesempitan hidup yang akal kita tak tercapai ke sana sebab perut kita sentiasa kenyang. Seeloknya, buatlah pilihan untuk membantu mereka termampunya. Islam itu indah, hatta semudah senyuman itu pun sudah dikira sedekah...

Memuja-memuji yang kaya pun biarlah berpada, apatah lagi mengejar kekayaan, lupa dunia akhirat. Memetik kata T.G Nik Aziz dalam buku “Saya Pun Melayu” tulisan Zaid Ibrahim, harta itu ibarat lautan yang luas terbentang. Kita di dalam perahu kehidupan (outdoor freak, please convert it to ‘kayak’) menuju suatu pulau kesejahteraan yang bernama akhirat (doakan kesempurnaan penghujung kita semua. InsyaAllah..). kita perlu menyusuri laut harta itu untuk sampai ke pulau akhirat (perlu ada harta sekadarnya untuk menjana ibadah yang lain macam sedekah, isi minyak kereta gi masjid, bg makan anak bini, bla..bla..bla..). Tapi kalau kita leka mengayuh dalam perahu kehidupan, sengaja tamak membiarkan air laut tu memenuhi perahu kita, lama-kelamaan tenggelamlah kita ke dasar laut. Lebih bermasalah kalau dasar laut tu adalah baraan api hitam yang panas membakar.

So, jangan biarkan sensasi harta yang berdigit-digit tu mengubah persepsi kita bahawa hidup ini indah kalau betul cara kita nikmatinya. Caranya? Nikmatilah hidup dengan sederhana, sebab kebahagiaan dan kekayaan sebenar adalah di 'sana'. Sebab tu la aku tak nak approve kat pesbuk orang2 yang begambar ngan duit tebal-tebal, baring atas sofa diselimuti duit yang banyak. Bukan sebab aku anti kat korang, cuma aku nak menyelamatkan diri aku dari terjebak dengan sensasi harta yang berlambak. Aku ni lemah, terutama pada ujian kebendaan dan keseronokkan...

Memetik lagu Loque Butterfingers,” saya ini bukanlah baik, tapi saya tahu..dosa dan pahala, Tuhan saja, Tuhan saja yang tahu..dosa dan pahala, Tuhan saja, Tuhan saja yang tahu..geylang si paku geylang, geylang si rama-rama..tentang,marilah..oooooohhh..” (lebih-lebih plak). “Don’t judge a book by its cover”. Apakah layak bagi kita, menghakimi isi dalaman sebuah al-Quran yang buruk lusuh, hanya kerana luarannya? Pilihan atas kita, mendahulukan persepsi atau sensasi..titik.

Saturday, June 12, 2010

sebab apa aku suka main gitar???


“Hg tau tak dah malam buta nih?? Tak elok main gitar malam-malam. Malam Jumaat pulak tu!!”.

Aku rasa kebanyakkan kawan-kawan yang suka main gitar mesti pernah alami situasi ni, mungkin dengan ayat atau approach yang lain. Mungkin kena maki hamun ngan org kampong, gitar kena karate sampai pecah sebab kantoi SPM (kenangan sedih), kena kejar ngan pengetua sbab pecah msuk dewan makan hostel nak main gitar punye pasal, ngan macam2 lagi. Banyak pahit maung yg dihadapi pensuka-pensuka (yela, peminat) gitar ni. Tak kisahla main stail apa pon. Super duper laju bak YJ Malmsteen (dah ramai dah lagi laju dari ko Yngwie, udah2la menyolo) , sehalus kudus bak Eric Clapton, ikot-suka-ati-aku bak Kurt Cobain, hatta lagu anthem budak kampong blaja main gitar “Mat Ganja”, sume kawan-kawan akan kongsi cite yg sama.

Sekadar nak imbas balik, berdasarkan pengalaman aku sndiri. Apa yg aku perhatikan, masa aku mula2 blaja dulu, terdapat sdikit pebezaan ‘lagu pertama’ budak kampong ngan budak pekan masa mula-mula pe-gang (‘pe’ disebut macam mnyebut ‘gay’ dan ‘gang’ mcm sebot ‘hang’) gitar. Budak kampong kbanyakkannye akan mula ngan lagu tak senonoh Mat Ganja ngan kord C-Am-F-G, dan budak pekan yang mana masa tu senang dapat tngok MTV suka mula ngan lagu More Than Words (Extreme). So, msing2 akan bermula ngan kord yg berbeza, C Major ngan G Major. Tapi lantaklah situ, sebab walau kord ape pon yg digunakan, tipula kalu ko cakap jari ko kebal dari melecet2, berdarah skit, smpai siap timbul bubble lg. Time ni la nak basuh berak pon kna hati2, tkot infection.haha~(yang man kidal, susah nak makan)…

Tapi aku tak nafikan ade gak kawan-kawan yang mula ngan lagu-lagu lain. Ada yang start ngan Another You (pergh, Cromok) ngan ade tu plak kawan aku budak Maahad mane ntah duk Batu Pahat nak dpt anak dh x lama lg, dia start ngan lagu2 Legenda Grunge Malaysia, Butterfingers. So, ikot suka hati masing2 la.. Ada yg start ngan lagu Seri (Handyblack), sebab nak ngorat awek matrik dia time tu nama Seri. Apa-apalah.. dan berterima kasih jugak pada A.C.A.B, sebab lagu-lagu dorang banyak memudahkan kawan-kawan nak blaja main gitar (power chord, solo simple dan catchy) walopon kami ni bukan skinhead tegar.

So, macam-macam objektif, misi dan visi si pemula-nak-blaja-main-gitar ni diawalnya. Ada yang nak tambah ‘value added’ pada diri dia, ada yg mengisi masa lapang, ada yg bercita-cita nak jadi artis, tak kurang jugak yang belajar sebab tak konfiden ngan jodoh yang Tuhan tentukan dan tak yakin ngan rupe paras, dengan harapan main gitar ni menambah nilai kelelakian beliau di depan para gadis. Apa-apalah, yang penting sume sama, tetap merasa sakitnya melecet pada jejari halus sebab nak tekan string.

Bagi yang tak minat ngan gitar, menyampah dengan orang main gitar, dan orang yang tak paham sebab apa kita suka main gitar, meh aku cite sikit. Dengan gitar buruk tu jugak ,sedikit demi sedikit kita mengumpul kawan-kawan yang sama minat. Bertukar-tukar idea, ajar-mengajar sesama sendiri, mengisi masa lapang berbincang tentang perbezaan ideologi pegangan genre masing-masing. Di awalnya, memang akan berlaku pangkah-memangkah antara satu sama lain. ‘’argh!! Apa barang kapak, ko ni jiwang taikla!!’’, ‘’Hail!!Metal terus!!! Ko tak metal, ko jangan kawan ngan aku!!’’, “Eh, ape ni main rock. You all ni sampahla. Mainla jazz, baru ade ‘class’!!” dan macam-macam lagi. Biasala, budak-budak baru nak up (aku tak nak cite pasal underground ke, indie ke. Lagi susah klu orang tak paham). Macam pakcik-pakcik main politik gak, si **NO masam muka ngan P**, P** tarik muka ngan PK*, PK* pejam sebelah mata ngan **NO. Tapi sebenarnya, pergeseran ni la ya sikit demi sikit mematangkan si pemain gitar ni dan secara tak langsung merapatkan ukhwah kesaudaraan sesama pemain gitar. Percayalah~ (Dato Siti Nurhaliza).

Gitar yang korang nampak sampah tu, sebenarnya secara halus merevolusikan, hatta mempertingkat daya untuk maju secara total pada diri sendiri. Merujuk kepada tulisan Allahyarham Pendeta Za’ba dalam buku beliau, “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri”, setiap hidupan tunggal (individu) adalah bertanggungjawab secara langsung kepada peningkatan taraf hidup, cara berfikir dan tingkah laku diri sendiri. Dan kita juga akan dipertanggunjawabkan di depan Tuhan atas apa yang kita kerjakan sendiri. Nak tanyala, korang main gitar ngan apa? Pandai, ngan tangan..tangan sapa?? Pandai, tangan kita sendiri la. Kita boleh mntk orang ajar kita untuk jadi gitaris hebat, tapi kalau pon Joe Satriani atau Paul Gilbert depan mata ajar kita 24 jam, tapi kita tak ada daya usaha nak mempertingkat skil kita, pi jahanamla nak terer cam dorg!!

Gitar itu jugak membentuk sikap bekerjasama yang tinggi bersama kawan-kawan. Tak pecaya?? Gi jamming. Jamming merupakan satu aktiviti yang mana akan mengumpulkan suatu kelompok masyarakat yang sama2 minat muzik, meluahkan ekspresi, idea, bakat, kesepaduan otak kanan dan kiri serta sikap kerjasama sesama rakan dalam menghasilkan output yang bernama lagu-laguan atau bunyi-bunyian samada hasilnya memuaskan atau memualkan. Di sini, konsep yang diguna pakai dalam mana-mana modul ‘outdoor education’ seluruh dunia akan diterjemahkan dalam bentuk kinestetik, visual dan audio iaitu ‘Experiential Learning Cycle’ yang mengklasifikasikan kitaran Plan – do – review untuk menjana kemantapan outputnya, di mana output itu (lagu dan bunyi) akan menentukan tahap pencapaian skil, knowledge dan attitude (SKA) setiap hidupan tunggal dalam masyarakat yang mudah disebut, band.

Gitar bukanlah entiti utama sesebuah band, di mana band asas seharusnya punya ‘organ-organ’ asas yang menggerakkan ‘nyawa’ band iaitu gitar, bass, drum dan vokal. Setiap hidupan tunggal ini bilamana output yang dikeluarkan ntah-hape-hape-ntah, xbest, xde ummpphh, berhak menyuarakan pendapat masing-masing dan ya, sudah menjadi sunnah kehidupan untuk kita sebaiknya mempunyai seorang ketua yang akan memandu hala tuju masyarakat kecil ini supaya tidak lari dari aspirasi asal samada nak main gig, nak masuk Juara Lagu, sekadar nak jamming atau main function kat kolej or Universiti or apa-apalah. Dan tugas utama ketua hendaklah dia mengingatkan setiap hidupan tunggal dalam band supaya sentiasa mempertingkatkan skil masing-masing, memperkayakan kutub khannah rujukan lagu-lagu pelbagai genre utk mengelak kesombongan melampau, dan paling utama, mengingatkan ahli-ahli supaya JANGAN TINGGAL SOLAT DAN RAJIN-RAJIN BELAJAR AGAMA DAN BERAMAL sebab seperti di perenggan mana entah aku ada bgtau yang kita diingatkan oleh Bapa Bahasa Melayu Moden bahawa kita dipertanggungjawabkan atas apa yang kita sendiri lakukan.

Itulah serba sikit sebab kenapa aku suka main gitar. Alhamdulillah, insan awal yang menunjuk haluan kita nak main gitar pon main peranan penting gak, dan aku diajar supaya kita jangan merasa kita hebat kalaupon kita dah khatam segala chord progression, solo laju bak kilat kejar setan, scaling itu-ini dan dah main kat pentas utama dunia, sebab itu akan menutup pintu ilmu kegitaran yang lain, dan ilmu itu takkan penah surut. So, mak ngan abah, janganla marah Along main gitar ye. Along masuk U gak ape. eh, dah masuk maktab plak skg..Ehehe~~

Dan kita jangan lupa kalopun kita hebat, yang kita sume penah sama2 berdarah melecet dan menggelembung kat jari masa mula-mula nak main gitar dulu, dan kita pernah dianggap sampah waktu itu. Adoila…

p/s: biler perkataan 'gitar' tu ditukar ke ilmu2 yg lain, dgn pendekatan disiplin pemerolehan pengetahuan yg berbeza, tapi dengan kesungguhan yg sama, insyaAllah kita akan cepat, kalau pun tak menguasai, tahu tentang ilmu tersebut. sekian..

Friday, June 11, 2010

Awal Kata...

alhamdulillah, dipanjatkan segala kesyukuran ke hadrat Ilahi, atas limpah rahmat dan kasihNya aku masih menghirup segarnya udara, meneruskan baki nyawa yang tersisa, menumpang membuat jasa di bumi Tuhan ini..

saban waktu yang mengalunkan resah, kuat menggelodakkan kuak-kuak halus di kolam hati yang bertakung di pinggiran aqli.. Tetap juga pada allah segala resah kuajukan, kerana tanpaNya tiada daya atasku menghalau langau-langau gelisah yang tiada henti mendesingi telinga nurani..

rilek.. ini bukan ruang sastera untuk berpencak tari pukulan pena.. menghimpun jurus segala rasa petaka.. cuma hidup barangkali terlalu kompleks untuk divisualisasikan dengan bait-bait kata yang laju meluncur di bibir ini.. memang, hidup ini indah andai tahu kita cara mana menikmatinya.. tapi janganlah sampai kita terleka, hidup cumalah estet menghimpun amal untuk bekal komoditi kita di akhirat sana.

awal kata, aku hanyalah insan biasa yang tidak lekang daripada berperilaku yang salah.. tidak akan pernah sempurna dari segala sudut dan segi.. terlihat amat simple, mungkin agak complicated untuk dimengerti.. apa pun, rock tetap wadah yang tersemat di hati.. muzik barangkali sudah sebati amat dengan jiwa ini, dan kadang-kala membebani diri dari melekat rapat dengan amal kebajikan.. sering kali aku mengingatkan diri, bunyian itu hanyalah sekadar hiburan fitrah yang janganlah ditindihkan kepentingannya dengan amal ibadah..

banyak untuk diceritakan perihal diri dan pandangan peribadi.. biarlah, tulisan abstrak ini menerajui catatan ini.. titik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...